Friday, October 24, 2014

sayap biru dan cinta


jatuh hati dengan sayap biru, hihi

Al-Ghazali once said,
"The ultimate aim of education was the development of character including the promotion of moral and ethical qualities. Education also cultivate man so that he abides by the teaching of religion."

---------

satu hari aku pulang dengan bas
melalui daerah Muar yang berkaitan kuat dengan sejarah
waktu tu aku terlihat sebuah gereja

bagi aku seorang manusia, rumah ibadat itu nampak tenang
aku perhati celahan jendela yang terbuka melatari susunan dalaman gereja
lirikan mata mengiringi terus sosok yang berada di dalam

perasaan kagum terus meleburi hati
ternyata para remaja sedang berada di dalam
bergembira bersama Father mereka

dan perjalanan pulang diteruskan
kemudian terlihat sebuah surau
perasaan berbaur keterujaan untuk melihat sosok yang di dalam

masyarakat kita~ aku tersenyum
dalam tu ada golongan lewat umurnya
sungguh berbezanya kita

niat di hati memang semahunya ke masjid
pengalaman bawa kereta sendiri
Masjid Tengku Ampuan Afzan di Bukit Jelutong
Masjid Negeri di Shah Alam

berhenti singgah setelah lelah ke sana sini
Masjid Negara di Kuala Lumpur

masa jalan-jalan ziarah rumah  sahabat di Johor Bahru
pertama kali singgah Masjid Sultan Abu Bakar
indah sungguh masjid usang ini

nak travel lagi
semai cinta untuk rindukannya sentiasa
apatah lagi dua masjid di sana
bawaklah hayati jalan-jalan masjid 

-----------

masa Taaruf Week haritu
duduk tinggi-tinggi dalam CAC
dengar apa yang mampu dalam talk Tan Sri Prof Dr Kamal Hassan

he said eh english :p
"we live in the world of value decaded."
he also quoted from Will Durant
"a great civilization is not conquered from without until it has destroyed itself within." 
english power power ! haha . faham ke?
"actually cuma nak kata hidup kita sekarang ni nilai tu semakin mereput dan Will Durant pernah kata yang peradaban besar-besar ni jatuh bukan sebab apa tapi sebab dalaman kerajaan tu yang dah rosak. begitulah." 

-----------

belajarlah awak dengan indahnya, susah-susah mana pun nak faham, hayati sebaiknya
nanti kau kan temukan kegembiraan dari setiap bait-bait kata-kata cahaya
sampai sekarang aku tak pernah berhenti mencintainya

#pray4ummah




Tuesday, October 14, 2014

heart is terguris


dear one who read this,



i'm sorry for being such a horrible person these few days.

to abang ktm counter,



i'm sorry too for raising up my tones when seeing you angrily babbling towards me saying nonsense things and i couldn't hear it except staring at you. 
"abang ni kenapa?" dengan muka penuh perasaan. tapi waktu toleh belakang tu abang tu senyum. baru perasan, dia bergurau ke?
i just hope that i campak kat muka dia sesuatu waktu tu je. eh, hayati ! -.- 

to myself who get involved in accident of tragedy of heart-making-angry-sound-out-loud



i'm sorry dear heart beats fast colour and promises how to be brave how can i love when i'm afraid to fall  well i'm still a human that cannot run from this feeling. try to counter it back.

and i have to do a report right now, well actually it is not my duty but i think the person needs more minutes than i do so the report should be done by me. yeah almost angry, but rationally think i can't. 


i want to sleep *crying a river*                                                                                                          


----------


tak, bukan ni nak tulis dalam hayat terindah sebenarnya. hanya sesi luahan perasaan je. tak kisahlah nak tulis apa kan. membebel ni kadang2 indah juga dan i should remain silent because every single words utter is incredibly hurtful because the heart is terguris. kakaka. eh gelak pula.


minta maaflah kerana menyusahkan semua orang. maaf juga kerana tak tahulah kenapa. 


can i just be the one innocent who knows nothing and worries nothing? heh


and i just hope the snow ease me like a melting ice in a hot chocolate horlicks.


sekian melaporkan:
hayat yang tak cukup indah





Wednesday, September 24, 2014

contengan lukisan tulisan


ingat tak waktu kita cerita
hidup ni macam sebuah lukisan
aku lukis dunia aku
kau lukis dunia kau

tiba-tiba

kau terlukis atas lukisan aku
di situlah kita mula lukis bersama

kita baru mula melukis
tak lama, baru sekejap
jauh, jauh sangat masa depan
walaupun setiap saat mula pergi

dan

pada lukisan mungkin kau coretkan warna yang kau suka
pada waktu yang sama
aku percikkan warna merah terang
senyumlah walau kau sakit
hidupkanlah lukisan kita

mungkin
mungkin juga

mimpi kita tak sama
kau warnakan sedikit kuning
aku contengkan warna biru
muncul pula sang hijau tanpa di duga

aku ingatkan kembali
aku sedang lukis dunia aku
dan kau juga sedang melukis sama
seperti asalnya kita

sesekali mungkin lukisan bulan berbentuk sabit
senyumlah walau apa pun yang menghimpit
walau sakit tu pahit tapi tahanlah sikit

sesungguhnya aku rindu
pada lukisan bulan purnama yang terang
atas angkasa sana

--------

serius rindu bulan, lama tak tenung dia lama-lama

#pray4ummah


 
 


