Friday, March 29, 2013

Fight! Fight! Fight!

Wahai musuhku!
Aku tahu kau akan terus sesuka hati nak tarik aku jadi macam kau!
Aku tahu kau gelak sakan bile aku terikut-ikut cara kau!
Aku tahu kau geram bila aku palingkan diri dari kau!
Aku tahu kau gelak guling2 bile aku diperdaya kau lagi!
Aku tahu kau komited nak tarik aku ke neraka jahannam!
Aku tahu kau tu musuh aku yang paling nyata!
Dan aku tahu, aku berlindung dengan nama-Mu Ya Allah dari syaitan yg direjam~

Sekali aku jatuh, jangan kau ingat aku akan terus tenggelam dalam lautan hitam pekat!
Sepayah dan sesukar mana pun aku kena berenang ke permukaan lautan, aku akan fight! Habis-habisan.
Saat iman yanqus, jangan kau ingat aku akan hanyut terus!
Saat iman yazid, aku akan pertahankan supaya istiqamah!
Jangan kau ingat aku akan diam!

Selagi upaya, aku buat yang termampu!
Selagi belum sampai masanya aku akan terus bongkar peti ilmu!
Selagi punya sahabat pemberian Ilahi, aku eksploitasi mencari redha-Nya!
Jangan kau fikir aku akan menyerah!
Aku akan fight!
Fight sampai matinya jasad!

Allah. Allah. Allah.
Tak tahu nak ungkap macam mana, lagha apa yg aku buat 2/3 hari ni, aku tak suka aku macam tu!
Allahu Rabbi.
Terima kasih. Sebab kau titipkan insan2 penegur sang iman.
Yang tak pernah sedar aku perhati mereka dan yang akhirnya buat aku terasa diperdaya syaitan dan hawa nafsu sendiri.
Dunia ini penuh hikmah di atasnya, masa yang ada sepantasnya aku guna seperti mereka.
Ilmu yang melimpah tak pernah surut, patutnya aku cari fahami bukan terus buat2 tak nak ambik tahu.

Hayat~
Hal anti ta'lamu annal hayata kulluha lillah?
Anti 'arafti haza!

Tuesday, March 26, 2013

حماسة!

اليوم يبدأ أسبوع الخطبة من الطلاب مادة الاستماع والمحدثة لفرقة 501. :))

لزملائي وأصدقائي كلهم بالتوفيق والنجاح والفلاح. سننجح إن شاء الله.

ولفرقة الأخرى أعلم أنكم ممتازون ورائعة في الكلام. الله ربنا زدنا علما نافعا وفقهنا في العلم خصوصا اللغة الفرقان اللغة العربية. اللهم آمين

وإخواني من المجموعة 502 في الفصل السابقة، أحبكم في الله :)) إني أعرف وأيقن أنتم وأنتن يمكن! D:

حماسة! حماسة!

--------

أنا ضاعفة في الكتابة والكلام والاستماع والقراءة. وفي النحو والصرف والبلاغي. آسفة لكل خطيئة.

مع السلامة :))

Monday, March 25, 2013

Dan seketika

Something is not right.
Feel suffocated inside.
How can i turn out this way?
I did feel the same before.
But this is extreme.
Allahu Rabbi.
You're always there.
I really thank You.
You are the only One who knows what is in my heart.
Accept my prayer.
Because You're the All-Responsive.

-----

Termenung seketika saat di atas sejadah. Terlalu memikir mungkin. Padahal ada Dia yang sentiasa ada.

"Ti.. Okay tak? Macam ada masalah je" roomate tegur.
"Haa? Takde apelah." sambil senyum2.

Allah..
Tenangkan hati ini setenang air di tasik. Alirkan rasa ini pergi seperti sungai yang mengalir. Ameen.

Allah, aku tahu Engkau sentiasa ada.

#pray4ummah
Its MGW (Muslim Geographic Week) in CFS IIUM. Issue of Rohingya, Palestine and Syria are raised up. May Allah bless and ease everything. Ameen.

