Friday, May 31, 2013

Bangunlah..

Allahu

...

Setiap langkahan hidup ini, kita harus nikmati satu persatu. Setiap yg datang di hadapan mata kita, lihatlah seluasnya. Walau hadapan kita batu besar yg tak ter-elakkan, pejamkan mata seketika.

Masakan, bunga2an yang telah lepas mahu kita lupakan saat sekali batu datang?

Cinta pada bunga, kekuatan melawan batu. Tiap satunya berfungsi.

Bila terhilang satu persatu jangan salahkan sesiapa...

...

Allahu

...

Saat kita terlena, jangan ego saat nasihat menerpa. Jangan marah andai dihentam dengan tamparan mahupun tumbukan yang kencang.

Saat kegelapan menyelubungi, jangan kaburkan lagi pandangan dengan tutup mata pada cahaya-Nya. Rasainya dengan mata hati. Rasainya. Bukan ambil tahu sahaja! Kena rasa! Rasa Allah tu betul2 wujud, bukan hanya tahu Allah tu ada sahaja. Kononnya tahu innallaha ma'ana. Tapi tak rasa apa2, tuih3, buat penat je tahu.

Bila kau jatuh, sakit yang kau rasa! Bila kau jatuh, nak berdiri pun kau tahan air mata! Bila kau jatuh, saat tu baru kau sedar dosa lama! Jangan salahkan sesiapa kecuali kau sendiri!
Pantaskanlah langkahan kau tu, rendahkan wajahmu segera, hadap arah yang satu, beserta air ketenangan pada anggotamu, padamkan amarahmu, egomu, titiskan air matamu, mohon sedalam-dalamnya, ucapkan tahmid dan ampunan. Semoga Dia dengar rintihanmu kembali.

...

Allahu

...

Kononnya, ummah yg terislah kau impikan, mimpi lah kau! Diri sendiri pun kau tak jaga, lagikan cerita ummah kau besar-besarkan. Come on lah hayat! Hidup kau lama mana? Sampai bile hayat? Sampai bile?

Sedarlah! Rasalah Allah tu ada, lihat segalanya. Tetapkan dalam jiwa. Al-Quran tu, kononnya, terkesan dgn kata2 org tu lah, org ni lah, ustaz tu lah, ustaz ni lah, tipulah hayat! Kau tipu! Sama jugak tali biru tu berada. Tak bergerak pun. Tampalan warna2 tu maken berkurang tp kanak2 tu yg buat main. Kau buat ape??? Hafalan kau pulak ke mane? Hayat! :((

Bangunlah.. Bacalah.. Hidupkanlah..

No comments:

Post a Comment