Friday, January 24, 2014

Tak semudah tu nak masuk neraka !

Gusar dan gundah-gulana kerana wujudnya dua dunia di akhirat sana.

Yang satunya gelap tak terkata apa.
Raungan kesakitan yang memekakkan.

Api membakar tak terdayakan.

Silap di sini, disambar apinya di sana.

-----

Wahai dunia yang kini
Dikatakan hidup pada mu satu perjuangan
Tak pernah henti mujahidin mujahidat
Berjuang tak kenal penat

Ahhh engkau tak tutup aurat !
Neraka kau nanti !

Ahhh engkau syiah !
Rasakan azab neraka !

Engkau kafir ! Engkau munafiq ! Engkau tak percaya Tuhan ! Engkau murtad ! Engkau itu ! Engkau ini !
Neraka kau !! Semuanya neraka !

Silap entah di mana
Mudahnya kau muntahkan kata kata neraka
Apa kau Tuhan yang Maha Adil dalam hisabnya ?
Apa kau Tuhan yang Maha Pengampun akan hamba-Nya ?

Engkau manusia ! Sama semuanya .. Yang membezakan hanya taqwa.

Apa lihat inci labuh tudungnya kau kata dia syurga ?
Apa dengar kuliah agamanya kau kira dia syurga ?
Apa kau aktivis sana sini memperjuangkan hak rakyat kau syurga ?

Apa ada dalam hati ?

Iman atau cinta atau taqwa atau dengki ?
Tak semudah tu kau kira dia syurga
Tak semudah tu kau fikir dia neraka

Entah aku dan kau bakal bertemu di neraka kerana sekecil-kecil zarah dengki yang wujud dalam hati

Masakan tahu wanita menjual diri bakal mengisi syurgawi kerana sekecil-kecil zarah iman yang wujud dalam hati

Kita tak tahu kebaikan yang mana satu yang melenyapkan terus kejahatan kita

Bahkan kita tidak mampu mengukur keluasan rahmat Tuhan yang Maha Esa

Tak semudah tu Allah nak campakkan kau ke dalam neraka
Selagi ada waktu kebaikan sekecil apapun jangan kau ringankan
Selagi nyawa dikandung badan kejahatan sekecil apapun jangan kau perkecilkan

Semua punya peluang yang sama
Mahu ke syurga atau ke neraka
Dua dunia yang berbeza

Bergembiralah mereka yang dialihkan sedikit pun dari neraka ke syurga

Rahmat Allah itu luas
Tapi beringatlah akan peringatan yang sudah tersusun indah dalam al-Quran

------

Tengok pokok ubi petang tadi teringat warga Syria yang berada di refugee camp.

Katanya 1kg beras = $100

Allahu Rabbi, mahal sangat sangat sangat tu.

Tanam pokok ubi kat sana tak boleh ke? Itukan makanan zaman Jepun datang Malaysia dulu.

Hmm hayati...
Setakat tu je otak hg jalan ?
Hmmm..

#pray4ummah

No comments:

Post a Comment