Tuesday, April 24, 2018

Terbang

Ketika kosa kata mengalir deras
Dan ada kamu di kiri
Terik mentari dibilangnya cantik
Terkedip-kedip anak mata mu
Memandang matahari yang tinggi
Kata ku, nanti kau akan terbang
Di sisi langit yang kau idam
Sekilas ada yang terbang dahulu daripada kamu
Kau tersenyum melihatnya
Dua sayap hitam
Di kota kenangan

Sunday, April 15, 2018

Menahan Rindu

14 April 2018

Jumaat

Muhammad yang dirindui,

Jarang sekali aku teringatkan mu beberapa tempoh masa ini. Sombong benar lagakmu Hayati. Meninggalkan cintamu sendiri.

"Tuhan tolong lembutkan hati dia, untuk terimaku seadanya. Kerna ku tak mampu, kerna ku tak sanggup, hidup tanpa dia di sisiku."

Entah kenapa lagu ini meniti di bibir. Barangkali ingin melunakkan jiwaku sendiri Muhammad. Keras sekali.

Apa khabar kau Muhammad? Apa hari mu indah? Aku rindu sekali mendengar suara mu T-T Tahukah kau Muhammad, aku benar-benar merinduimu. Cuma saja, aku terbatas dengan hariku yang berbisik rindu kepadaku, tidak mendengarkan katamu.

Lama ingin aku ceritakan sesuatu yang tak mampu aku luahkan. Dengarkanlah sedikit Muhammad. Sepertinya aku ini manusia yang hidup dalam kata-kata orang lain. Tidak tetap dengan pendirian dan tidak tahu membuat keputusan. Aku ini mementingkan sekali hati orang di sekelilingku. Tapi satu hal yang aku ingati, aku selalu mencari pesan engkau untuk aku terima apa sahaja jalan yang aku lalui.

Seorang penyelam dahulu kala menemukan Mutiara yang luar biasa lalu ingin dijualkan di kota. Ilmu yang tiada serta tamak di jiwa manusiawi, akhirnya mutiara hilang, nyawa insan tersayang tergadai. Ingatkah kau kisah Mutiara ini?

Entah apa lah yang ingin aku katakan ini Muhammad. Sampaikanlah pesan kepada diriku Muhammad agar aku lebih bersangka baik dengan diri sendiri. Lebih menghargai diri sendiri. Mencintai diri sendiri.

Engkau pasti tahu bukan, aku mencintai indahnya ibadurrahman yang berjalan di atas muka bumi dengan tiada keangkuhan. Namun ajarkanlah aku sedikit sahaja Muhammad, untuk menepuk bahu sendiri untuk tersenyum atas nikmat Tuhan dan sentiasa memuji-Nya di saat suka dan duka.

Aku benar-benar merindui mu Muhammad. Entah apa khabarmu di sana. Hampir setahun kita tidak berutus surat. Semoga tulisan ini menjadi titik mula untuk aku luahkan sesuatu yang aku pun tidak tahu terkumpul di dalam hati.

Semoga ada tidur yang indah Muhammad. Janganlah sekali pun kau padam nama aku dari doamu. Sesungguhnya aku perlu doa-doa daripada insan seperti kalian untuk aku tidak hidup sia-sia di atas bumi ini.

Allahumma bārik lanā fī Rajab wa Sha'bān, wa ballighnā Ramadān 🌷💕

Salam rindu,
Hayati.

#pray4ummah

Friday, August 18, 2017

Hari Lahir


Langit gelap di kota ini ketika sepasang kaki melangkah menaiki cerun bukit. Ada beg hitam disandang di bahunya terhuyung-hayang keletihan. Telefon bimbit yang sedari tadi dipegang erat di tangan kirinya langsung di cari nombor kenalannya. Dari hujung talian kedengaran seorang gadis bersuara.

"The number you have dialed cannot be reached at the moment. Please try again later."
Hatinya menunduk tanda mendiamkan tapi teringin sekali mengucapkan secara langsung seperti langit gelap di kota yang sama cuma waktu yang membezakan tanpa kau di sini.

"Happy birthday." ucapnya sebelum masuk ke dalam kereta.
 Kota ini kota cinta bukan? Setiap genapnya ada cinta yang membelai. Aku rindu. Apalah yang lebih ikhlas yang mampu aku berikan selain utusan doa di hari lahirmu sayang?

"Tuhan..."

