Thursday, November 29, 2012

Rinduuunya~

Sebenarnya takde ape yg nak dituliskan. Cuma, hmmm, rinduuu~

Kemudian, melihat foto2 lama, dua tahun yg lalu. Comel, cantik, segak, ayu, sopan n handsome semuanya.

Seketika hilang rinduu itu.

Setelah tamat melihat, rindu itu datang lagi. Haihh, tak mungkinlah nak tengok 24hours per day -.-"

Sekali lagi lihat foto2 lama. Bahagia je rase~ senyum sorang2, mana taknya, yg kurus dah mok sikit. Yg cantik semakin cantik. Yg handsome semakin handsome ^^

Motif?

Mahu kembara merentasi masa, salah ke pandang semula ke belakang? Bahkan al-Quran turut menceritakan kisah para nabi terdahulu. Pasti tidak kerana sejarah mengajar kita!

Bila fikir semula, seram tengok diri sendiri yg dulu. Yg sekarang harus dijaga agar satu saat nanti bila aku memandang yg belakang, aku mampu tersenyum semula :))

Buat sahabatku semua, satu hari nanti ingin rasanya nak collaborate semula, tapi mampu ke aku nak join sekaki dengan korang semua? Bila sorang bukak cite ubat, patient, science macam mane?

bakal2 doctor, nurse, scientist, physician, chemist, biologist n so on, (ameen) usaha yg terbaik sampai tercapai impian korang ye! Bangga dengan korang ^^

*Bercita2 nak study maths for another degree :) the 2nd degree~ insya-Allah, allahumma ameen~ dan, nak master psychology pulak. (cite2 melangit sungguh -.-") hehe~

+.+ rinduuunya +.+

Monday, November 26, 2012

Bola!!!

Demikian pada suatu hari, sang harimau telah bertempur dengan sang singa. Alhamdulillah singa menang. Adat pertandingan kalah dan menang. Takpolah team belang, next time main molek sikit ^^ *kibar bendera

--------

Aku kaki bangku. Kwang3. Oleh itu aku sama sekali tidak layak untuk berkata itu ini kepada team belang. Yang aku tahu, "takpe Malaysia, i will support you!!" hehe..

Masa sekolah tingkatan3 after pmr, ade futsal game antara kelas, Anggerik, Angsana, Cempaka, Mawar, Cemara, Dahlia, Kenanga dan Kekwa. Aku terpaksa dan dipaksa untuk main! Oh my!!!

3 Anggerik (team akulah tuu) kalah berturut2. Haha. Hebat sungguh! -_-" sebab goal keeper main macam err macam penyambut tetamu. "haa, silalah masuk, silalah masuk" sonang ja bola tu masuk dalam gol. Hikhik.

Kelas lain dok gelak neh sebab goal keeper tu macam tengah menari ballet. Tak lemah gemalai tapi lemah longlai -_-" Lepas tuh, tersengih2 kat situ. Ish3. Baik bior je goal tu kat situ hang takdak lagi baguihhhh hang tau dak?

Semua goal keeper punya salah sebab tu team aku kalah terukk. Tapi disebabkan nama kelas aku tuu Anggerik, semua orang pandang bagus je. Maksudnya, tak berani nak nak kutuk ke maki ke, nak kutuk pun senyap2 je. Diorang senyum ja tengok kami main. :))

Overall, team Mawar yang menang. Berpakaian hitam pink masa tuu. Team kitorang, huh, t-shirt sekolah jek kami belasah. Hihi.

Nak dijadikan cerita, akulah goal keeper tu. Kahkah! Sampai bile2 aku taknak masuk tournament bola yg perlu disepak. Pakai tangan takpelah ;)

Macam mase kat cfs aku masuk basketball. Lagi lawak. Satu hape pun tak reti nak main. Kena wakil BAR pulak tuu bukannya antara kelas. Perlawanan persahabatan, habis hancur lebur. Berpuluh2 berbalas kosong -_-

Team lain semua ade coach, kami ne haa berlatih sendiri2 ja. Yang bestnya, aku taklah jadi aku masa goal keeper tuu. Tapi aku jadi shooter. Ow yeah!! Honestly, sebenarnya aku jadi defender tapi final game (kumpulanC) aku shoot masuk pulak dlm basket tu. *suka sangat sampai melompat mase tuu (macam menang je padahal 22-6)

Overall, tak ingat sape menang tapi aku tengok prestasi kami meningkat, takdelah sebijik telur setiap kali mainkan. Dan aku suka berlari, jadi main basketball ne boleh lari-lari-lari..... Hehe. That's why, semua cakap camne 'Yati ne main senyum je sepanjang game, tak reti penat berlari sana sini' .. Oh, my pleasure to run in a game!

