Gold Fireflies in Japan |
nanti bila satu hari nanti
aku temui
jalan terasing berwarna mati
aku kira manusia takkan berhenti
meneruskan langkah di jalan sendiri
tiada, tiada kalah
ataupun menang kerana cinta
yang lahirnya di lubuk paling dalam
kekal selamanya
seperti kau pahat pada batu
seiring takkan terlangkah waktu
dengan lelahnya kasih
bahkan hidup seperti kunang-kunang
terleka antara bintang atau akulah cahaya
aku kira kau juga akan terlihat
antara kerlipan dan juga terang
semoga tenang lautan
membawa kapal-kapal
kerana aku temukan
sudut senyuman dan tangisan
walhal akhirnya di sudut itu
aku diam dan
waktu berjalan
seperti awan yang tergantung di langit biru
hujungnya aku lihat engkau
yang dari pertama hingga akhirnya
Tuhan jagakan
Jumaat, 1432
21112014
No comments:
Post a Comment