Sunday, August 4, 2013

Lemah

Mushaf berwarna biru tu aku ambil.  Berjalan sambil mencapai tudung hijau menuju bilik kakak. Almaklumlah mereka tiada, ke negeri sembilan. Saja aku mahu ke situ, mahu cari ketenangan sebentar dengan bersendirian.

Tudung hijau aku sarungkan, mahu bersedia menghayati kalimah-Nya. Surah Yusuf aku amati. Gempak ah!! Cerita dari Dia sangat awesome, tersusun indah. Sengih sorang2 bila terasa pergi Mesir zaman dahulu kala.

Langsir biru diselak. Huh. Haiqal masuk. Aku tengok dia sekilas pandang je. Sambung membaca. Haiqal duduk sebelah sambil mencari perhatian aku ketika mana ada cermin mata di tangannya. Malas pulak rasanya nak tegur. -.-

"Yu, ni cermin mata siapa?" Haiqal mula berbicara.

"Qal, semak aku baca." jawab aku tiba-tiba.

Aku pun mulalah tasmi' surah yang dihafaz tapi asyik kantoi je kat certain places. Then, sambung tasmi' 13 ayat yang baru dihafaz dari surah lain. Hati senang. Sengih lagi sekali.
Walau hakikatnya hati tak keruan. Kerana aku betul2 tersentak dengan jawapan dia. Di masjid.

"Lailatul qadr belum lagi kan?"

"Dah."

"Huh?"

"Hari2 aku rasa lailatul qadr. Entah , itu yang aku rasa, hehe"


MasyaAllah, Halimatun Saadiah...

Terima kasih.


Aku tertunduk saat tu, lemah...



Betul2 lemah. Terasa macam tertinggal flight pergi Jordan. Ehh. Berangan je -.-


Aku gagahkan jugak solat tarawih macam biasa dalam bulan Ramadhan. Ikutkan hati nak tekup muka dengan bantal. Eh, sejak bila tak sedap hati buat gini? Selalu pandang langit, carik bintang, carik bulan, takpun pandang je awan putih berarak di langit biru. Susah sangat carik kucing yang suka gigit orang. Hati tenang sikit. Terhibur. :)

Kalau betul Lailatul Qadr dah datang...

Balik rumah terus duduk bilik. Telekung putih bersulam bungaan merah jambu pun tak bukak lagi. Duduk atas katil beralaskan warna biru. Pegang mushaf biru. Belek2. Baik baca. Hmm, terus baca.

Tiba2 teringat mak. Tutup mushaf biru. Cabut telekung, lipat dan sidai dekat hanger warna biru. Selak langsir biru, sunyi semacam rumah ni, jalan pergi dapur. Ada Nurain tengok tv. Tekak kering pulak. Bukak esbok, ambik ice isi dalam cawan hitam. Tuang air cincau soya. Duduk dan minum. Hmm, sedap. Alhamdulillah.

Tiba2 mak datang.

"Eh, kenapa bangun?"  aku tanya.



"Entahlah. Terjaga macam tu."


Tengok muka mak yang mengantuk tu, lepastu sengih lagi sekali. Dua2 duduk minum air di dapur.

"Set jam Yu, takut tak bangun pulak."



"Baik!" -senyum-


Pergi gosok gigi, ambil wudhuk, hmm, segar sikit. Masuk bilik. Mushaf biru tu aku ambil. Berjalan sambil mencapai tudung warna hijau...

--------

Sungguh, hati aku lemah sangat. Aku rasa macam kena tinggal. Cinta Dia macam hilang. Padahal Dia selalu ada. Cuma aku yang selalu jauh.. Nikmat kasih sayang dari Dia tu tak dapat aku rasa macam yang dia rasa. Aku rasa rahmat Allah tu tak tertumpah pada aku. Lemah..
Sesungguhnya Allah tu memang selalu ada. Tengoklah Dia kata dalam surah Yusuf...

"La taiasu mirrauhillah" (Jangan berputus asa dari rahmat Allah)

Hati berbunga-bunga. ^^ terima kasih Allah

No comments:

Post a Comment