Friday, August 23, 2013

...


TENSION !!!

Ape masalah hati gua ni?

Marah, semualah kau nak marah.

Ape masalah?

Kau tahu kau tak suka marah!

Tapi kenapa kau marah-marah?

eee tension lah macam ni !

Woit hayat !

Simptom apa kau rembat ni?

Setan mane ragut hati kau ni?

Ape masalah?

Tu !

Dahi tu tak boleh nak kerut lagi ke?

Tu !

Mulut tu lupe ke acane nak senyum?

Tu !

Hati tu lupe ke nak istighfar?

Astaghfirullahalazim

Allahu Rabbi. Faghfirli.

-----

Isk.

Sakitnya perasaan marah ni.

Macam muka kena geser pada bitumen sedang waktu tengahari yang sangat bahang memancar-mancar terik dari angkasa raya.

Ada perasaan nak genggam tangan jadi tumbukan padu macam naja dengan seha ajar tapi tak mampu buat.

Nasib baik takde rase nak mencarut. Semoga dijauhkan.

Dan hayat~

Mungkin cukup tenang selama ni. Sekali setan cuit kau dah gelabah.

Recall recheck review semula.

Hati tak tenang marah2 tu satu je sebabnya. Sebab kau dah mula jauh dari Dia.

Jangan cari pasal. Kau yang merana tanggung rasa marah yang paling kau tak suka buat tu.

Go away! Go away!

T-T

Wednesday, August 21, 2013

Big Problem !



perasan banyak kali dah ni
dah jumpa dah masalah terbesar gua

-----

tiga tahun lepaskan,
aku duduk dalam dewan Seri Gemilang
SPM
Bismillah
dan segala benda yang boleh dibaca aku baca lah kan
toleh kanan kiri
semua tadah tangan tawakal pada Dia
pandang kertas
bukak penutup pen
hiarghhh!

pulun habis lah kan jawab semua tuu
nak pecah gak ahh kepala
lagi2 physics
OMG
macam tak pernah belajar kadang2
*tipu*

pernah je cuma kefahaman itu yang penting
penting sebab kita akan apply dia
bukan hafal teori

okay, cukup dah kot cerita masa lalu
tak awesome mana tuuu

masalah aku sekarang ni ..

selalu salah faham soalan atau statement manusia

bertandang raya rumah orang
soalan apa tah dia tanya
aku try jawab sehabis baik
siap fikir sambil berkerut-kerut lagi dahi

akhirnya ..

"Sebenarnya soalan macam mana tadi? tak pandai nak jawab."

krik krik krik

------------------------

mood menyanyi lagu Sheila On 7
entah, tetibe muncul dalam kepala

"aku berhenti berharap. dan menunggu datang gelap. sampai nanti suatu saat. tak ada cintaku dapat"


 tak ada cinta ?
zulumat tuu.. pergi kat nawwar..
nahhh, cinta Dia ada

Sunday, August 18, 2013

Pray for Egypt

Egypt is very close to me this year. Knowing a student there. So many memory about it.

Running choasly to chase the train and almost fall on the day of birth was very pathetic yet fantastic.

Beginning to know this student very well until one day on raya 1434 hijrah, this student got married with a very beautiful pious wife. Barakallahu lahuma ^^

Alhamdulillah. I'm very very very happy for you :DD really excited on the day of your marriage. Its very funny when you called in the morning to express how nervous you are. You make me feel nervous too if one day its my turn to accept someone in my life. Haha. Really happy for you :))

Seeing your wedding picture with her, so beautiful and handsome with full purple attire. ^^ Sheikhul Shoubra, be happy with her. O Allah, make them happy in dunya and akhirah. Bless them with cute kids, little calliphs that will become the cure for the ummah. Ameen ^^

And today...
Egypt becomes worse than before.
Too many soul has been taken away. World seems paralysed. Where's the action? And why with Muslims country?

Reading about coup before, and i dont understand. I'm sorry Egypt. Its hard for me to chew the exact problem. At last, only prayer i could give to you Egypt.

#pray4ummah
#pray4egypt

Tuesday, August 13, 2013

lo siento amigo !



kau ingat tak ni?



setahun yang lalu lebih kurang

dan 

hari ni..

13 August 2013
sekali lagi aku nak mintak maaf

Allah
serius sedih sebenarnya
teramat sangat bila ada certain ayat-ayat yang menyentap kot
bila kau macam menyesal gila sebab kawan dengan aku
sampai serapat sekarang
aduhhh
sakit gak ahhh rasa dia
lupa pulak hati gua tak kuat mana
hewhew

lepastu kan
lagi2 bila kata taknak kawan dah
astaghfirullah

honestly
sejujurnya dari hati

tak pernah nangis sebab hilang boyfriend
nangis gila2 sebab hilang kawan

gila ke taknak kawan dah?
boleh terjun laut gua

ceiyhhh, masih ada iman ^^

tapikan
kau salah-satu yang terindah dalam hidup
setelah keluarga
and my lovely roomates

apa yang kau kata pada malam
12 August tuuu
akan gua ingat sampai mati
lu doakan gua kalau gua pergi dulu
kalau-kalau
kalau je
kerbau pun boleh panjat pokok
eheh

satu je harapan gua
lu dengan gua kawan macam biasa
macam selalu

masa depan kita tak tahu
kalau 
kalau lagi
ehem
kalau kau rasa kau nak pergi
tunggu aku mati dululah

choiiiiii !