Sunday, March 24, 2013

susahnya !


zZZz

kononnya aku mahu berubah. kononnya aku mahu jadi yang lebih baik. kononnya aku mahu mencari redha Dia. kononnya aku sedang berusaha. 

tapi sejauh mana keberkesanannya? apakah aku sedang berada di atas jalan itu atau aku semakin menjauhinya? #muhasabah

seorang hamba Allah ini, berusaha sekerasnya untuk tak bagi aku tidur lepas subuh !
Allahu Rabbi~

susahnya!
aku tetap aku
susah betul lah nak avoid diri dari tidur pagi tuu!

pagi2 tu aku tak mampu nak membaca buku, kalau baca je 'huh' confirm tidur teghuih. buku tuu dah malas dah nak layan aku -_____-"

zZZz

kadang2 pagi ni aku tidur, esok paginya aku tak tidur. lusa aku tak tidur. lepastu, tidur semula. *nampak tak, tak istiqamah kat situ? Allah~

usaha ! usaha sehabis baik ! tak usaha tak dapat..
kena carik jalan..


PERISTIWA SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS SUBUH

1. tidur awal/lambat
2. bangun awal sebelum subuh
3. tahajud sat
4. dengar azan yang menenangkan
5. solat sunat qobla subhi
6. solat subuh
7. du'a
8. mathurat
*time mathurat ne je aku dah mengantuk semula dah*
9. dengan telekung2 tidur atas sejadah <--------------- font="" mengade="">
10. "ti, bangun..kelas kul berapa?" kata roomate.
11. menyesal tidur lagi lepas subuh ._.
12. esok buat benda yang sama -.- menyesal sampai sekarang
13. tapi buat lagi

zZZz

hayat !!! usahalah~ pagi2 tu tak dapat baca buku, online pun takpe :p janji tak tidur. usahalah! kalau nak mesti ada jalan punya. ganggu orang lain pun takpe, whatsapp ke message ke call ke. 

mudahkan jangan susahkan
semoga berjaya hayat !

kepada yang sangat berusaha tu, maaf ye~ insya Allah aku usaha !
terima kasih banyak !!! 


Thursday, March 21, 2013

Awak ..

Dah dua minggu ..
Allah semakin rindu ..
Kenapa harus terus menunggu ..
Tak harusnya begitu bagi aku ..

Kita baru je sama-sama ..
Setiap hari sentiasa terbuka ..
Memahami kata-kata penuh makna ..
Mengambil hikmah yang berjuta warna ..

Baliklah ..
Rindu sangat dah ni ..
Walaupun teknologi semakin canggih ..
Tapi aku tetap nak kita sama2 berdua ..
Bak orang kate, makan sepinggan, tidur sebantal, minum secawan >.<

Rasa macam kehilangan je ..
Dapat tahu awak di sana saya di sini, rasa sebak sesak sangat ..
Rasa nak menyanyi, walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat .. Sob sob T-T

Umie ..
Hantarkanlah dia balik ..
Aku rindu sangat dah kat dia ..
Huuu~ sedihnya rasa ..
Macam mana boleh tinggalkan dia ..
Sob sob ..

Nanti kita jumpa lagi ea ..
Bersama semula sepanjang hayat ..
Lama sangat dah tak jumpa ..
Lama sangat tak pegang ..
Lama sangat dah rasa ..
Dua minggu bagaikan bertahun lamanya ..
Rindu dah tak terbendung ne ..
Rindu sangat ..
Allah ..
Terima kasih sebab walaupun dia takde tapi Kau izinkan aku ada software dia kat phone ..
Lepaskan rindu nak pegang dia lalu phone ..
Tapi rindu dia jugak ..
Banyak dah kitorang lalui bersama walaupun baru je tahun lepas ..
Tak sampai setahun lagi tapi ukhwah kami lebih erat dari yang lain ..
Pertemukanlah kami semula wahai Tuhanku ..
Pertemukanlah ..

