A blessed short Ramadan i ever had this year but I learn something valuable in it.
---------
Ibadah puasa bagai bermula lambat bagi aku tahun ini. Ketika umat Islam sudah 5 hari berpesta ibadah, aku masih mencari-cari hala tuju di bulan mulia ini.
Aku perhatikan, rata-rata punya cita-cita dan impian yang tersendiri. Apa yang ingin dicapai dan apa yang ingin dirasai ketika di bulan ini. Aku? Tetap lupa dengan rahmat ini.
Setiap malam aku hantar mak ke masjid. Tahun ini agak lain, sudah tidak jalan kaki ke masjid sebab mak dah tak larat mana nak jalan. Setiap kali itulah aku masih bertanyakan, ke mana mahu pergi Hayati?
Di Twitter di Facebook di Instagram, semua memaparkan kisah puasa mereka, masjid hopping, juadah berbuka mahupun #donepuasa! Aku? Masih tak tahu mana nak tuju.
5 tahun yang lalu, Ustazah Fatimah Syarha pernah menjawabkan pertanyaan seorang Hayati yang cemburu betul setiap kali 10 malam terakhir, dia tak dapat nak puasa solat mengaji.
Segar di ingatannya, Ustazah kata "Berzikirlah beribu lemon." Hasilnya? Entah sampai ke tidak ratusan agaknya.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Rasanya itu sahaja perasaannya sejak awal Ramadan tiba. Blessing.
Ada satu malam, mungkin di pertengahan Ramadan. Sedu-sedan juga masa terawih. Kenapa sekejap sangat ni Ramadan dah nak habis? Nak pergi mana laju-laju niiii?
Tiba satu masa, aku terkesan betul dengan satu kata-kata yang dibaca. Soal keberkatan.
Benarlah, keberkatan Tuhanlah yang aku cari kali ini. Banyak yang aku tak rasa manisnya kegembiraan. Banyak yang aku tak rasa syukurnya diberi kesakitan. Mungkin tiada keberkatan.
Di hujung-hujung Ramadan ini Ya Tuhan, aku pohon; berikanlah keberkatan dalam setiap apa yang aku lakukan. Walau tak banyak tapi bukan untuk disia-siakan.
اللهم بارك لنا في أمرنا ولا تخيب بعملنا. اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا.
Ameen.
#RamadanLesson
#RamadanKareem
#Tillwemeetagain
تقبل الله ومنا ومنكم صالح الأعمال 🌼 من العائدين والفائزين. عيد مبارك سعيد
No comments:
Post a Comment