Friday, March 15, 2013

HB hayat ^^

Genap 20 tahun yang lalu pada tarikh ini bersamaan 21 Ramadhan hari Isnin aku telah dilahirkan. Tahun ini aku lebih bersemangat untuk berada pada tarikh ini kerana hari ini penghulu segala hari.

Aku tak ingat pernah tak sebelum ni tarikh ni bersamaan hari Jumaat. Bagi aku Jumaat sangatlah istimewa. Tersangat istimewa. Kenapa istimewa? Adalah alasannya ^^

Tiada kaitan dengan yang teristimewa pun =.= jangan risau. Em, Jumaat lepas sahabat aku bagitahu sesuatu yang seseorang pernah ceritakan kepada aku pada suatu ketika dulu. Waktu tu aku kat dalam kereta tempat duduk belakang, walhal si dia sedang memandu.

Ahu: Ayu nak dengar cerita tak?
Ayu: Haa boleh2 :D
Ahu: Ada dua orang lelaki ni pada satu petang Jumaat pergi ke masjid. Salah seorang dari mereka berdua ialah seorang penganggur (tak ingat sebenarnye kerja ape, lupelah.. Lama sangat dah cerita ni, hee) dan lagi seorang ialah seorang ustaz (tak ingat jugak, tp warak orgnye klw tak silap,hee). Penganggur tu mengadu pada sahabatnya yg dia ni selalu rugilah apelah. Tak maju. Takde kerja. Macam2 lagi lah. Lepastu, ustaz tu gunalah ilmu yg dia ada. Dia kata, "Hari Jumaat lepas asar ni katanya mustajab doa. Kau doa, aku aminkan. Kita cuba!". Jadi si penganggur tu pun mula berdoa, "Ya Allah, berikanlah kekayaan kepadaku." "ameen" "Ya Allah, mudahkanlah urusanku dalam mencari rezekimu, kaya kaya kaya" "ameen ameen ameen"~ Lepastu mereka pun berpisah. Perpisahan itu bertahun-tahun lamanya sehingga satu hari, penganggur tu jumpe ustaz tu semula. Ustaz tu tak kenal. "Ustaz, ingat saya lagi? Ustaz yang aminkan doa saya dulu tuu. Alhamdulillah saya dah kaya sekarang." Ustaz tu baru teringat dan dia pun gembira. Cuma dia terfikir, kenapalah aku tak doa sekali waktu tu. Hehe.
Ayu: Haha. Ustaz neh ade2 je.
Ahu: Jangan tengok ceritanya, tengok pengajarannya. Jumaat ni ada waktu2 yang mustajab doa. Salah satunya antara asar dan maghrib. Doalah banyak2. :D
Ayu: ohhh.. InsyaAllah, sama2lah~

Hmm, begitulah ceritanya. Short and sweet. Minggu lepas, Hari Jumaat ialah hari exam. Petang tu, waktu tengah study sorang2 kat lobi Mahallah Aisyah aku whatsapp dgn sahabat aku sorang ni. Entahlah ape aku tanye kat dia masa tuu, tak ingat. Tapi yg paling aku ingat, pesanan dialah.

`Hari Jumaat ade waktu yang dimustajabkan doa. Ulama' kata antara asar dan maghrib.

Kebetulan waktu tu azan asar, dah berbunga-bunga hati aku waktu tuu. Excited excited ! Hehe. Aku pun tweet kat twitter tentang ni dgn semangatnye. Tiba2, kena tegur semula. Heh, malu >.<

`Pendapat yg paling kuat sejam sebelum maghrib. Ibnu Hajar kate dlm Fathul Bari (Syarah Sahih al-Bukhari) ..

`Doa waktu tu, tawassul dengan amalan soleh. InsyaAllah dimaqbulkan.. :))

Bab tawassul ni, satu hari nanti aku cerita ea. Tapi bagi aku, tawassul ni sangat cute. Hehe.

-------*-------*--------*--------*--------

Toiyib, nak ucap sanah helwah buat diri sendiri. Doa paling best setakat sekarang ni, mati dengan husnul khotimah :DD allahumma ameen~ jazakumullahu khairan kathira buat semua yg mendoakan, starting Kakwa, amin, furqan, eli, afiq, fatin, mira, ilham, farid, Umie, hafizuddin, aqilah dan tak taulah kalau ade yg mendoakan lalu facebook. Sebab tak bukak.

Jazakumullahu khairal jaza' ^^ semoga termakbul doa2 antum sekalian apalagi pada hari yg barakah ini. Allahumma ameen~

#pray4ummah

No comments:

Post a Comment