# duduk atas sejadah dengan telekung usai solat asar dengar binnabil huda, dah empat kali ulang masuk yang kelima .. maghrib nanti nak baca al-kahfi dah .. Sebab tu rindu sangat kat dia T-T ..

#pray4ummah

Saturday, March 16, 2013

Tuhan, jagakan dia

Aku rindu seseorang.
Walaupun dia tak kenal aku, tak kisahlah~ aku rindu dia jugak.
Aku suka sangat kat dia !
Tak tahulah kenapa.
Pertama kali pandang dia, jatuh hati terus. Hehe.

Dia...
Wallahi.. Dia sangat cantik.
MasyaAllah ciptaan Allah yang sungguh sempurna :))
Wallahi.. Dia perelokkan dirinya dengan akhlak yang cantik
Buatkan dia lebih cantik dari mawar :))

Aku..
Suka puji dia :))
Sebab dia sangat cantik. Hehe.
Tak sabar nak tengok anak dia~
Sama excited nak tunggu anak Akhi Hilal Asyraf neh. :DD
Semoga Allah melindungi insan2 ini, yang secara zahirnya mereka tak kenal pun aku, tapi dari mereka aku temui sesuatu yang lebih bernilai dari permata mahupun mutiara.

Wahai kakak yang cantik :)
Lama tak stalk facebook. Hehe
Semoga akak sihat sentiasa di bawah rahmat Allah. Dilindungi Allah sentiasa, dikasihi dan disayangi makhluk sekalian alam, bahagia dunia dan akhirat. Allahumma ameen~

# katanya, kalau kita doakan seseorang tanpa pengetahuannya, doa tersebut akan dimakbulkan. Ameen ameen Ya Rabb :))

# Tuhan, jagakan dia.

*~*~*~*~*~*~*~*~*

The last birthday wishes,

خير الناس من طال عمره وحسن عمله .

- al-Tirmizi, Hakim dll .

:)) insyaAllah, usaha ke arah itu ! Ganbatte !

*~*~*~*~*~*~*~*~*

#pray4ummah

Friday, March 15, 2013

HB hayat ^^

Genap 20 tahun yang lalu pada tarikh ini bersamaan 21 Ramadhan hari Isnin aku telah dilahirkan. Tahun ini aku lebih bersemangat untuk berada pada tarikh ini kerana hari ini penghulu segala hari.

Aku tak ingat pernah tak sebelum ni tarikh ni bersamaan hari Jumaat. Bagi aku Jumaat sangatlah istimewa. Tersangat istimewa. Kenapa istimewa? Adalah alasannya ^^

Tiada kaitan dengan yang teristimewa pun =.= jangan risau. Em, Jumaat lepas sahabat aku bagitahu sesuatu yang seseorang pernah ceritakan kepada aku pada suatu ketika dulu. Waktu tu aku kat dalam kereta tempat duduk belakang, walhal si dia sedang memandu.

Ahu: Ayu nak dengar cerita tak?
Ayu: Haa boleh2 :D
Ahu: Ada dua orang lelaki ni pada satu petang Jumaat pergi ke masjid. Salah seorang dari mereka berdua ialah seorang penganggur (tak ingat sebenarnye kerja ape, lupelah.. Lama sangat dah cerita ni, hee) dan lagi seorang ialah seorang ustaz (tak ingat jugak, tp warak orgnye klw tak silap,hee). Penganggur tu mengadu pada sahabatnya yg dia ni selalu rugilah apelah. Tak maju. Takde kerja. Macam2 lagi lah. Lepastu, ustaz tu gunalah ilmu yg dia ada. Dia kata, "Hari Jumaat lepas asar ni katanya mustajab doa. Kau doa, aku aminkan. Kita cuba!". Jadi si penganggur tu pun mula berdoa, "Ya Allah, berikanlah kekayaan kepadaku." "ameen" "Ya Allah, mudahkanlah urusanku dalam mencari rezekimu, kaya kaya kaya" "ameen ameen ameen"~ Lepastu mereka pun berpisah. Perpisahan itu bertahun-tahun lamanya sehingga satu hari, penganggur tu jumpe ustaz tu semula. Ustaz tu tak kenal. "Ustaz, ingat saya lagi? Ustaz yang aminkan doa saya dulu tuu. Alhamdulillah saya dah kaya sekarang." Ustaz tu baru teringat dan dia pun gembira. Cuma dia terfikir, kenapalah aku tak doa sekali waktu tu. Hehe.
Ayu: Haha. Ustaz neh ade2 je.
Ahu: Jangan tengok ceritanya, tengok pengajarannya. Jumaat ni ada waktu2 yang mustajab doa. Salah satunya antara asar dan maghrib. Doalah banyak2. :D
Ayu: ohhh.. InsyaAllah, sama2lah~

