Friday, December 20, 2013

aku Hidup ?


pernah terleka dalam impian
pernah tersasar dalam larian
bukan mudah berentak tarian
salah langkah hilang manisan

melihat kanan memandang semalam
bukankah adanya di situ semalam?

medan peperangan lewat ditempuh
kiriman senyuman yang begitu ampuh
menghilangkan tegang dilihat teguh
terlihat putih hitam di sebalik buluh




Jauh membisu kau dan aku
Hidup terasing didunia sendiri

Senyap dalam lautan kehidupan
Mencari asal fitrah insani



Apabila mengejar indah duniawi
Ditinggal jauh nilai manusiawi

Adakah ini yang perlu dilalui
Atau mencari hala tuju tak pasti



Berhenti berangan duhai Hidup
Lamunan mu sia-sia tiada berguna

Kejarlah dunia dan Akhirat sana
Bahagia bersama diakhir usia.

dec 20, 2013 - 11:15 am


susah nak balas puisi ni..
jadi, aku simpan dalam hati..

ehhhhh

jadi aku simpan di sini
`hayat terindah yang dicintai

apakah aku Hidup yang kedua?

terima kasih sahabat buat peringatan
teruskan mimpi ke langit sana
petik bintang di atas angkasa
memanusiakan manusia hidupkan jiwa


#pray4ummah

Sunday, December 15, 2013

Izinkan aku bercinta


Kalau aku punya kesempatan
Di perkiraan tahun ini
Izinkan aku merenung
Wajahmu yang tenang


Seandainya ada waktu
Benarkanlah untuk aku di situ
Melangkah kaki bersama kamu


Jika benar takdir menuliskan
Bolehkan aku untuk setia
Di sisimu tanpa sedetik pun ku lepaskan


Kerana engkaulah
Yang melitupi skala hidup ini
Setiapnya punya jiwa kamu
Yang hidup tidak bernafas
Menguntum senyum tanpa wajah

---

Lawak betul puisi cinta aku. Haha
Tak pandai bercinta beginilah :3


Ahad lalu, menghadiri majlis perkahwinan PM rumah anak yatim keramat.
Bahagia tengok orang bahagia ;D

Terpengaruh dengan sahabat2nya yang mendeklamasikan puisi khas buat pasangan tersebut. Tu yg kengkonon nak berpuisi. Haha.
---

Bercinta, izinkan aku bercinta
Dengan dia yang aku cintai
Yang hadir walau tidak sentiasa
Yang menggembirakan secara sesaat tapi kekal untuk selamanya
Yang dirindui setiap kalinya
Yang mengingati tak pernah dilupai
Yang tersenyum dengan sepenuh hati

---

Adik2 yang akak kasihi sekalian~
Belajar rajin2 ye
Semoga bed time story tempoh hari dapat jadikan peringatan hingga ke akhir hayat
Bukan saja2 akak sampaikan
Kerana cinta biar sampai ke syurga

xoxoxoxo
;3
#pray4ummah

Thursday, December 12, 2013

Life and me


bagaimana mungkin bisa terikat kata-kata indah menjadi dendangan hawa telinga serata manusia menjadi panduan gerakan insani~





“Tahu kau mengapa aku sayangi kau lebih dari siapa pun? Karena kau menulis. Suaramu takkan padam ditelan angin, akan abadi, sampai jauh, jauh di kemudian hari. (Mama, 84)” 


― Pramoedya Ananta Toer, Child of All Nations

                                                
     andai saja ada yang berkata demikian, perghh..

cair gua


...


ada sebuah cerita yang takkan pernah terpadam
yang ketika memotong kentang berbentuk kubus untuk dijadikan epok-epok kemudiannya
mampu merekahkan senyuman si bibir

apalagi yang harus ku nyatakan
hadirnya bagai sang angin yang mendamaikan
bagaikan sang mentari yang menghangatkan
seperti bulan yang menyerikan malam
ibarat pegangan tangan yang dieratkan

dia

yang terindah


--------

kata-kata aku untuknya:

"jadilah engkau yang membaca walau tidak engkau menulis, kerana tidak semua mampu merangka lirik awan nano apatah lagi a thousand years sepertinya, malah aku juga." kakaka~



---------

"habistu kau print tak?"
"hah nak buat ape print?"
"kau ingat senang ke nak masuk surat kabo gituh?"
"err, macam takde perasaan je uwa nak buat gitu"
" -______- "

cheese cake kak ezy sedap amat
Ya Allah, teringat -.-"

Ustaz Zafri, happy birthday my dear !
Marini chomel~ takmo nakal2 sangat
Miza ! i love you !
ustazah irdina~ study rajen2 kat sekolah
muhammad lutfi ! cukup dahlah otromen tu, hihi
syahmi ! si kecik pipi bambam ni ! cepat2 jalan eh
nawrah ! why so cute?
aadam ! mata cantiklah, wiwit ;)

ana ! selamat bercuti lah spm habis harini
ain ! jaga the alchemist aku elok2
apis ! jadi abang yang baik deh
umie ! take care always
uwa ! takmo garang sangat, masak sesedap :p
abg hud ! takmo baik sangat jadi ayah tuuu
haiqal ! selamat membesar dengan baik ye

eli ! kuat sentiasa ye di sana
naja ! will meet anywhere where there is knowledge ^^
atin ! happy2 di jeli tuhh
aqilah ! happy birthday to you too
pak teh ! stay awesome ! i know u can do it ! 

steadfast ! sorry lost connection selalu
brc ! thank you for great memory
dnt bedsa ! why tarikh clash niiiii~~
kosiswa ! i macam nak lari parti ke agrosis je nih, haha

tftn! what a great comrade that i have !!
brother anas ! sorry for the silence when we're on call
krik krik krik

life ! why so wonderful ?
Allahu Akbar ! all praises for you ! 

-------

"pernah menangis atau pilu baca tulisan orang? pernah bengang atau marah baca tulisan orang?"

words might change your life...

#pray4ummah