Tuesday, September 16, 2014

ni muhasabah diri ke cemane tak tau



sudah agak lewat malam di sini
berjalan sendiri meniti pelangi, eh, mende hayat~

ceritanya...

menangis dengan hayati tu macam tak boleh nak dipisahkan pulak dah
tak, bukan menangis sebab rindu naja 
eh, tapi rindu dia selalu
hmm

tak tahu apa ada dalam hati
mungkin awan mendung berarak selalu 
mungkin juga 'dam' - apatah bm dia - pecah ke cane tak tahu
mungkin juga rindu sesuatu, sesuatu yang tertinggal lama

Dr Ariffin kata, "tatruk dunyaka khorijil fasl"
seminggu naik sem ni, aku tenung je lecturer kat depan
kepala ke tempat lain, ke mana tak tahu, sedar-sedar je dalam kelas semula
berangan apa? tak tahu 
kalau aku berangan biasanya hal-hal yang melucukan
cerita dongeng, gitulah
ni macam serius lebih dalam fikiran
hayati okay?

sampai satu hari tulis kat buku...
"Hayat come back"

----------

"Ayu hujan~ doakan aku."

#pray4ummah

Monday, July 7, 2014

Dia Ada


Andai satu-satunya cara untuk aku merindu dengan doa tanpa henti, nescaya aku lakukan di setiap kali aku menghadap-Nya yang kadang kala kelu lidah tak terluah segala rasa.

Hanya percaya sepenuh jiwa Dia sentiasa ada untuk sekalian hamba-Nya. Hari-hari-Nya yang aku tahu benar sibuk memberi perhatian dengan mendengar, menjaga, merahmati, menyayangi, mengampuni, memberi rezeki dan banyak lagi yang tidak akan pernah terucap.
(55:31)

Percayalah walau jauh kau dan aku hingga mati jadi barzakhnya, aku tahu Dia ada dan selalu ada walau kita sedar atau pun tidak.

Cahaya yang dirindui dan angin dari jendela yang menerbangkan bersama keindahan pagi yang menenangkan. Berkhayal dengan kata-kataNya. Tenang.

Ya Tuhan, Ya Allah
Jalan dah cukup panjang, seakan semakin hampir dengan hujungnya.
Biarkan aku berlari agar tidak ketinggalan ke garisan-Mu.

Terima kasih untuk hadiah-Mu yang selamanya aku letakkan di hati hingga Kau panggil aku dan gugur daun di sana.

-----

Main hoon na
Eh tak
Dia

#pray4ummah

Thursday, May 29, 2014

perlu teruja ke takut ke cemane?


exam coco semalam
4.00 pm~ 
setengah jam lagi nak tamat masa
nak keluar? hmm, nadia tengah menulis lagi
tunggu kejaplah

tik tok tik tok tik tok
serba tak kena dah dalam tu
perati je invigilator sorang tu
lelaki tapi Ya Rabbi, comel macam perempuan
walau buat ganas tapi terbayang kanak2 yg cute amat setiap kali pandang
hiks

4.05 pm~ 
gelisah woi gelisah
belek-belek kertas
masya-Allah grammar enti~ 

4.10 pm~ 
tak larat dah, keluar~
tunggu nadia luar kelas
tak bawak buku selain nota usulul fiqh untuk exam pagi  tu
dengan nota coco lahh

awan berarak laju bila pandang langit di kiri
terasa masa pantas berlalu
walhal 4.15 pm pun tak jejak lagi

beberapa hari lalu memang kaki membaca habislah
jadinya duduk tanpa membaca di situ bagai nak gila
cehh tipu, hiperbola lebih
keluarkan nota usulul fiqh dan baca
tengok jam semula, wow, 4.29 pm
maka pengajarannya, bawalah buku ke mana2 untuk dibaca
masa takkan disia-siakan macam tu je

ekceli tu pendahuluan, hahaha, meh nak cerita banyak-banyak

ceritanya lepastu, nadia dengan syeeda keluar 4.30 pm tu
dalam perjalanan masih pandang langit di kiri
berkumpul awan-awan kelabu
kilat sabung-menyabung, guruh berdentum

