sementara punya cerita, akal ini ingin meluahkan; rasa sesuatu dalam hayat ini yang terindah; suka atau duka; sahabat; tentang Dia dan tentunya dia...
Monday, May 9, 2016
Utusan buat Cecikgu
Apabila ditanya soal cita-cita, aku akan terkedu sendiri. Entah apalah yang aku cita-citakan. Mahu jadi seorang doktor bedah atau doktor haiwan? Pakar biologi atau terjun dalam dunia kimia? Mungkin sahaja menjadi seorang pakar kira-kira seperti keindahan nombor dalam matematik tambahan. Hmmm...
Ada satu hari di antara hari-hari terakhir di sekolah menengah, aku tersenyum sendiri dengan gerak hati. "Nanti, aku nak kembali ke sekolah."
Aturan Allah itu jelas bila mana kau sedang melaluinya. Sedang saat ini aku tersenyum kembali bila terkenangkan 22 Jun 2016 nanti aku benar-benar akan kembali ke sekolah sebagai pelajar yang sedang belajar untuk menjadi seorang guru.
Buat para guru SMK Dato' Penggawa Barat yang dikasihi, sudilah terima bekas pelajarmu ini di sana nanti. Mohon beri tunjuk ajar agar jadi yang terindah seperti kalian. Hiks.
#pray4Aleppo
#pray4ummah
#nakbalik!
Subscribe to:
Posts (Atom)