--------------

hati aku tak kuat mana
betul..

percayalah..
tak sekuat dia yang di timur tu
tak sekuat kau yang gila2 tu

jadi...
sahabat..
terima kasih untuk segalanya
mintak maaf banyak2 yang teramat sangat
bukan setakat sepuluh jari je ni
sepuluh jari kaki
jari-jari kau sekali aku susun
nak mintak maaf punya pasal
hehe

kalau tahun lepas aku bagi gambar tangan tuh
kali ni aku bagi ...



*google translate*
mihihi



Sunday, August 4, 2013

Lemah

Mushaf berwarna biru tu aku ambil.  Berjalan sambil mencapai tudung hijau menuju bilik kakak. Almaklumlah mereka tiada, ke negeri sembilan. Saja aku mahu ke situ, mahu cari ketenangan sebentar dengan bersendirian.

Tudung hijau aku sarungkan, mahu bersedia menghayati kalimah-Nya. Surah Yusuf aku amati. Gempak ah!! Cerita dari Dia sangat awesome, tersusun indah. Sengih sorang2 bila terasa pergi Mesir zaman dahulu kala.

Langsir biru diselak. Huh. Haiqal masuk. Aku tengok dia sekilas pandang je. Sambung membaca. Haiqal duduk sebelah sambil mencari perhatian aku ketika mana ada cermin mata di tangannya. Malas pulak rasanya nak tegur. -.-

"Yu, ni cermin mata siapa?" Haiqal mula berbicara.

"Qal, semak aku baca." jawab aku tiba-tiba.

Aku pun mulalah tasmi' surah yang dihafaz tapi asyik kantoi je kat certain places. Then, sambung tasmi' 13 ayat yang baru dihafaz dari surah lain. Hati senang. Sengih lagi sekali.
Walau hakikatnya hati tak keruan. Kerana aku betul2 tersentak dengan jawapan dia. Di masjid.

"Lailatul qadr belum lagi kan?"

"Dah."

"Huh?"

"Hari2 aku rasa lailatul qadr. Entah , itu yang aku rasa, hehe"


MasyaAllah, Halimatun Saadiah...

Terima kasih.


Aku tertunduk saat tu, lemah...



Betul2 lemah. Terasa macam tertinggal flight pergi Jordan. Ehh. Berangan je -.-


Aku gagahkan jugak solat tarawih macam biasa dalam bulan Ramadhan. Ikutkan hati nak tekup muka dengan bantal. Eh, sejak bila tak sedap hati buat gini? Selalu pandang langit, carik bintang, carik bulan, takpun pandang je awan putih berarak di langit biru. Susah sangat carik kucing yang suka gigit orang. Hati tenang sikit. Terhibur. :)

Kalau betul Lailatul Qadr dah datang...

Balik rumah terus duduk bilik. Telekung putih bersulam bungaan merah jambu pun tak bukak lagi. Duduk atas katil beralaskan warna biru. Pegang mushaf biru. Belek2. Baik baca. Hmm, terus baca.

Tiba2 teringat mak. Tutup mushaf biru. Cabut telekung, lipat dan sidai dekat hanger warna biru. Selak langsir biru, sunyi semacam rumah ni, jalan pergi dapur. Ada Nurain tengok tv. Tekak kering pulak. Bukak esbok, ambik ice isi dalam cawan hitam. Tuang air cincau soya. Duduk dan minum. Hmm, sedap. Alhamdulillah.

Tiba2 mak datang.

"Eh, kenapa bangun?"  aku tanya.



"Entahlah. Terjaga macam tu."


Tengok muka mak yang mengantuk tu, lepastu sengih lagi sekali. Dua2 duduk minum air di dapur.

"Set jam Yu, takut tak bangun pulak."



"Baik!" -senyum-


Pergi gosok gigi, ambil wudhuk, hmm, segar sikit. Masuk bilik. Mushaf biru tu aku ambil. Berjalan sambil mencapai tudung warna hijau...

--------

Sungguh, hati aku lemah sangat. Aku rasa macam kena tinggal. Cinta Dia macam hilang. Padahal Dia selalu ada. Cuma aku yang selalu jauh.. Nikmat kasih sayang dari Dia tu tak dapat aku rasa macam yang dia rasa. Aku rasa rahmat Allah tu tak tertumpah pada aku. Lemah..
Sesungguhnya Allah tu memang selalu ada. Tengoklah Dia kata dalam surah Yusuf...

"La taiasu mirrauhillah" (Jangan berputus asa dari rahmat Allah)

Hati berbunga-bunga. ^^ terima kasih Allah