Thursday, November 22, 2012

Berangan ^^

Dipetik dari Ketika Cinta Bertasbih;

Kau mencintaiku seperti bunga yg mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah meneduhkan kegelisahan

Kau mencintaiku seperti matahari mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah menghangatkan jiwa

+ kata2 Ayatul Husna +

Hehe ^^v terasa nak tonton lagi~

Haritu ade buat entry 'the one'.. Tapi tu untuk kawan aku. Apa kata, untuk diri sendiri pulak :p

Aku selalu tengok kat tv cite2 yg cinderella bagai semua tuu. Ada juga yg ada sebuah diari dan kat dalam tu dia tulis putera idaman dia kan. Sungguh aku tidak pernah gelakkan kerana setiap insan yg bernama perempuan, dia mesti ada impian itu. :)) *back up, go girls!!! Hehe

^^ dan aku~
Dari sekolah, aku berangan~ -_-"
Aku harap ada seorang putera raja yg ada lesung pipit masuk meminang. Kwang3~ Tapi aku bukanlah nak keturunan diraja, nak rakyat jelata je ^^

Aku tak lemah lembut sewaktu berjalan, aku tak suka kasut tinggi, aku lebih suka jalan di belakang. Jd harapnya dia tu 'bermuka tebal' so dia taklah segan bila jalan berdua nanti.

Aku tak suka shopping. Shopping penat. Kena banyak memilih. Maaf sy nampak ok, sy beli je. Jd, dia mestilah vice versa. Takpe sy teman boleh cuma jgn suruh pilih. Malas -.-

Aku suka haiwan dan tumbuhan ^^ mohon si dia jadikan hantaran haiwan dan tumbuhan ini. Gempak sikit. LOL. Sy suka berkebun, tp tak suke cacing. Haha~ kalau sy lari, tolonglah sambung

Aku tak pandai masak. Benda simple tu bolehla. Tapi janganlah yg briyani gam kau suruh aku masak, mmg tak makanlah jwbnya. Senang kata aku tak reti bermain dengan rempah. Tapi aku kenal rempah jangan risau, hikhik. Jadi, awk. Awk masaklah. Hahaha!

Aku tak pandai jage barang. Kalau awak bagi hadiah, sy hilangkan janganlah marah. Sy tak suka org marah. Nyebelin ==' jadi, tak payahlah hadiahkan atau bg sesuatu suruh sy simpan. Hilang tak tau! Satu je boleh jaga dengan baik, buku :)

Suara aku tak sedap. Janganlah suka menyanyi ya! Main instrumen boleh, piano n gitar ^^ ha? Tak reti? Takpe, samelah kite! Hikhik. Aku suka dengar lagu yg sama puluhan kali, mohon layankan aje.

Aku orang Johor. Meaning? Takde loghat. So, kalau awk ne org utagha ka ganu ka kelate ka sabah ka nogoghi ka, mohon jd translator sy bile ketika jumpa org kampung. Confirm, sy senyum terlebih klw tak faham :p

Aku org kampung je. Janganlah ajak mkn kat tempat yg ada sudu berderet2 tu ye. Makan guna tangankan sunnah ^^

Aku tak reti pakai make-up tu. Aku tak putih macam kakak2 adik2 aku. Aku tak reti berhias macam mereka. Aku ne simple je. Simple sangat. Tak payahlah pakai kemeja dan berkasut semua ye. T-shirt sudah ==' simple is georgous. Hehe

Aku tak pandai layan kanak2, tak tau nak bual ape dengan mereka. Kadang2, kanak2 yg layan aku. Hehe. Cuma, aku tak garang dengan kanak2. Aku pemurah dengan mereka. Handphone dicampak ke lantai ketika hujan pun masih mampu senyum. So, awk kenalah yg pandai mendidik mereka. Jgn sampai sy manjakan ^^

Sy tak sempurna, tak solehah mana. Tapi cita2 sy awklah yg jadikan sy sempurna dan solehah. Sebab sendiri sy tak mampu. Ape lagi kat univrsiti ne sy tengok sy lihat mereka2 yg cukup solehah. Sy tahu sy tak mampu jadi sampai macam tu. Kerana mereka telah ditarbiyah dari kecil. Dan aku hanya baru bermula.

Dont worry, i'm changing myself so at the same time u'll change yourself. Sedang berusaha ^^ semoga Allah mudahkan. Allahumma ameen~

Kalau awak bukan seperti yg diatas takpe sebab Dia bagi awk kat sy, sy terima awak seikhlas hati ^^ comelnya awak ne~ *puji kalau ada ghammazatun~ hee

Ok bye! ^^ 

No comments:

Post a Comment