Thursday, May 30, 2013

diam2 hati berkata

Anggaplah penulisan kali ni hati ini setenang instrumental "Kiss The Rain". Sweet, soft, lovable. Deep in heart, deep in the instrumental, there's something. :))

Mahu tahu?

Aku rasa bahagia. Hmm, sebab.. Aku rasa bebas mengelilingi dunia! Tiada siapa yg mengikat tali di pinggang menarik semula ke belakang. Allah. Aku harap sangat nak ke sana dengan tenang. Mengingati-Mu sepanjang waktu.

Eli ..
Agak2 sempat tak ye cita2 kita terlaksana? Nak pergi ke sana? Aku baca takdir 2, aku teringat takdir 1. Hehe. Memanglahkan~ aku asyik jumpe 'sana' tu je dalam tu. Kalau aku tak sempat pergi sana, aku doakan kau pergi sana li. Doakan aku kat sane. Kau sahabat aku dunia akhirat. Seronok ada sahabat yg mampu bercerita tentang masalah ummah ni.

Walaupun cerita kita tak tinggi mana, tak temui solusi pun, aku harap satu hari nanti kau bersama angkatan jiwaan syurga, serta penggerak ummah yang lainnya, bersama-sama menerajui ummah yg tercinta. Bukan aku kata kau sahaja, insyaAllah, aku juge. InsyaAllah. Itu aku harapkan.

Elly..
Ingat ye, doa itu senjata mukmin. Jadilah insan yang beruntung seperti yg dikongsikan tempoh hari. Itu pun aku copy paste je. Mahu sebarkan bahagia kata orang. Hihi.

Elly,
Aku tak tahu kenape aku tujukan penulisan kali ni untuk kau. Mungkin sebab aku nampak kau lebih terkedepan dalam segenap segi dakwah. Kau dikelilingi mereka2 yang jiwanya sama dengan kau, mahu sama2 menggerakkan diri dan lainnya ke syurga. InsyaAllah, aku doakan yang terbaik.

Saat ini, aku pun terasa sendiri. Hanya kerana berfighting dengan diri sendiri dalam segenap cabang kehidupan, aku harap kau tarik aku sekali ikut kau. Aku macam di awan-awangan~

Tiada cara lain, aku cari semangat tu dalam diri mereka yang terislah dan terus mengislah. Aku harap ade sedikit pancaran cahaya mereka yang aku dapat. Hidayah Allah itu perlu dicari bukan? Aku harap aku takkan pernah berhenti. InsyaAllah.

Terbaca tweet dia, kata Dr. nya, islah itu bermula dengan al-Quran. Allahu rabbi. Al-Quran. InsyaAllah terus.

----------

Walaupun jiwa tenang sekarang ini, takut tu tetap ada. Takut ape? Takut dengan Judgement Day. Allahu~ apabila al-mizan itu berat sebelah, agak2 yg mane satu lagi berat? ._.

Subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil 'adzim~

#pray4ummah

No comments:

Post a Comment