Imbas kembali. Teng teng teng~
"Kakak dulu sekolah dapat nombor berapa?"
"Darjah satu dapat nombor satu."
"Darjah dua?"
"Nombor satu juga."
"Darjah tiga?"
"Hmm, nombor dua."
"Darjah empat?"
"Nombor dua jugak."
"Darjah lima?"
"Hihi, nombor satu."
"Darjah enam?"
"UPSR kan, 5A lah."
"Wahhhh..." *sambil buat muka termotivasi*
kalau ingat semula dialog ni pada suatu hari Jumaat malam Sabtu tempoh hari, lucu juga. Anak-anak penghuni rumah anak yatim Kasih Harmoni Keramat yang disayangi lagi dikasihi yang bertanyakan soalan demi soalan apabila melihat buku nota yang di bawa.
"Kakak ni buku universiti ke?" *sambil belek-belek buku nota Educational Psychology*
"Kakak, tak susah ke?"
"Kakak, kakak, esok akak ada exam ke?"
"Kakak ni semua akak kena buat sendiri ke?"
Tersenyum. Masakan tidak, mereka penawar di kala duka. Pengubat rindu kepada keluarga. Penyembuh hati saat lelah seketika dengan dunia.
"Adik-adik semua ni, awak (Asyiqah), awak (Zamilah), awak (Marihah), awak (Fatihah) dan awak (Insyirah) jugak.Belajarlah rajin-rajin baru tak susah. Dah besar nanti jadi macam Kak Vitamin (Rusni), abang Usamah, abang Fikry, abang Fahmi, abang Megat, Kak Mahfuzah dan lain-lain. Okay?"
*semua senyum-senyum sambil buat muka bermotivasi lagi sekali*
-----
Teach for The Needs (TFTN) percaya bahawa setiap insan itu punyai potensi andai diberi peluang.
Cinta pada ilmu dengan sepenuh hati, mahu melihat mereka berjaya. Masuk universiti juga satu hari nanti lalu bersiap siaga membantu ummah ini. Insya-Allah.
Mimpi biar sampai ke bintang ^^ hihi
No comments:
Post a Comment