Tuesday, May 16, 2017

Dewasaaaaaaaaaa


Aku ada 8 adik-beradik yang sulong dan bongsu beza umurnya 22 tahun. Kurang 2 tahun dari umur aku. Jadi, serba-serbi aku mengerti perihal abang yang sulong serta adik aku yang bongsu.

Kami berlapan daripada keluarga serba susah tapi masih cukup. Walaupun pernah lauk tak ada tapi tak pernah lah aku makan nasi dengan garam sepanjang hidup. Rezeki Allah bagi tu akan sentiasa ada dan cukup alhamdulillah.

Sepanjang aku hidup, jarang mak dan ayah ada duit lebih mahupun simpanan. Yang aku tahu cuma cukup-cukup untuk makan sehari-harian dan untuk pusingkan modal ayah untuk ke laut.

Macam kereta juga, minyaknya dan servisnya serta jaringnya. Hah sekeping jaring ayah tu paling cikai pun RM70, takkanlah nak satu arau je pasang kat laut tu. Maka kena lah beli 5 ke 7 arau. Itu lah kemampuan ayah maka sebagai seorang anak kita tolong jahitkanlah. Sakit woi pinggang hadap jaring tu tapi ayah lagi lah berejam hadap dia sepanjang hidup, sakit sikit kita apalah sangat sampai nak merungut.

Dari kecil sampai besar, ayah akan tanya “Ada duit lagi Yu?” dan Emak pulak akan tanya “Ayah bagi duit?” Kalau memang tak ada duit aku memang akan kata tiada dan kalau ayah tak bagi duit aku akan kata tak pada emak. Cuma kalau aku ada lebihan duit aku akan bagi pada emak dan secara diam duit tu lah mak tambah untuk keperluan dapur bila ayah pergi ke kedai.

Sampailah pada suatu hari ayah nak pergi ke kedai, aku hulurkan duit dengan polosnya pada ayah tapi ayah tinggikan suara berkata “Kan belajar lagi, tak payah!” Luruh hati dengar kata-kata ayah tapi aku rasa ego ayah tebal sangat waktu tu. Mungkin dia rasa sebagai ayah sepatutnya dia yang bagi makan pakai bukannya anak dia yang belum bekerja.

Kalau ikutkan, aku dah 23 tahun waktu tu dan aku dapat biasiswa dekat universiti. Macam biasa ada wang lebih memang aku akan bagi pada keluarga. Aku memang terkilan waktu tu sebab dah berusia 23 tahun masih belum mampu nak bagi ayah rehat dekat rumah.

Aku rasa akulah yang paling lambat sekali untuk dewasa. Bila tengok adik yang beza umur 3 tahun akan habis belajar setahun selepas aku habis belajar dan belum tentu dah posting. Bertambah pilu bila adik yang anak ke-7 nak masuk universiti tapi aku yang 24 tahun belum dapat tolong apa-apa. :’(

Mujur ada simpanan helaian-helaian hijau yang tak konsisten penyimpanannya. Bila dikira ohh ada RM155 alhamdulillah. Boleh kurangkan beban Umi nak cari RM743 dalam masa yang singkat ini. Bolehlah tambah genapkan kepada RM200. Umi pun simpanan duit hijau dia ada RM150 dan ada lebihan wang RM100. Kelakar bukan, sekelip mata dah terkumpul RM450. Alhamdulillah, rezeki Ain. Masih berbaki RM343 insya-Allah sempat terkumpul.

Aku terpukul juga bila niat simpan duit hijau sebab nak bagi mak untuk duit raya nanti terpaksa dahulukan untuk Ain. Jadi aku putuskan untuk tukar helaian hijau bernilai RM50 kepada sekeping not RM50 dari baki duit biasiswa yang masih ada. Nak jugak bagi mak duit hijau untuk raya :’)

Semoga adanya duit poket bulan Jun nanti aku bagi separuh pada mak dan separuh lagi pada Ain. Itulah duit biasiswa terakhir sebelum mengakhiri perjalanan 6 tahun cari ilmu. Semoga yang baik-baik sahaja untuk masa hadapan nanti paling tidak pun kekuatan untuk terus berusaha dan berusaha. Aminnnn.


Wednesday, May 10, 2017

Tempo between the Secrecy


Its another night with the same lyrics being heard again
The lyrics of an unsung places
As over the past years
She kept herself with silence
And the silence repeats its tempo between the secrecy again
When she has found out
It comes to her world again
She didn't say anything 
Except thinking ways to see the light
Or will she dance with it all over herself once again
With the same rhymes and tones
Then she asks
How long this time?
Soon
When he went away from me
She replied.


