Thursday, May 29, 2014

perlu teruja ke takut ke cemane?


exam coco semalam
4.00 pm~ 
setengah jam lagi nak tamat masa
nak keluar? hmm, nadia tengah menulis lagi
tunggu kejaplah

tik tok tik tok tik tok
serba tak kena dah dalam tu
perati je invigilator sorang tu
lelaki tapi Ya Rabbi, comel macam perempuan
walau buat ganas tapi terbayang kanak2 yg cute amat setiap kali pandang
hiks

4.05 pm~ 
gelisah woi gelisah
belek-belek kertas
masya-Allah grammar enti~ 

4.10 pm~ 
tak larat dah, keluar~
tunggu nadia luar kelas
tak bawak buku selain nota usulul fiqh untuk exam pagi  tu
dengan nota coco lahh

awan berarak laju bila pandang langit di kiri
terasa masa pantas berlalu
walhal 4.15 pm pun tak jejak lagi

beberapa hari lalu memang kaki membaca habislah
jadinya duduk tanpa membaca di situ bagai nak gila
cehh tipu, hiperbola lebih
keluarkan nota usulul fiqh dan baca
tengok jam semula, wow, 4.29 pm
maka pengajarannya, bawalah buku ke mana2 untuk dibaca
masa takkan disia-siakan macam tu je

ekceli tu pendahuluan, hahaha, meh nak cerita banyak-banyak

ceritanya lepastu, nadia dengan syeeda keluar 4.30 pm tu
dalam perjalanan masih pandang langit di kiri
berkumpul awan-awan kelabu
kilat sabung-menyabung, guruh berdentum

tiba tiba ada orang pegang tangan kiri
eh, apa pegang pegang ni nadia? lulz 
takut~ katanya
yang syeeda pun sama jugak tutup muka, telinga sebab takut
aku? macam biasa, pandang langit dengan teruja

hujan lebat waktu tu, lebat sangat
dan safiyyah jauh juga, kalau jalan memang basah habislah
dan juga tak bawa payung
orang kata sediakan payung sebelum hujan kan
degil tak mau dengar, hehe

maka kami bertiga duduk di bangku berhadapan dengan kedai ainun
sempat lagi aku order waffle waktu tu sedang kilat pehhh
macam pertarungan hebat sedang berlangsung
aku duduk semula tersenyum lihat nadia dan syeeda yang takut2

tiba tiba enam mata kami bertiga melihat seorang lelaki yang berjalan di hadapan kami
ibarat terpaku melihat dia yang menutup muka menggunakan mafla hitam putihnya
kayu di tangan kirinya dan pemadam api di tangan kanannya
mata kami menurut rentak perjalanannya ke arah kiri
langit masih lagi mencurahkan hujan tanpa henti

out of sudden
asap putih yang menyakitkan mata dan tekak is everywhere !
automatik capai hujung tudung tutup hidung
pandang kakak kakak di kedai tu yang sedang berkata
panggil security ! panggil security !
tak pasal pasal ada orang tarik tangan kanan ke tempat lain
syeeda~ "jom yati masuk tandas, orang tu gila kot"
aku ikutkan saja dan nadia dah terbatuk-batuk macam nak muntah pun ada

tapi aku nak keluar, nak tengok apa yang terjadi
syeeda larang, "hg ni tak takut ka? buat dia apa apakan hg"
aku senyum lagi nak gelak pun ada, nak tengok !
dan aku pun keluar, keadaan dah tenang
asap tadi dah ditarik graviti di atas lantai
nadia dan syeeda menuruti di belakang
melihat orang ramai mula berkumpul memerhati
"nasib baik tak kena kepala sesiapa, ada pergi campak tong tu ke bawah." kata kakak tu.
aku gelak kecil.. hihi

kami bertiga duduk lagi atas bangku tu
waffle aku dah siap, yay!
makan~ tapi diorang berdua takmau, sakit tekak takut takde selera nak makan

tiba tiba aku sentuh tangan nadia lalu tunjuk ke arah hadapan kami
lelaki tadi~ syeeda tarik tangan nadia dan nadia tarik tangan aku
pergi ke arah tandas tadi
aku perhati je lelaki tu sambil waffle masuk mulut
aku rasa dia tekanan perasaan ni
dan aku anggap dia acah acah jihad ni, hihi
boleh kata macam tengok wayang sambil makan popcorn
tengok, tengok juga, waffle terus masuk mulut, nyumnyum

kami pun turun bawah, wow debu tu di mana mana
kesian kat orang cafe cafe semua 
pelanggan lari dan yang tengah makan lagi kesian 
masuk debu debu tu dalam pinggan mangkuk depa
huuuu~

kami pun pulang dan masih juga hujan selebat-lebatnya
basah sampai bilik, hehe

persoalan di atas, perlu teruja ke takut ke cemane?