Hmm, begitulah ceritanya. Short and sweet. Minggu lepas, Hari Jumaat ialah hari exam. Petang tu, waktu tengah study sorang2 kat lobi Mahallah Aisyah aku whatsapp dgn sahabat aku sorang ni. Entahlah ape aku tanye kat dia masa tuu, tak ingat. Tapi yg paling aku ingat, pesanan dialah.

`Hari Jumaat ade waktu yang dimustajabkan doa. Ulama' kata antara asar dan maghrib.

Kebetulan waktu tu azan asar, dah berbunga-bunga hati aku waktu tuu. Excited excited ! Hehe. Aku pun tweet kat twitter tentang ni dgn semangatnye. Tiba2, kena tegur semula. Heh, malu >.<

`Pendapat yg paling kuat sejam sebelum maghrib. Ibnu Hajar kate dlm Fathul Bari (Syarah Sahih al-Bukhari) ..

`Doa waktu tu, tawassul dengan amalan soleh. InsyaAllah dimaqbulkan.. :))

Bab tawassul ni, satu hari nanti aku cerita ea. Tapi bagi aku, tawassul ni sangat cute. Hehe.

-------*-------*--------*--------*--------

Toiyib, nak ucap sanah helwah buat diri sendiri. Doa paling best setakat sekarang ni, mati dengan husnul khotimah :DD allahumma ameen~ jazakumullahu khairan kathira buat semua yg mendoakan, starting Kakwa, amin, furqan, eli, afiq, fatin, mira, ilham, farid, Umie, hafizuddin, aqilah dan tak taulah kalau ade yg mendoakan lalu facebook. Sebab tak bukak.

Jazakumullahu khairal jaza' ^^ semoga termakbul doa2 antum sekalian apalagi pada hari yg barakah ini. Allahumma ameen~

#pray4ummah

Sunday, March 10, 2013

baik diam ;)

pinjam kata2 orang:
"Open your mouth only if what you are going to say is more beautiful than silence."

------------------------------

aku kata aku nak berbicara soal siasah tempoh hari. 

bila aku membaca tentangnya aku rasa aku taknak dah nak cakap tentang siasah ne. bukan ape, aku rase aku tak cukup ilmu nak kate tentangnye. jadi sekarang ni, aku hanya ambil tahu jelah ape yang berlaku di sekeliling.

mana taknya, tempoh hari saat berdikusi balaghah bersama empat lagi sahabat, entah macam mana termasuk bab siasah ne. mula2 tu diam jugak, tiba2 aku terbagi pendapat jugak. eh -_-" tak layak untuk berkata-kata. heh~ 

keluarlah kata2 dari sahabat tentang harakah Islamiyyah dan sebagainya. Perghhh, ilmu baru weh ilmu baru! semakin lama berdiskusi, roomate aku ikut serta bagi pendapat. simple je, "undi parti ke undi calon?" @_@ kepala aku pun pusing2 waktu tuuuu~ haihhh~ nak wat gapo ne? haha!

