Pagi tadi dengan muka sembabnya
gara-gara menangis semalam sebab letih gila bila Sabtu exam, lepas tu
cepat-cepat dah ke Salak Selatan, tak buat apa sangat pun kakak kahwin belah KL
ni tapi letih dia semacam betul. Ya lah perjalanan nak ke sana naik
pengangkutan awam ni pun bukan 20 minit boleh sampai, tapi 1 jam 30 minit.
Malamnya tidur lewat sebab
konon-konon buka buku untuk kertas hari Isnin pagi nanti. Ahad seharian di
walimatul urus. Lewat petang baru balik. Malam buka buku tu bergenang air mata
sebab mengantuk Tuhan sahaja yang tahu. Syukur dah ulang kaji awal hari tu
dapatlah malam tu untuk proses mengingat dan kemudian tidur dengan nyenyaknya
walaupun telefon buat hal tak nak hidup.
Cari padah, lepas exam pergi
kerja 1130 sampai 5 petang, kemas-kemas 5.40 juga sampai bilik. Letih tu
menjadi-jadi rasanya. Hampir nak maghrib, konon nak bagi telefon untuk dibetulkan.
Terus turun mahallah semula dan tunggu sampailah waktu imam SHAS mosque tu
rakaat kedua, nyamuk menyerang dan langit sudah gelap. Balik semula ke bilik
dengan sedikit hampa. Letih Ya Allah.
Teringat kawan kata nak nangis,
nangis dekat bilik. Sampai bilik terus nangis semahunya. Letih. Itu sahaja. Lepas
isya’ entah pukul berapa tidur dan yang penting mimpi Tsunami. Duhhh!
Pagi bangun dengan mata sembab
macam orang tidur 24 jam. Jumpa kawan pun dia tegur “Muka!” Cakaplah apa pun,
nak pergi Projek Seni Anak TFTN ni.
Kau tahu, kalau dari Gombak naik
bas 200 tu turun HKL dan jalan sikit, kau akan sampai ke Balai Seni Visual
Negara tu. Punyalah gigih naik bas T200 ke LRT Gombak jalan ke Monorail Bukit
Nenas dan turun ke Monorail Titiwangsa, kemudian naik teksi.
Pakcik tu analisa politik anak
muda yang nak mengundi, jadi perbualan dalam teksi tu tentang itulah.
Sehinggalah dia teka aku ni PAS dan akan mengundi parti itu nanti. Kemudian
kami menikmati perbincangan soal hudud dari corong radio dan aku mula menekuni
telefon kawanku ini.
“Nak turun mana ni?”
“Balai Seni Visual Negara pakcik.”
“Haa, sini lah ni.”
“Mana pakcik? Ni bangunan apa ni?
Balai tu sebelah Istana Budaya.”
“Istana Budaya belakang bangunan ni
lah.”
“Oh, okay.”
Pakcik penganalisis tu tipu aku.
Bodoh betul pergi percaya pakcik tu kata Balai tu belakang bangunan tu. Punyalah
aku pusing bawah terik matahari pada waktu tengah hari melalui jalan berliku.
Bila dah sedar dari kebodohan, aku pun berjalan ke jalan utama. Melihat langit
biru yang terik sambil mencari sinar bumbung Istana Budaya. Nahh, dari kejauhan
aku dapat melihatnya. Sumpah jauh pakcik ni hantar aku, belakang bangunan apa
pakcik!!!
Lepas berjaya mengharungi panas
terik dan sendirian bawa kaki berjalan sejauh itu, aku pun terasa bodoh sekali
lagi bila tengok Balai Seni ni betul-betul sebelah Hospital Kuala Lumpur yang
jadi kawan akrab aku di tahun 2016 ini. Ya Allah, berilah hidayah-Mu.
Sesampainya di Galeri aku pun
terus terjumpa SOFA dan Rahman. Ya, sofa yang aku nampak dulu. Haha. Tak lama
lepas tu, Azwa dan anak-anak dari Klang dan Batu Pahat berjalan-jalan di
sekitar galeri pemetaan. Kemudian, aku ikut mereka ke pameran TFTN di bangunan
sebelah.
Tingkat 2, café dan surau. Dapat
air mineral sebotol cukup membahagiakan setelah berjalan sejauh itu dan juga
nasi tomato, ayam masak merah, acar nenas dan kuah dal serta buah oren. Lepas
solat Zohor, turun ke bawah dan bersedia untuk majlis pelancaran.
Waktu ini berkenalan lebih rapat
dengan anak-anak ini, Aina, Zarul, Apek, Najib, Jannah, Su dan ramai lagi lah
serta Volunteer Batu Pahat, Azwa, Fizi dan Zunnu. Sesungguhnya waktu tengok
Jannah menceritakan lukisannya kepada VIP, tersentuh di hati. Perasaan halus
ini sama dengan melihat anak-anak TFTN ketika di atas pentas PJLA dan DPAC
mempersembahkan teater. Ahh, mereka ini kiriman Tuhan yang indah dalam hidup.
Jannah dan Raja Aminullah |
Zarul yang tak pernah letih
berlari sana-sini sangat-sangat menceriakan hari. Abang Zul yang penuh
keceriaan dengan gelak tawanya buat aku jadi senang. Ucapan setiap satu yang
memberi petang ini, benar-benar punya cita-cita yang besar. Tak mustahil
sekiranya hari ini pameran ini dilakukan di Balai Seni Visual Negara, kelak
siapa tahu hasil seni mereka diangkat ke peringkat dunia! Punya bakat akan
dihantar ke German atau Eropah untuk belajar seni? Kemudian pulang semula ke
Malaysia dan mengajar anak-anak yang lain? Gila! TFTN selalu gila dengan
idea-idea gila mereka.
2013: Konvensyen TFTN
2014: Festival Teater Anak TFTN
2015: Teater Kota Kelip-kelip
2016: Peluang=Potensi
Huwaaaaa, terima kasih Sekolah Bukan
Penjara Universiti Bukan Kilang dan Abang Zul khususnya. Bacalah buku, padanya
ada dunia! Senyum sampai telinga :)
#pray4ummah