Sunday, December 15, 2013

Izinkan aku bercinta


Kalau aku punya kesempatan
Di perkiraan tahun ini
Izinkan aku merenung
Wajahmu yang tenang


Seandainya ada waktu
Benarkanlah untuk aku di situ
Melangkah kaki bersama kamu


Jika benar takdir menuliskan
Bolehkan aku untuk setia
Di sisimu tanpa sedetik pun ku lepaskan


Kerana engkaulah
Yang melitupi skala hidup ini
Setiapnya punya jiwa kamu
Yang hidup tidak bernafas
Menguntum senyum tanpa wajah

---

Lawak betul puisi cinta aku. Haha
Tak pandai bercinta beginilah :3


Ahad lalu, menghadiri majlis perkahwinan PM rumah anak yatim keramat.
Bahagia tengok orang bahagia ;D

Terpengaruh dengan sahabat2nya yang mendeklamasikan puisi khas buat pasangan tersebut. Tu yg kengkonon nak berpuisi. Haha.
---

Bercinta, izinkan aku bercinta
Dengan dia yang aku cintai
Yang hadir walau tidak sentiasa
Yang menggembirakan secara sesaat tapi kekal untuk selamanya
Yang dirindui setiap kalinya
Yang mengingati tak pernah dilupai
Yang tersenyum dengan sepenuh hati

---

Adik2 yang akak kasihi sekalian~
Belajar rajin2 ye
Semoga bed time story tempoh hari dapat jadikan peringatan hingga ke akhir hayat
Bukan saja2 akak sampaikan
Kerana cinta biar sampai ke syurga

xoxoxoxo
;3
#pray4ummah

No comments:

Post a Comment