nak cerita sahabat aku sorang tu bercerita, aku tak pandai lah.. tapi aku fahamlah, sebab dia katakan, Allah berfirman dalam surah ali-Imran, Allah memerintahkan sekumpulan manusia yang bergerak untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran..... (tak ingat sangat) mohon sape2 bijak bestari, betulkan salah silap ._.

kat facebook, orang dok share post tentang kata2 al-fadhil Ustaz Zahazan tuu, aku setuju dengan kata2 beliau. aku tengok, sahabat2 Kelantan aku semua hebat2 belaka personalitinya, taknak aku generasi akan datang jadi lain macam. cukuplah negeriku ada macam2 -_-" taknak negeri tu jadi macam negeri nii.

hmmm, tempoh hari je, sahabat aku jadi speaker untuk siasah Rasulullah saw. hadahullah. hmmmm, pandang tajuk masa tu je, aku dah terdiam dah. besar kot siasah ni. besaaaaaaaaar sangat. nak ikut pesan ayah ke tak eak? hehe.. macam ni lah, duduk, perhati. ambil tahu, baca. doakan yang baik2. emmmm, untuk PRU13.... Ya Allah, anshorul Islam wal Muslimin fi Maliziya, allahumma ameen~

-------------------------------

dah membesar rupanya diri ini. semuanya aku pandang besaaaar je. istilah pandang main2 tu macam maken menghilang je. tapi sikap main2 tuu tetap ada. hehe. Yang pasti dalam bab siasah ni, satu hal yang aku paling tak suka keadaan di Malaysia ni ialah bab fitnah memfitnah. 
-___________________-" 
takde keje ke? hidup pun tak aman gituuu...penuh sakit hati dan hasad dengki. buat orang menyampah je~ 

#boleh aku kata haritu, apa kate kite tubuh gerakan baruu.. mahasiswa semuanya, satu hari nanti kita jugak yang akan memerintah :p dushhh!! *otak senget, hewhew~


*kata2 aku jangan dilayan, mainan semata-mata
lepas ni nak cerita bab hidup aku dan sesuatu yang memberi inspirasi jelah..
bab besar2 ni, tak tahu baik diam. kan?
tak sama orang yang berilmu dan yang takde ilmu tuu. 
nice try hayat~ ;)

+ arus baru tu ape? + 
O.o


Monday, March 4, 2013

Kawen? O.o

Hmm, kenape tbe2 masuk bab kawen ni? Haha. Gatai nak kawen ke ape? Pernah jugak tengok org lain nikah, si suami sarungkan cincin ke jari manis si isteri, mesti aku pegang jari aku jugak -_-" actually, sweet kot part tuu.. Haha~ mengadelah....

Tapi hakikatnya sekarang ni, semakin aku besar semakin aku rasa aku taknak kawen je. Bukanlah aku taknak kawen terus, menentang sunnah Nabi saw gituu. cuma sekarang ni aku taknak kawenlah. Kenape? Macam2 sebabnya.

Salah satunya, kakak aku yg dah kawen tu selalu cerita tentang susahnya nak mendidik anak. Uuu~ Dia pesan, "walau mcm mane pun mak ayah kite, terimalah sepenuh hati sebab susah yu jadi parents ni". Kakak ipar aku pulak pernah kate, bila dia hantar Irdina masuk Little Calliphs, Irdina dah pandai ucap syahadah. Kakak ipar aku kate, "malunye aku tak ajar anak aku mengucap".

Macam2 lagi cerita2 yang mereka kongsi pada aku. Semakin lama aku nampak tanggungjawab kat situ. Perkahwinan bukan sekadar "aku terima nikahnya" dan bukan sekadar "dia dah halal untukku" ~.~ atau "awak imam saya, saya makmum awak" erk~ ehem2. Sungguh aku tak sedia nak hadapi semua ni. O.o RESPONSIBILITY !!! Huge thing. Very huge. 

