Tuesday, July 3, 2012

dedication



sahabat satu

seorang sahabat yang kita sayang dan sebagai tempat untuk kita bertanya pelbagai perkara tiba-tiba hilang. bila Allah dah hantar dia, lepas tu dia pergi; sepatutnya aku hargai insan ini lebih awal lagi. sebelum semuanya bertukar tragedi; aku patutnya sedar, dia ialah seseorang yang perlu dijaga agar tidaklah perkara ini terjadi. sungguh aku terkesan dengan pemergiannya, walaupun aku rasa bukan untuk selamanya tapi pemergian yang mungkin sebentar cuma; begitu tertusuk sampai ke sudut yang paling dalam. aku menanti kepulangannya; semoga dia mendapat sinar ketenangan sebelum kembali.

Ya Allah, permudahkanlah urusannya. semoga segala rasa yang terbuku dalam hatinya, engkau hilangkan sebagaimana kau mendatangkan rasa bahagia dalam hatinya ketika bersama keluarganya.


sahabat dua

seorang sahabat yang aku cintai kerana Allah, kini, menghadapai sedikit kesulitan. perasaan amarahnya sedang memuncak tapi sedang dikawal daripada terus merebak. ketenangan yang dicari pastikan ditemui dengan solat dan sabar, kerana Allah swt telah berfirman; 

يأيها الذين ءامنوا استعينوا بالصبر والصلوة إن الله مع الصبرين (سورة اليقرة:153) 

untuk sahabat dua, bersabarlah; sesungguhnya Allah sentiasa ada. semoga Allah menuntunmu ke jalan yang benar, insya-Allah 


sahabat utama

hubungan antara kita ada turun naiknya. entah, aku bersemangat andai kata ketika hubungan kita memuncak tinggi. benarlah, ada kalanya hubungan kita menurun juga hingga satu masa aku terus jatuh terjelupuk di atas landasan api yang membakar. aku sedar kesalahanku, lalu meminta maaf. tapi, aku manusia yang selalu menyebabkan hubungan kita ada turun naiknya. aku harap, kau xkan pernah tinggalkan aku sampai bila-bila walaupun aku jatuh, aku harap sahabatku yang paling utama ini, akan membantuku untuk naik semula. di saat yang lain tiada, hubungan antara kitalah, yang akan menjadi hubungan terbesar yang akan membawa diriku dekat dengan yang menciptakan kita. sesungguhnya, rugilah bagi diriku seandainya hubungan antara kita tidak akrab tidak mesra tidak sejati kerana engkaulah menjadi penentuan buatku saat aku berada di hari pembalasan. sahabat, bersama aku sentiasa, walau setipis mana hubungan antara kita, jangan pernah kita berpisah kerana aku akan terus berusaha memperbaiki hubungan antara kita. terima kasih, Takwa.

Allah, Engkau dekat. perlu kasih sayang.


cc; uhibbukum fillah abadan abada. ukhwah fillah insya-Allah