Aku ada 8 adik-beradik yang sulong
dan bongsu beza umurnya 22 tahun. Kurang 2 tahun dari umur aku. Jadi,
serba-serbi aku mengerti perihal abang yang sulong serta adik aku yang bongsu.
Kami berlapan daripada keluarga serba
susah tapi masih cukup. Walaupun pernah lauk tak ada tapi tak pernah lah aku
makan nasi dengan garam sepanjang hidup. Rezeki Allah bagi tu akan sentiasa ada
dan cukup alhamdulillah.
Sepanjang aku hidup, jarang mak dan
ayah ada duit lebih mahupun simpanan. Yang aku tahu cuma cukup-cukup untuk
makan sehari-harian dan untuk pusingkan modal ayah untuk ke laut.
Macam kereta juga, minyaknya dan
servisnya serta jaringnya. Hah sekeping jaring ayah tu paling cikai pun RM70,
takkanlah nak satu arau je pasang kat laut tu. Maka kena lah beli 5 ke 7 arau. Itu
lah kemampuan ayah maka sebagai seorang anak kita tolong jahitkanlah. Sakit woi
pinggang hadap jaring tu tapi ayah lagi lah berejam hadap dia sepanjang hidup,
sakit sikit kita apalah sangat sampai nak merungut.
Dari kecil sampai besar, ayah akan tanya
“Ada duit lagi Yu?” dan Emak pulak akan tanya “Ayah bagi duit?” Kalau memang tak
ada duit aku memang akan kata tiada dan kalau ayah tak bagi duit aku akan kata
tak pada emak. Cuma kalau aku ada lebihan duit aku akan bagi pada emak dan
secara diam duit tu lah mak tambah untuk keperluan dapur bila ayah pergi ke
kedai.
Sampailah pada suatu hari ayah nak
pergi ke kedai, aku hulurkan duit dengan polosnya pada ayah tapi ayah tinggikan
suara berkata “Kan belajar lagi, tak payah!” Luruh hati dengar kata-kata ayah
tapi aku rasa ego ayah tebal sangat waktu tu. Mungkin dia rasa sebagai ayah
sepatutnya dia yang bagi makan pakai bukannya anak dia yang belum bekerja.
Kalau ikutkan, aku dah 23 tahun waktu
tu dan aku dapat biasiswa dekat universiti. Macam biasa ada wang lebih memang
aku akan bagi pada keluarga. Aku memang terkilan waktu tu sebab dah berusia 23
tahun masih belum mampu nak bagi ayah rehat dekat rumah.
Aku rasa akulah yang paling lambat
sekali untuk dewasa. Bila tengok adik yang beza umur 3 tahun akan habis belajar
setahun selepas aku habis belajar dan belum tentu dah posting. Bertambah pilu
bila adik yang anak ke-7 nak masuk universiti tapi aku yang 24 tahun belum
dapat tolong apa-apa. :’(
Mujur ada simpanan helaian-helaian hijau
yang tak konsisten penyimpanannya. Bila dikira ohh ada RM155 alhamdulillah. Boleh
kurangkan beban Umi nak cari RM743 dalam masa yang singkat ini. Bolehlah tambah
genapkan kepada RM200. Umi pun simpanan duit hijau dia ada RM150 dan ada
lebihan wang RM100. Kelakar bukan, sekelip mata dah terkumpul RM450. Alhamdulillah,
rezeki Ain. Masih berbaki RM343 insya-Allah sempat terkumpul.
Aku terpukul juga bila niat simpan
duit hijau sebab nak bagi mak untuk duit raya nanti terpaksa dahulukan untuk
Ain. Jadi aku putuskan untuk tukar helaian hijau bernilai RM50 kepada sekeping
not RM50 dari baki duit biasiswa yang masih ada. Nak jugak bagi mak duit hijau
untuk raya :’)
Semoga adanya duit poket bulan Jun
nanti aku bagi separuh pada mak dan separuh lagi pada Ain. Itulah duit biasiswa
terakhir sebelum mengakhiri perjalanan 6 tahun cari ilmu. Semoga yang baik-baik sahaja
untuk masa hadapan nanti paling tidak pun kekuatan untuk terus berusaha dan
berusaha. Aminnnn.
No comments:
Post a Comment