Baitul Muslim. sebelum nak bina tu, kena fardu Muslim dulu. akhirnya nanti akan membentuk khilafah Islamiyyah. hmm, InsyaAllah cerita tentang siasah akan menyusul. Pemikiran kena semakin besar, lagi2 dunia hari ini. doakan mampu nak berfikir tentangnya dan banyak membaca dan bertanya sebelum menulis. ameen~ eh, keluar tajuk! ok, kembali ke medan perkahwinan ;)

Pernah suatu ketika dahulu kala, aku yang suka main2 ni pernah berkata kepada seseorang "will you marry me?" -.-" Ya Allah. Kesian sahabat aku tuu. Terkejut dia. Beberapa bulan lepastu, dia ungkit balik cerita ni. Aku yang segan ._. Wehh, malu kot. Ish3. Tapi dgn tak tahu malunye aku pergi tanye, "so the answer?" dan dia pun jawab "saya jawab yes" hahahahahahahaha~ lamaran diterima~ ok,dua2 suke main2. Em, tak, lepas ni tak main2 perkara  serius macam ni. Hayat ne~ macam2. maaflah ye. WALAKIN, waktu tu aku main2 ke? :p mazah faqat~

Kembali kepada topik, masa sekolah dulu aku paling tak suka masuk bab munakahat. Susah! Bagi aku waktu tu lahh. Aku tak suka betullah belajar syariah part munakahat ni. Time Darjah6 sekolah agama dulu, subject ibadat 2, ada munakahat, jenayat dengan ape entah, mu'amalat kot. Part munakahat tuu aku main2 je belajar. Entah ade ke tak input masuk otak pun tak taulah. cemane nak belajar, umur aku waktu tu baru 11tahun dah cerita bab perkahwinan. BLUR @_@ Tapi, sampai ke tingkatan5 aku macam tu jugak. Fail betullah bab talaq semua tu. Nampak tak aku tak ready langsung nak kawen -.-"

Pernah suatu ketika aku telah dilamar oleh seorang lelaki. Ni betul2 punya tak tipu. Tak main2. Waktu tuu, aku confuse. Aku nak buat ape pun aku tak tau. Jadi, aku telefon mak, aku cerita sekian2. Mak cuma kate, "ikut ayulah, ayu yg nak kawen. Mak doakan yg terbaik je" o.O mak~ tapi sebelum aku buat keputusan, lamaran dihentikan atas sebab2 yg tertentu. Jadi, aku bersyukur sangat2 sebab aku tak perlu nak buat keputusan. Hee~ alhamdulillah.

Pengalaman dilamar tu, ajar aku banyak benda. Dah khatam bab munakahat ke? O.O em, dah pandai masak ke? O.O emm, dah cukup sedia nak jadi ibu? O.O bangun subuh dah betul2 awal ke? Ke 6.30 atas katil lagi atau kul7 pun tak sedor lagi? O.O dalam hati "belum" T-T so, cemane nak kawen? Hahaha!

Konklusi dari bab kawen hari ni, bersedialah sebelum menempuhinya. Langit tak sentiasa cerah. Mendung perkara biasa. Hujan ribut petir taufan guruh halilintar semua ade. Hee. Haa, boleh gelak lagi tuu! Ish3, ni benda serius bukan main2. Hmmm, sebelum aku bernikah, eh maju sangat tu... Sebelum aku menerima seseorang dalam hidup dan menyatakan 'Ya' atas lamarannya, aku perlu bersedia segalanya. Bab memasak, munakahat, mendidik, me aaa ape2lah yg berkaitan. Hmm, begitulah ;))

*dah bulan mac, beberapa hari je lagi genap 20tahun. Boleh kot cerita bab ni. Hehehe. :p ok bye!

Psst! Dengar sini!
*Ustazah Mazlina pernah pesan, lelaki sebelum kawen khatamkan tafsir ayat "ar-rijal qawwamun ala an-nisa" pehekan betul2. Yg perempuan, belajar penat dari sekarang, nanti anak sepuluh cemane. -Baik Ustazah!- hee

#pray4ummah