Tuesday, January 6, 2015

dari usaha ke pergantungan



Masih lagi ingat waktu kecil, ketika membuat latihan matematik darjah 3 - bahagi. Seorang Ayu bertubuh kecil membawa sebuah buku dan penselnya untuk mengejutkan Emak di bilik yang sudah pun tertidur waktu itu semata-mata mahu bertanyakan perihal tersebut. Anehnya anak kecil ini, sampai nangis-nangis sebab tak faham macam mana nak bahagikan nombor itu. Mimpinya malam itu penuh ilusi nombor-nombor.


serius dulu darjah 3 jawab gini, kena gelak bila tunjuk pada family :(


Saat duduk di hadapan Ustaz Iman, Ustaz mula bagi persoalan lam ta'lil dan lam al-amr. Seorang Hayati yang kini Ayu pada waktu besarnya mula keliru dan ligat fikirannya berfikir. Kenapa dan kenapa?


"Ustaz, saya kena faham jugak Ustaz. Kalau tak saya tak faham," demikian celarunya fikiran Hayati.
"Bertanya itu bisa, tapi jangan bertanya seperti kaum Bani Israel. Ada waktu nanti kita belajar." balas Ustaz sambil bercanda.


Sebenarnya usaha setiap pelajar tu tak terkira banyaknya. Usaha nak capai buku, usaha nak lawan nafsu tidur, usaha nak bukak buku tu, usaha nak baca helaian demi helaian, usaha nak faham, usaha nak ingat dan macam-macam seribu satu usaha lagi. Semuanya demi segulung ijazah nanti. Dapat pointer best, dapatlah kerja bagus. Pasti?

"The perspective of sociology states that education is a process to make someone as a social being. Man is a social being that become a member of society and will contribute to the society."

Usaha punya usaha, hujungnya nak ke mana? Baca punya baca, hujungnya nak ke mana? Teori Ibn Khaldun punya power tunjuk kat kita yang "hidup adalah perjuangan, bangunlah jangan menyerah, perjuangkanlah cita-cita, hadapilah hidup ini, mungkin hanya ujian Tuhan... "*

Theory of Civilization: rise and fall in a constant cycle.



Anggaplah korang nampak catatan peribadi Hayati ketika di dalam kelas ini, sambil fikirannya penuh lukisan tapi dia tak pandai melukis makanya begitulah jadinya dan paling sadis sekali bab fotografi Hayati memang failed. Jadi konklusi teori Ibn Khaldun ni, "life is a cycle". heheh. Jadi nak ke mana ni semua, perang-perang sana-sini, membangun jadi power-power, lepastu fall of civilization. Nak ke mana ni?

Sebab itulah, doa doa doa. "Ya Allah berikan kami ilmu, berikan kami kefahaman." Usaha kita selama ini ketika menuntut ilmu, semoga nanti bermanfaat pada yang lain. Bila dapat ilmu dan faham, rupanya kita faham, tanggungjawab kita bila dah galas ilmu tu, satu hari nanti kita curahkan ke ladang gandum supaya hasilnya nanti seenak coco crunch dan sehebat honey star teroka angkasa. hmmm, sedapnya. hihihi. 

--------

*okay hihi, itu cilok lirik lagu yang sangat indah sebenarnya jika dihayati sebaiknya dan itu je bahagian yang ingat :'D

#Mungkin anda tak faham apa saya cuba sampaikan,ataupun penyampaian ini tidak sampai. cececeh, sejak tengok Terbaik dari Langit "tak fahamlah, cerita UFO tapi takde alien pun". haha

#Tahukah anda, saya sedang nervous untuk upcoming last paper pada 10hb ini? Saya tidak tahu ke mana mahu di bawa hati yang lara maka saya menulis di sini. Sepanjang satu sem belajar sociology ni, yang di atas inilah telah mencuri hati saya. Yang lain-lain mungkin saya tertidur waktu dalam kelas atau sahaja saya mula melukis dalam kepala sesuatu yang lain bukannya lukisan sociology. Atau sahaja saya terfikirkan awak, eh. 

#rasa macam nak lepak atas katil naja, tido situ diam-diam

#Genggam tanganku Tuhan, bawa aku ke jalan yang benar. Ameen.

#pray4ummah


No comments:

Post a Comment