#3 papers more to go
#excited!


aaaaa~ nak panda !!!

Sunday, May 25, 2014

itji motago





hai ana~
esok ana dah nak sambung belajar?
hiks, ana dah besar ;)

waktu kecik2 dulu, waktu ana dalam buai lagi
tengah2 buaikan ana tidur
pada suatu pagi tu
tiba2 ada wayar hitam lalu sebelah aku
erk~
mak, ada ular hitam, ana kat dalam sorang2

waktu sekolah rendah pulak
*suatu malam*
ayu buatkan ni, tak reti.. - ana
tinggal je situ, esok pagi kau bangun dah siap - ayu

*esok paginya*
yay ! terima kasih ayu ! - ana
emmm... - ayu

bila dah besar masing2 ada haluan sendiri
"yelahh, kau kan budak sains~"
"so?" -_-
"budak sains kan pandai, kelas ada aircond, cikgu puji, semua rajin, bla3." 
"emmm, yelahhh naaaaaa~ bukan budak akaun ke yang menang 5 tahun berturut-turut peringkat kebangsaan tu?"
"eheh.."

ana masuk uia !! - ayu
takyahla na masuk uia, dekat2 dah la - mak
k mak k..

takyah paksa aku boleh tak? biarlah aku nak masuk mana punn - ana
O.o aku gurau je na dengan harapan penuh tapi :p dont stress2
mana2 pun okay

hai ana~
belajar rajin2 sana, selamat menerokai dunia dengan bahagianya
sentuhi segala peristiwa dengan baik semoga menjadi yang bermanfaat buat ummah

jaga diri ana, i love you

-----


itji motago ana !



Friday, May 2, 2014

cerita hidup bagai hikayat


i build the bricks but i do observe from the window 

"I'm scared that one day, you'll eventually get bored just because i'm too attached to you."

----------

malu ada segan pun ada
tak tahu bagaimana nak mula

cerita hidup bukan hikayat semata-mata
ada mulanya dan ada akhirnya
adakala indah adakala gundah

cerita hidup ini bagai nak gila
ada perang ada senang

bila naik ke langit rasa payah
masakan tidak menentang sunnah alam

bila nak jatuh menyembah bumi
tak sampai beberapa saat
tersembam tanpa amaran barang sekali

cerita hidup boleh jadi macam hikayat
sukar pada mula mudah pada akhir
sedih di awal gembira di hujungnya

dunia memang sementara
tapi nak tunggu dunia kedua pehh lama lagi
mungkin sudah tertulis
dunia kedua itu dekat tapi menunggu tu penat
tunggu kejap
dah sedia dah nak gerak ke sana?

kadang-kadang anak kecil menangis kerana tidak mahu tidur
mahu bermain sepuasnya
walhal
di hujung dunia sana
ada manusia yang mahu tidur selamanya
tapi masih diizinkan untuk bernafas pada esoknya
sedang bagai tiada harapan untuk berdaya

segan ada malu pun ada
aku cerita, cerita hidup pada kau
sedang kau ada cerita hidup kau sendiri

terima kasih kerana masih gagah
berdiri setentangnya tanpa rebah
walhal
kau sendiri punya masalah
masalah yang aku sendiri tidak endah

berperang dengan diri sendiri tu hebat benar cabarannya
malu ada segan pun ada
benar kau kata
sampai bila nak diam
diam takkan menyelesaikan masalah sedikitpun

ya
aku bodoh juga
mendiamkan seribu kata
sedangkan cerita hidup kita tak pernah sama

selagi mana aku cerita
kisah hidup yang tak pernah berhenti jalannya
bantu aku sedayanya
merasai rasa seperti manusia

senyum dan tawa dari hati
sukar untuk aku sendiri rasai
penat kata pada diri sendiri
senyumlah hayati
tak juga dijayakan bibir ini

carilah diri yang hilang
tak perlu tabah mana sayang

--------

"hello mommy ! assalamualaikum"
"wahhh cerianya yu"
"eh?"
"cerianya malam ni?"
"really?"

--------

#happybirthday