tiba tiba ada orang pegang tangan kiri
eh, apa pegang pegang ni nadia? lulz 
takut~ katanya
yang syeeda pun sama jugak tutup muka, telinga sebab takut
aku? macam biasa, pandang langit dengan teruja

hujan lebat waktu tu, lebat sangat
dan safiyyah jauh juga, kalau jalan memang basah habislah
dan juga tak bawa payung
orang kata sediakan payung sebelum hujan kan
degil tak mau dengar, hehe

maka kami bertiga duduk di bangku berhadapan dengan kedai ainun
sempat lagi aku order waffle waktu tu sedang kilat pehhh
macam pertarungan hebat sedang berlangsung
aku duduk semula tersenyum lihat nadia dan syeeda yang takut2

tiba tiba enam mata kami bertiga melihat seorang lelaki yang berjalan di hadapan kami
ibarat terpaku melihat dia yang menutup muka menggunakan mafla hitam putihnya
kayu di tangan kirinya dan pemadam api di tangan kanannya
mata kami menurut rentak perjalanannya ke arah kiri
langit masih lagi mencurahkan hujan tanpa henti

out of sudden
asap putih yang menyakitkan mata dan tekak is everywhere !
automatik capai hujung tudung tutup hidung
pandang kakak kakak di kedai tu yang sedang berkata
panggil security ! panggil security !
tak pasal pasal ada orang tarik tangan kanan ke tempat lain
syeeda~ "jom yati masuk tandas, orang tu gila kot"
aku ikutkan saja dan nadia dah terbatuk-batuk macam nak muntah pun ada

tapi aku nak keluar, nak tengok apa yang terjadi
syeeda larang, "hg ni tak takut ka? buat dia apa apakan hg"
aku senyum lagi nak gelak pun ada, nak tengok !
dan aku pun keluar, keadaan dah tenang
asap tadi dah ditarik graviti di atas lantai
nadia dan syeeda menuruti di belakang
melihat orang ramai mula berkumpul memerhati
"nasib baik tak kena kepala sesiapa, ada pergi campak tong tu ke bawah." kata kakak tu.
aku gelak kecil.. hihi

kami bertiga duduk lagi atas bangku tu
waffle aku dah siap, yay!
makan~ tapi diorang berdua takmau, sakit tekak takut takde selera nak makan

tiba tiba aku sentuh tangan nadia lalu tunjuk ke arah hadapan kami
lelaki tadi~ syeeda tarik tangan nadia dan nadia tarik tangan aku
pergi ke arah tandas tadi
aku perhati je lelaki tu sambil waffle masuk mulut
aku rasa dia tekanan perasaan ni
dan aku anggap dia acah acah jihad ni, hihi
boleh kata macam tengok wayang sambil makan popcorn
tengok, tengok juga, waffle terus masuk mulut, nyumnyum

kami pun turun bawah, wow debu tu di mana mana
kesian kat orang cafe cafe semua 
pelanggan lari dan yang tengah makan lagi kesian 
masuk debu debu tu dalam pinggan mangkuk depa
huuuu~

kami pun pulang dan masih juga hujan selebat-lebatnya
basah sampai bilik, hehe

persoalan di atas, perlu teruja ke takut ke cemane?

#3 papers more to go
#excited!


aaaaa~ nak panda !!!

Sunday, May 25, 2014

itji motago





hai ana~
esok ana dah nak sambung belajar?
hiks, ana dah besar ;)

waktu kecik2 dulu, waktu ana dalam buai lagi
tengah2 buaikan ana tidur
pada suatu pagi tu
tiba2 ada wayar hitam lalu sebelah aku
erk~
mak, ada ular hitam, ana kat dalam sorang2

waktu sekolah rendah pulak
*suatu malam*
ayu buatkan ni, tak reti.. - ana
tinggal je situ, esok pagi kau bangun dah siap - ayu

*esok paginya*
yay ! terima kasih ayu ! - ana
emmm... - ayu

bila dah besar masing2 ada haluan sendiri
"yelahh, kau kan budak sains~"
"so?" -_-
"budak sains kan pandai, kelas ada aircond, cikgu puji, semua rajin, bla3." 
"emmm, yelahhh naaaaaa~ bukan budak akaun ke yang menang 5 tahun berturut-turut peringkat kebangsaan tu?"
"eheh.."

ana masuk uia !! - ayu
takyahla na masuk uia, dekat2 dah la - mak
k mak k..

takyah paksa aku boleh tak? biarlah aku nak masuk mana punn - ana
O.o aku gurau je na dengan harapan penuh tapi :p dont stress2
mana2 pun okay

hai ana~
belajar rajin2 sana, selamat menerokai dunia dengan bahagianya
sentuhi segala peristiwa dengan baik semoga menjadi yang bermanfaat buat ummah

jaga diri ana, i love you

-----


itji motago ana !