Friday, June 22, 2012

ketika sajadah dibentang

pagi itu di rumah, hampir subuh. semua kelihatan sibuk mahu bersiap-siap ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah termasuklah aku. setibanya di masjid aku pon masuk terus ke saf-saf orang yang solat. entah macam mane, tengok sebelah semuanya lelaki. 

"astaghfirullah, macam mane boleh jadi macam ne?"

aku pun bergerak ke bahagian wanita. tiba-tiba ada ramai lelaki berdekatan pintu masuk tersebut. risau sudah mahu jalan di mana. setelah melangkah, aku terpandang seseorang yang aku kenali. wajah itu, mengapa di sini. dia tersenyum melihatku kemudian matanya melirik ke arah sebuah pintu berdekatan dengannya. kakiku terus melangkah deras ke bahagian wanita. 

mataku mencari-cari, di manakah telekung? puas aku mencari, tidak ku temukan. dua wanita melangkah masuk ke dalam bahagian wanita. aku tunduk ke bawah melihat aturan-aturan kayu yang tersusun rapi melatari lantai masjid. entah bagaimana dan dari mana, telekung berada di sebelah kaki kiriku. aku terus menyarungkannya lalu ingin menunaikan solat. dua wanita tadi merapati, ingin berjemaah. tapi aku tidak mahu menjadi imam! aku bergerak ke hadapan lalu mengangkat takbir sendirian tanpa menghiraukan mereka. aku solat tapi terasa berat, payah, sukar, susah. kesemuanya aku rasai. mencurah-curah peluh di dahi. terdetik di dalam hati, "menyusahkan orang lain ke aku ne? solat sampai macam ne sekali." tapi, akhirnya aku berjaya membawa solatku hingga ke salam. 

rupa-rupanya, masjid bahagian wanita itu sudah penuh dengan para jamaah. putih jelas kelihatan. aku yang berasa kurang senang dengan keadaanku terus bergerak ke belakang. pantas tanpa menghiraukan sesiapa. namun, seseorang menegurku.

"Yati! nak g mane? awalnya ko datang. baru 5.27am."
aku tergamam lalu bercakap di dalam hatii, "aku solat apa tadi? tahajud ke? so, aku xsolat subuh lagi lah ne? kena g amek telekung ne."
 lalu aku pon berlari keluar memandangkan waktu subuh belum masuk lagi.
tiba-tiba, seseorang menegur.
 "cari telekung ke?"
aku terdiam.
"jom~"

wajah yang aku kenali itu membawa diriku ke satu bahagian yang lain. diturunkan beg galasnya lalu mengeluarkan telekung dan sehelai sajadah dibentangkan untukku menghadap kiblat yang satu. dia tersenyum lalu pergi. belum sempat aku ucapkan terima kasih dia terus berlari pergi.

----------------------

inilah sebuah mimpi yang akan aku ingat sampai bila-bila. dalam mimpi xsempat nak ucap terima kasih, dalam alam maya, alhamdulillah dapat walaupun dia blur-blur je. hehe.. 
moral of the story yang aku dapat dari mimpi ne, no matter how hard it is, try harder and later He will provide you something exclusively. not here? jannatulfirdausi will be :)




No comments:

Post a Comment