i build the bricks but i do observe from the window |
"I'm scared that one day, you'll eventually get bored just because i'm too attached to you."
----------
malu ada segan pun ada
tak tahu bagaimana nak mula
cerita hidup bukan hikayat semata-mata
ada mulanya dan ada akhirnya
adakala indah adakala gundah
cerita hidup ini bagai nak gila
ada perang ada senang
bila naik ke langit rasa payah
masakan tidak menentang sunnah alam
bila nak jatuh menyembah bumi
tak sampai beberapa saat
tersembam tanpa amaran barang sekali
cerita hidup boleh jadi macam hikayat
sukar pada mula mudah pada akhir
sedih di awal gembira di hujungnya
dunia memang sementara
tapi nak tunggu dunia kedua pehh lama lagi
mungkin sudah tertulis
dunia kedua itu dekat tapi menunggu tu penat
tunggu kejap
dah sedia dah nak gerak ke sana?
kadang-kadang anak kecil menangis kerana tidak mahu tidur
mahu bermain sepuasnya
walhal
di hujung dunia sana
ada manusia yang mahu tidur selamanya
tapi masih diizinkan untuk bernafas pada esoknya
sedang bagai tiada harapan untuk berdaya
segan ada malu pun ada
aku cerita, cerita hidup pada kau
sedang kau ada cerita hidup kau sendiri
terima kasih kerana masih gagah
berdiri setentangnya tanpa rebah
walhal
kau sendiri punya masalah
masalah yang aku sendiri tidak endah
berperang dengan diri sendiri tu hebat benar cabarannya
malu ada segan pun ada
benar kau kata
sampai bila nak diam
diam takkan menyelesaikan masalah sedikitpun
ya
aku bodoh juga
mendiamkan seribu kata
sedangkan cerita hidup kita tak pernah sama
selagi mana aku cerita
kisah hidup yang tak pernah berhenti jalannya
bantu aku sedayanya
merasai rasa seperti manusia
senyum dan tawa dari hati
sukar untuk aku sendiri rasai
penat kata pada diri sendiri
senyumlah hayati
tak juga dijayakan bibir ini
carilah diri yang hilang
tak perlu tabah mana sayang
--------
"hello mommy ! assalamualaikum"
"wahhh cerianya yu"
"eh?"
"cerianya malam ni?"
"really?"
--------
#happybirthday
No comments:
Post a Comment