Inilah kisah bola dan aku yg kaki bangku :)) hehe. *jangan ajak main bola guna kaki, tangan takpe ^^ weee~

#pray4Gaza #pray4ummah  

Thursday, November 22, 2012

Haiqal

Haiqal recite surah al-Ghashiyyah in front of me. I hold this phone, open al-Quran application and check whether its true or false. Okay, he did it well. He already memorised it.

Where on earth he tried to memorise it? Never saw him sit and memorise, just know tadaaa! He already memorised it. Ohh, school is the best place for him ^^

Hmm, tercabar iman neh~ baru settle juzu' ammah. Surah al-Lail tak catch up lagi. Huwaaa! Thank you Haiqal sebab bagi gua tercabar. I will fight till the end! Watchaaaaa!!!

Hehe.. No rushing just enjoy memorising hayat :)) its for your own good dear~

Hishh, sebuk betullah Haiqal bacin neee. Haha. P tdo sane!! Jangan kacau aku nak type lah == banyaklah hang punya hang tuah. Hadoi~

Apepun, semoga jadi insan yg berguna Haiqal ^^ aku doakan kau jadi errr jadi, kau nak jadi ape haa dah besar? Haha.. Doktor nak? Takpelah, belajar rajen2 ye ;)

Berangan ^^

Dipetik dari Ketika Cinta Bertasbih;

Kau mencintaiku seperti bunga yg mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah meneduhkan kegelisahan

Kau mencintaiku seperti matahari mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah menghangatkan jiwa

+ kata2 Ayatul Husna +

Hehe ^^v terasa nak tonton lagi~

Haritu ade buat entry 'the one'.. Tapi tu untuk kawan aku. Apa kata, untuk diri sendiri pulak :p

Aku selalu tengok kat tv cite2 yg cinderella bagai semua tuu. Ada juga yg ada sebuah diari dan kat dalam tu dia tulis putera idaman dia kan. Sungguh aku tidak pernah gelakkan kerana setiap insan yg bernama perempuan, dia mesti ada impian itu. :)) *back up, go girls!!! Hehe

^^ dan aku~
Dari sekolah, aku berangan~ -_-"
Aku harap ada seorang putera raja yg ada lesung pipit masuk meminang. Kwang3~ Tapi aku bukanlah nak keturunan diraja, nak rakyat jelata je ^^

Aku tak lemah lembut sewaktu berjalan, aku tak suka kasut tinggi, aku lebih suka jalan di belakang. Jd harapnya dia tu 'bermuka tebal' so dia taklah segan bila jalan berdua nanti.

Aku tak suka shopping. Shopping penat. Kena banyak memilih. Maaf sy nampak ok, sy beli je. Jd, dia mestilah vice versa. Takpe sy teman boleh cuma jgn suruh pilih. Malas -.-

Aku suka haiwan dan tumbuhan ^^ mohon si dia jadikan hantaran haiwan dan tumbuhan ini. Gempak sikit. LOL. Sy suka berkebun, tp tak suke cacing. Haha~ kalau sy lari, tolonglah sambung

Aku tak pandai masak. Benda simple tu bolehla. Tapi janganlah yg briyani gam kau suruh aku masak, mmg tak makanlah jwbnya. Senang kata aku tak reti bermain dengan rempah. Tapi aku kenal rempah jangan risau, hikhik. Jadi, awk. Awk masaklah. Hahaha!

Aku tak pandai jage barang. Kalau awak bagi hadiah, sy hilangkan janganlah marah. Sy tak suka org marah. Nyebelin ==' jadi, tak payahlah hadiahkan atau bg sesuatu suruh sy simpan. Hilang tak tau! Satu je boleh jaga dengan baik, buku :)

Suara aku tak sedap. Janganlah suka menyanyi ya! Main instrumen boleh, piano n gitar ^^ ha? Tak reti? Takpe, samelah kite! Hikhik. Aku suka dengar lagu yg sama puluhan kali, mohon layankan aje.

