Saturday, December 13, 2014

#heshteg2014


Aku tulis di sini dengan buku Education, Inequality & Social Identity di sisi (pembentangan  Sociology yang tertangguh) dan tazkirah petang daripada Halimatun Saadiah Ismail yang membahagiakan. Peringatan akan hal-hal sekecil titisan hujan yang kedengaran enak dari luar tingkap sambil-sambil seruan solat jemaah oleh Amirah juga kedengaran.

"Semoga diberi kekuatan terus." eli
"Semoga istiqamah sentiasa dalam pelayaran." ayu

-- dua ribu empat belas --

jika aku teliti semula hidup, perjalanan ini semacam kau berada di bumi, tiba-tiba kau ada di bulan, tiba-tiba lagi kau ada di marikh, dan tiba-tiba ada di zuhal

kau bertemu dengan manusia-manusia yang hebat, aneh, pelik, berjiwa besar, bersemangat waja, berdedikasi, berhati nurani, berdisiplin, tawadhu', penuh kasih sayang, kelakar dan macam-macam lagi

kau bekerja dengan mereka, bertelagah, keliru, marah, lari dari masalah, hanya bercita-cita untuk pejamkan mata saat genting tiba, mencari satu titik kehidupan melalui alam, berlayar jauh hingga ke negara orang, meminjam sepohon zaitun untuk berteduh dari lelah dunia

*pinjam*

"Ke mana mahu pergi?" MB

soalan yang sentiasa wujud dalam benak fikiran untuk satu tempoh yang lama sejak pertama kali baca dalam bulan Ramadhan. kau yang pilih jalan ini, kenapa mahu mengalah?

aku temukan diri aku yang baru, tak pernah terfikir untuk berdiri di hadapan mengacarakan sesuatu majlis sejak taaruf week sehingga sanggup ponteng satu meeting untuk pergi audition. Sungguh, ini bukan hayati. *pegang dahi, tak, tak panas*

Tuhan melihat gerak langkah aku seharian. Sama ada aku ingkar atau patuh padanya. Sama ada aku jatuh atau bangun semula. Sama ada aku hilang atau muncul semula. Sama ada aku lari atau kembali. Sama ada aku menangis atau gembira.

sampai satu saat kau akan rasa, kau hanya ada Dia. Dia sahaja. Bila kau terduduk terdiam tanpa hala tuju. Dukamu sedikit cuma hayat, ujianmu sedikit cuma hayat. itupun kau tak mampu.

seorang hayati yang tak pernah terfikir nak buat apa pada masa hadapan. yang hanya mampu berfikir selagi ada waktu raikan semua orang. Hal sendiri, pandai-pandailah urus. Seorang hayati yang tak mampu bermimpi untuk mengembara tujuh lautan seperti seorang sahabat itu. Hanya yang terfikir untuk menyayangi kucing jalanan seperti team The Nasi Lemak Project menyantuni para gelandangan. 

Hayati jiwanya kecil, melihat perkara kecil sudah cukup besar padanya. Perkara kecil sudah cukup membahagiakannya. Melihat keindahan pada wajah sahabat-sahabatnya. 

Iris berwarna koko ini melihat dunia acap kali semakin  lantang bersuara tapi hati merah ini masih suka berdiam untuk menikmati kebahagiaan dari manusia sekelilingnya.

Tuhan.. permudahkan langkah kami hari-hari yang mendatang. 
Berikan kekuatan. 

#Seha all the best tournament di Rembau
#Eli all the best 2015
#Naja, takmau cycling je, baca buku fiqh tu !
#Bestie all the best untuk masa yang berbaki
#PakUstaz terima kasih untuk saat yang sekejap tu untuk terus mencintai Bahasa Arab
#Budakrambutbiru all the best too

dan menjadi seorang wanita tu susah juga, sakit kaki pakai kasut wanita ni, hari ni hambekk pakai sport shoes terus~ 8D


#pray4ummah

No comments:

Post a Comment