Tuesday, May 16, 2017

Dewasaaaaaaaaaa


Aku ada 8 adik-beradik yang sulong dan bongsu beza umurnya 22 tahun. Kurang 2 tahun dari umur aku. Jadi, serba-serbi aku mengerti perihal abang yang sulong serta adik aku yang bongsu.

Kami berlapan daripada keluarga serba susah tapi masih cukup. Walaupun pernah lauk tak ada tapi tak pernah lah aku makan nasi dengan garam sepanjang hidup. Rezeki Allah bagi tu akan sentiasa ada dan cukup alhamdulillah.

Sepanjang aku hidup, jarang mak dan ayah ada duit lebih mahupun simpanan. Yang aku tahu cuma cukup-cukup untuk makan sehari-harian dan untuk pusingkan modal ayah untuk ke laut.

Macam kereta juga, minyaknya dan servisnya serta jaringnya. Hah sekeping jaring ayah tu paling cikai pun RM70, takkanlah nak satu arau je pasang kat laut tu. Maka kena lah beli 5 ke 7 arau. Itu lah kemampuan ayah maka sebagai seorang anak kita tolong jahitkanlah. Sakit woi pinggang hadap jaring tu tapi ayah lagi lah berejam hadap dia sepanjang hidup, sakit sikit kita apalah sangat sampai nak merungut.

Dari kecil sampai besar, ayah akan tanya “Ada duit lagi Yu?” dan Emak pulak akan tanya “Ayah bagi duit?” Kalau memang tak ada duit aku memang akan kata tiada dan kalau ayah tak bagi duit aku akan kata tak pada emak. Cuma kalau aku ada lebihan duit aku akan bagi pada emak dan secara diam duit tu lah mak tambah untuk keperluan dapur bila ayah pergi ke kedai.

Sampailah pada suatu hari ayah nak pergi ke kedai, aku hulurkan duit dengan polosnya pada ayah tapi ayah tinggikan suara berkata “Kan belajar lagi, tak payah!” Luruh hati dengar kata-kata ayah tapi aku rasa ego ayah tebal sangat waktu tu. Mungkin dia rasa sebagai ayah sepatutnya dia yang bagi makan pakai bukannya anak dia yang belum bekerja.

Kalau ikutkan, aku dah 23 tahun waktu tu dan aku dapat biasiswa dekat universiti. Macam biasa ada wang lebih memang aku akan bagi pada keluarga. Aku memang terkilan waktu tu sebab dah berusia 23 tahun masih belum mampu nak bagi ayah rehat dekat rumah.

Aku rasa akulah yang paling lambat sekali untuk dewasa. Bila tengok adik yang beza umur 3 tahun akan habis belajar setahun selepas aku habis belajar dan belum tentu dah posting. Bertambah pilu bila adik yang anak ke-7 nak masuk universiti tapi aku yang 24 tahun belum dapat tolong apa-apa. :’(

Mujur ada simpanan helaian-helaian hijau yang tak konsisten penyimpanannya. Bila dikira ohh ada RM155 alhamdulillah. Boleh kurangkan beban Umi nak cari RM743 dalam masa yang singkat ini. Bolehlah tambah genapkan kepada RM200. Umi pun simpanan duit hijau dia ada RM150 dan ada lebihan wang RM100. Kelakar bukan, sekelip mata dah terkumpul RM450. Alhamdulillah, rezeki Ain. Masih berbaki RM343 insya-Allah sempat terkumpul.

Aku terpukul juga bila niat simpan duit hijau sebab nak bagi mak untuk duit raya nanti terpaksa dahulukan untuk Ain. Jadi aku putuskan untuk tukar helaian hijau bernilai RM50 kepada sekeping not RM50 dari baki duit biasiswa yang masih ada. Nak jugak bagi mak duit hijau untuk raya :’)

Semoga adanya duit poket bulan Jun nanti aku bagi separuh pada mak dan separuh lagi pada Ain. Itulah duit biasiswa terakhir sebelum mengakhiri perjalanan 6 tahun cari ilmu. Semoga yang baik-baik sahaja untuk masa hadapan nanti paling tidak pun kekuatan untuk terus berusaha dan berusaha. Aminnnn.


Wednesday, May 10, 2017

Tempo between the Secrecy


Its another night with the same lyrics being heard again
The lyrics of an unsung places
As over the past years
She kept herself with silence
And the silence repeats its tempo between the secrecy again
When she has found out
It comes to her world again
She didn't say anything 
Except thinking ways to see the light
Or will she dance with it all over herself once again
With the same rhymes and tones
Then she asks
How long this time?
Soon
When he went away from me
She replied.