Tarik nafas <~~~ hembus ~~~>
Tarik nafas <~~~ hembus ~~~>
Tarik nafas <~~~ hembus ~~~>
Alhamdulillah ^^ masih boleh bernafas~
Ok itu je hari ne! Hikhik. Tipu je. Nak cakap banyak3 ^^
Sebenarnya, mahu sedarkan diri ini. Bermula dengan hati. Hati ini tengah sangatlah bercelaru. Mana kan tidak. Setiap saat terasa sesuatu. Tak patut ini.
Susah. Susah nak kawal sampai pernah nangis pada Dia. Susah. Sebab semua tempat ada.
Kadang2, dalam hati ini rasa nak mencarut je bila terasa sesuatu itu. -.-" sangat tak suka situasi ini. Kadang2 rasa nak celup kepala dalam air je. Kadang2 macam nak marah semua orang. Kadang2 nak tidur sepuasnya.
Hati ini telah rosak.
Ingin sekali satu saat aku duduk dan berkata-kata di hadapanmu. Ingin sekali aku ungkap. Ingin sekali aku bercerita panjang lebar. Ingin sekali aku mohon maaf. Ingin sekali aku ucapkan maaf itu sekali lagi. Kerana amat perlu untuk perlaku seperti itu. Ada hal yang tidak akan difahami.
Hati ini tidak kuat. Lemah. Mudahnya menyerah. Dan hingga kini belum terubat.
Ya Allah, aku tak pernah beginikan? Rasa apa ini Ya Allah. Setiap saat Kau mengetahui apa yang ada. Ya Tuhan, tenteramkanlah.
Mungkin sahaja ketika masa2 yang lalu aku tidak tahu. Mungkin potret yang terlakar bersama garisan gigi buat aku tersenyum. Mungkin kebetulan itu tidak dijangka. Mungkin aku gila.
Lihat, hati ini telah rosak.
Tuhan, bodohkah aku? Aku mahu berdiam sahaja tidak bisa. Mahu berkata2 juga tidak bisa. Aku bingung. Tidak semudah yg disangka.
Akhirinya dengan patah hati. Baruku sedar nanti. Yg ini cuma debu halus yg berterbangan ke merata tempat tiada yg peduli disapu ke tepi kerana menyemakkan pandangan.
Wajiblah aku tidur hari ini dengan zikir terapi diri seperti saat sukarku di sana. Mohon hati berfikir yg lebih bermanfaat. Yg mematangkan minda. Percaya pada Dia. Itu sahaja.
Rendahkan hatimu, tunduk dan sujud pada-Nya. Mohon pada-Nya.
#astaghfirullahalazim
No comments:
Post a Comment