Sunday, April 23, 2017

Sayang

Getting older day by day, there will be a lot of amazing and inspiring stories around us. Isn't it? After 24 years living on earth, there is a story that inspires me each day of my life and it is truly touches my heart deeply,

It was almost 6 years back in 2011 or maybe 5 in 2012 i can't even remember dates at this age :') 

--------------

Aku mengenali dirinya ketika itu dalam keadaan yang serba-serbi tak kena. Anak keturunan Johor yang penuh adab dan sopan tersentak juga bila disergah di awal pengenalan dengan anak Kedah ini. 
"Tak ada angin tak ada ribut, kenapa perlu kasar sedemikian rupa?" bisik hati kecilnya.
Lama proses pengenalan itu hendak tercapai manisnya.  Tak pernah pula aku sebarkan cerita tentangnya kepada orang ramai, seorang dua mungkin ada. Tak pula aku nak rasa berdendam, ya lah orang kata tak kenal maka tak cinta.

Kami dijodohkan di atas nama penuntut ilmu bahasa arab yang gigih mentelaah bahasa asing ini walaupun dari kecil mengenali alif ba ta. Tuhan itu Maha Kaya, tahu benar Dia hamba-Nya ini memerlukan manis di setiap yang pahit, oleh itu Dia aturkan yang indah-indah menjelang 2013.

Kami menjadi lebih akrab setelah mengenal hati budi masing-masing selama perkenalan sehingga 2017 ini dan kekaguman pada dirinya tak pernah pudar sejak mengenali.

Tahun 2017 mungkin tahun yang cukup sukar buat dirinya. Berstatus anak sulong, dia diuji dengan ibunya yang disahkan strok. Waktu dengar dia cerita fuhh boleh nangis. Sampailah satu hari dia kata nak balik Kedah sebab nak jaga mak dia. Dia suruh cekkan surat untuk Practicum Unit. Baca surat pun nak nangis dah ni. Alahai.

Petang Jumaat tu kalah juga aku, nangis tak henti bila doakan mak dia agar diberi kesembuhan segera. Bertabahlah kawan sayang, syurga milik kau lebih jelas harumnya apabila diuji kau sabar dan tenang menjaga mak yang tak mampu nak bercakap sekali pun. 

Baca tweet tempoh hari buat hati ni lega bukan kepalang, Mak Syeedah dah boleh bercakap dan dah boleh bangun nak solat. Alhamdulillah. Semoga terus sihat makcik. 

-----------

Kegigihan dia tak mampu nak dituliskan, Cukuplah sebagai peringatan buat seorang Hayati untuk melalui kehidupannya. Siapa tahu, emak atau ayah mengalami hal yang sama,sekurangnya ada pengalaman yang boleh diambil contoh. 

رب اغفر لي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا

Thursday, April 13, 2017

Ketika Bulan Merapati Bumi


Menjadi rutin bangun di subuh hari, merenung air yang mencurah ke kaki. Dinginnya mengerikan apatah lagi jika menyelusuri helai demi helai rambut menerjah kulit kepala sedang  mata masih terkebil-kebil menidakkan hakikat. Kau tersedar meskipun cahaya belum tiba di atas langit dan ketika bulan sedang merapati bumi, oh hari mu sudah bermula.

Simbahan cahaya dapat dilihat dari tingkap menandakan kau perlu keluar segera dari kamar. Beg disandang kiri dan kanan tapi setiap hari kau bilang, "Tak boleh jadi satu?" Namun hari mu berlanjutan, masih dan tetap terus sehingga hari ini.

Diam atau sedar, lebih 60 hari kau jejakkan kaki ke tanah sunyi dari luar pagarnya. 

Cuak, sesal, nak menyumpah, takut, gilaaaaa!

Kenapa Tuhan tuliskan takdir seorang Hayati begini? Lama kau pujuk diri, education is a way of giving, education is a way of giving, education is a way of giving... Allahu...

Then, what kind of giving have you given to the kids hayat?


-----------

Selang waktu, ketika bulang hilang ditelan bumi, sedang diperhatikan oleh sebarisan pohon bunga yang tiap-tiap hari bertegur sapa mengucapkan selamat, ada jiwa kecil yang tersenyum untuk melangkah jua ke dunia yang dipersoalkannya.