Si
kecil berjalan keluar dari perkarangan bangunan sekolah ke hujung jalan sana
berjumpa pagar yang memisahkan sekolah dengan alam realiti kehidupan. Langkah kecilnya
terhenti tatkala bertemu dengan ibu sahabatnya, Izzudin.
“Hayati,
sihat?”
“Hihi,
sihat.”
“Makcik
nak tengok buku sekolah awak boleh?”
Hayati
pun bergegas membuka zip beg galasnya sambil mengeluarkan semua buku tulis yang
ada. Genggaman kecil tapak tangannya seakan tak mampu memegang buku-buku itu,
lantas dicapai oeh ibu sahabatnya.
“Cantik
tulisan Hayati.” Puji ibu Izzudin.
“Makcik
nak pinjam bawa balik buku awak boleh Hayati? Izzudin ni makcik pun tak tahu
kerja sekolah dia buat ke tidak.” Kata ibu Izzudin setelah beberapa ketika
membelek buku-buku tersebut.
“Boleh.”
Jawab si kecil itu ringkas sambil berlari-lari kecil menuju kepada ayahnya yang
sedari tadi tunggu kepulangannya dari sekolah agama.
*****
Susunan meja dan kerusi membentuk segi empat tepat,
berhadapan secara dua. Kira-kira teknik pembelajaran secara koordinatif
dijalankan. Lukisan-lukisan menjadi seni hiasan di dinding kelas, huruf-huruf abc
menjadi latar, kalimah-kalimah suci menjadi pendinding di hadapan kelas. Wajah sultan
dan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu gah di tampal.
Sunyi kelas bertukar
riuh dengan kehadiran kanak-kanak kecil yang begitu bersemangat untuk mengenal
dunia. Tak pernah henti bertanya kenapa dan kenapa. Lincah berlari sana-sini
menunjukkan kekreatifan masing-masing mencipta bola dari kertas, mencipta
permainan dari pemadam, mencipta keindahan dalam kenakalan.
Si kecil ini melihat
sahabatnya Zahrin, menyakatnya dengan mengambil botol airnya. Si kecil ini
seakan-akan mahu menangis kerana di sakat oleh sahabatnya itu. Zahrin berlari
riang di tengah padang sambil mengejek kepada Hayati.
“Wek, tak dapat tak
dapat.” Ejek Zahrin kepada Hayati.
“Tidak mengapa Hayati,
aku pergi ambilkan.” Kata sahabat baik Zahrin, Syazwan.
Berkejaranlah Zahrin
dan Syazwan di tengah padang sambil diperhati oleh Hayati yang setia berdiam
diri di pintu kelas. Si kecil ini hanya berharap emak tidak memarahinya kerana
pulang nanti tanpa botol air tersebut. Tiba-tiba, seperti kisah Nabi Yusuf a.s yang
teukir indah di dalam al-Quran al-Karim, baju sekolah Zahrin rabak ditarik oleh
Syazwan dari belakang akibat kejadian kejar-mengejar itu.
Botol air dipulangkan
oleh Syazwan sambil Zahrin berlari pusing ke belakang bangunan sekolah sambil
menangis. Jeritan kuat kedengaran dari belakang sekolah.
“Syazwan! Syazwan!!
Mari sini aku nak ajarkan sikit.”
Hayati melihat dari
sudut tingkap, ibu Zahrin memarahi Syazwan kerana telah mengoyakkan baju
Zahrin. Malangnya rumah Zahrin betul-betul di belakang rumah. Teruk Syazwan
dimarahi. Hayati betul-betul rasa bersalah.
Bagai superhero turun
dari kayangan, itu perumpamaan buat Syazwan ketika itu. Terima kasih sahabat,
akan aku ingat sehingga ke akhirnya. Pergaduhan cara apapun di kala kecil
hujungnya berteman semula. Tiada dendam sekelumit kecil pun.
*****
rindunya
#pray4ummah
No comments:
Post a Comment