Aku orang Johor. Meaning? Takde loghat. So, kalau awk ne org utagha ka ganu ka kelate ka sabah ka nogoghi ka, mohon jd translator sy bile ketika jumpa org kampung. Confirm, sy senyum terlebih klw tak faham :p

Aku org kampung je. Janganlah ajak mkn kat tempat yg ada sudu berderet2 tu ye. Makan guna tangankan sunnah ^^

Aku tak reti pakai make-up tu. Aku tak putih macam kakak2 adik2 aku. Aku tak reti berhias macam mereka. Aku ne simple je. Simple sangat. Tak payahlah pakai kemeja dan berkasut semua ye. T-shirt sudah ==' simple is georgous. Hehe

Aku tak pandai layan kanak2, tak tau nak bual ape dengan mereka. Kadang2, kanak2 yg layan aku. Hehe. Cuma, aku tak garang dengan kanak2. Aku pemurah dengan mereka. Handphone dicampak ke lantai ketika hujan pun masih mampu senyum. So, awk kenalah yg pandai mendidik mereka. Jgn sampai sy manjakan ^^

Sy tak sempurna, tak solehah mana. Tapi cita2 sy awklah yg jadikan sy sempurna dan solehah. Sebab sendiri sy tak mampu. Ape lagi kat univrsiti ne sy tengok sy lihat mereka2 yg cukup solehah. Sy tahu sy tak mampu jadi sampai macam tu. Kerana mereka telah ditarbiyah dari kecil. Dan aku hanya baru bermula.

Dont worry, i'm changing myself so at the same time u'll change yourself. Sedang berusaha ^^ semoga Allah mudahkan. Allahumma ameen~

Kalau awak bukan seperti yg diatas takpe sebab Dia bagi awk kat sy, sy terima awak seikhlas hati ^^ comelnya awak ne~ *puji kalau ada ghammazatun~ hee

Ok bye! ^^ 

Wednesday, November 21, 2012

brightdarkside

Entah apa yg aku mimpikan malam semalam sehinggakan lenaku cukup aman. Sampaikan mak kejut pagi tadi untuk beli sarapan aku bilang tak nak dan sambung tidur! -_-" benar2 indah mungkin mimpinya. Hmm, entahlah~ *sambil jungkit bahu

Entah apa yg dimimpi semalam, hari ini aku sangat tenang, sabar, bahagia, gembira, rajin, baik hati dan perkara positif yg lain ^^

* astaghfirullahalazim *

Aku terlihat kelibat berterbangan o.O erk, barang terjatuh. Aku lihat sahaja. Kedengaran dari luar suara burung hantu. **** itu maksudnya ada bunyi kedeboom camtulah. Tapi taklah macam tu sebenarnya. Okay, seekor kelawar telah mendarat. Mungkin kepaknya patah! Shiannye~ oh! I should call my father because the kelawar dah terbang masuk dalam!!! Ayah!!!!!!!!! Ok fine, kelawar tu pergi belakang almari -_-" haha~

* back to peace and ease mood everyone! Hehe

Ehem2..
Kadang2 kan, satu hal yg biasa2 je boleh jadi sesuatu yg sangat membahagiakan ^^

Kerajinan yg sangat jitu pada hari ini, membuatkan aku mula lipat baju pada jam 4 petang! Ketika mentari sangat indah memancarkan cahaya di luar rumah. Records! Sebab biasanya malam menjelma.

Dengan lemah lembut aku lipat baju semua tu dengan harapan hujungnya nanti nampak kemas cantik dan tersusun ^^ sambil2 tu, tiba2 semua duduk keliling longgokan kain baju tersebut sambil berbual-bual. Eh, comelnya :))

aku tak tahu macam mana nak ungkapkan. Tapi hari ini aku rasa bahagia sangat :) jaga kanak2 tu pun takde rasa lelah atau malasnya lahai. Tiada.

"cik ayu, nak susu dalam cawan"
~lepas tu, tumpah kerana dilanggar-lapkan dan buat lagi ^^

"Ayuuuuu!!! Firah ehem2 tu"
"Firahhh, jom ngan acik, bawak towel sekali"

"cik ayu, nak mandi"
"cepat amek towel kakak n adik kite main bubbles!!"

"cik ayu, nak nasi, nak ikan goreng"
~layan dengan bahagianya sambil suap ikan ke dalam mulut sendiri. Hikhik ^^

I'm looking forward to the brightside and the darkside of myself. Ketawakan diri sendiri sebab baru sedar dari lamunan yg panjang. Haha. Terlalu melayan perasaan hati mungkin sehinggakan hari yg berlalu jadi suram. *cehh, taklah suram cuma malas tu terlebih :p

Teringat pulak masa sikatkan rambut Nur Irdina, tiba2 dia pusing tepat tengok aku. Tergamam kat situ. Dia tundukkan kepala sikit. Lepas tu dia cakap, "cik ayu, kisslah". So i kissed her forehead. Then, Marini do the same thing, i combed her hair. Tak sampai dua saat dia cakap "ok siap!!" dia pusing sambil muncungkan bibir. Sungguh aku tergamam kat situ sambil berkerut. ~~ okay, so we kissed there o.O lepas tu je aku ketawa gile2 lah! Hahaha!! Ok, aku tak romantik langsung -_-" layan kanak2 pun tak pandai~ hehe

Nak mention kat sini, yay!!! Aku bahagia. Aku doakan semua orang bahagia! Sahabat2, teman2, cikgu2, semualah! Allahumma ameen :D

إن شاء الله
Doakan saudara kita di semua pelosok dunia terutamanya yg sangat parah sekarang Palestine, Syria, Rohingya, Burma, selatan Thai dan yg lainnya. Ingat ya! ^^ Janji Allah tu pasti, pastinya akan tiba saat itu, Islam akan menang! Allahumma ameen! Allahu akbar!

لا إله إلا الله!!!

Tuesday, November 20, 2012

Cerita Hati

Tarik nafas <~~~ hembus ~~~> Tarik nafas <~~~ hembus ~~~> Tarik nafas <~~~ hembus ~~~> Alhamdulillah ^^ masih boleh bernafas~ Ok itu je hari ne! Hikhik. Tipu je. Nak cakap banyak3 ^^ Sebenarnya, mahu sedarkan diri ini. Bermula dengan hati. Hati ini tengah sangatlah bercelaru. Mana kan tidak. Setiap saat terasa sesuatu. Tak patut ini. Susah. Susah nak kawal sampai pernah nangis pada Dia. Susah. Sebab semua tempat ada. Kadang2, dalam hati ini rasa nak mencarut je bila terasa sesuatu itu. -.-" sangat tak suka situasi ini. Kadang2 rasa nak celup kepala dalam air je. Kadang2 macam nak marah semua orang. Kadang2 nak tidur sepuasnya. Hati ini telah rosak. Ingin sekali satu saat aku duduk dan berkata-kata di hadapanmu. Ingin sekali aku ungkap. Ingin sekali aku bercerita panjang lebar. Ingin sekali aku mohon maaf. Ingin sekali aku ucapkan maaf itu sekali lagi. Kerana amat perlu untuk perlaku seperti itu. Ada hal yang tidak akan difahami. Hati ini tidak kuat. Lemah. Mudahnya menyerah. Dan hingga kini belum terubat. Ya Allah, aku tak pernah beginikan? Rasa apa ini Ya Allah. Setiap saat Kau mengetahui apa yang ada. Ya Tuhan, tenteramkanlah. Mungkin sahaja ketika masa2 yang lalu aku tidak tahu. Mungkin potret yang terlakar bersama garisan gigi buat aku tersenyum. Mungkin kebetulan itu tidak dijangka. Mungkin aku gila. Lihat, hati ini telah rosak. Tuhan, bodohkah aku? Aku mahu berdiam sahaja tidak bisa. Mahu berkata2 juga tidak bisa. Aku bingung. Tidak semudah yg disangka. Akhirinya dengan patah hati. Baruku sedar nanti. Yg ini cuma debu halus yg berterbangan ke merata tempat tiada yg peduli disapu ke tepi kerana menyemakkan pandangan. Wajiblah aku tidur hari ini dengan zikir terapi diri seperti saat sukarku di sana. Mohon hati berfikir yg lebih bermanfaat. Yg mematangkan minda. Percaya pada Dia. Itu sahaja. Rendahkan hatimu, tunduk dan sujud pada-Nya. Mohon pada-Nya. #astaghfirullahalazim

Sunday, November 18, 2012

Eh ==,

I keep thinking, why could you be so important?

------

There a story..
It happened long time ago.

One day, lived a young girl. Ehe. Cite melayulah bukan omputeh ^^

Ada satu hari, seorang pelajar perempuan berjalan menuju ke kelas bersama sahabatnya. Dalam perjalanan mereka bercerita sambil bergurau senda. Tidak lekang senyuman darinya.

Entah bagaimana dia mahu mencapai tombol pintu, tak pasal2 ada seorang pelajar lelaki menerpa dari arah berbeza. Dekat. Tergamam dua saat sambil melihat kelibat lelaki itu masuk ke dalam kelas. Ada angin yang melalui sama. *Cehh, drama ^^ haha

Astaghfirullah, detik hatinya dan pelajar perempuan itu pun masuk ke dalam kelas untuk menuntut ilmu.

Bila pulang ke kolej kediaman, pelajar perempuan ini tersengih sorang2. Dan dia berfikir, haihh macam manelah boleh sangkut ne? Dua saat je ==,

-------

Takde keje namanya ne ^^ cuma mahu berdrama. Rasa bahagia lepas jaga kanak2 tadi.  Terlepas 30 minit dari berfikir. Sekian wassalam :p

#pray4Gaza #pray4Syria #pray4Muslims