Thursday, December 31, 2015

perutusan hujung masa






Sebelum hari-hari terakhir tiba, 
sebak tu ada bila mana kita percaya selepas ini tiada lagi kita yang seperti ini. 

setahun bersama dalam suka dan duka, jerih dan payah, senyum dan tawa, jatuh dan naik, aku kira hal-hal yang terindah dalam hidup tu dengan adanya kalian pada 2015.

persahabatan yang terbina sejak mula bekerja bersama, nasihat demi nasihat sejak di Kuantan, nasihat kehidupan, nasihat bekerja, nasihat makanan dan macam-macam yang membuatkan kita semua semakin dekat dari hari ke hari.

mungkin seorang yang jenis tak bercakap banyak apabila dalam sekelompok manusia, tapi senang terhibur dengan apa jua tingkah laku manis kalian semua.

Presiden Hasyim Nawwaf
seorang yang sejak awal mengerti seorang hayati tak suka dimarahi. setiap gerak geri anak buahnya ini, dilontarkan kata-kata semangat berupa cabaran dalam diam. terima kasih selalu menyanyi, #peminat.

Kak Aisyah
seorang yang tegas sebenarnya tapi penyayang. waktu anak buah dia gastrik buat kali pertama waktu EduFest, dia ni lah yang teman makan, bagi ubat. alahai. terima kasih!

Acap
seorang yang multi-tasking gila-gila. tahu semua benda, caring pulak tu. haha. kena push habis-habisan bila buat kerja lambat. bijaksana, rajin, tepati masa. suka sangat-sangat tolong orang termasuk seorang hayati. acap terima kasih banyak-banyak.

Kaktif
kaktif sayaaang~ sangat-sangat penyayang. sangat-sangat lemah-lembut. pandai masak. mama kami semua. hihi. penyabar. disukai seisi alam. selalu tanya macam-macam kat kaktif. terima kasih banyak kaktif. dari dns lagi. lebiu!

Madi
sebenarnya, dia ni seorang yang dipandang tinggi dalam dan luar uia. bawak kereta laju boleh tahan jugak. heheh. pembantu yang setia buat kaktif. selalu kongsi pelbagai cerita buat muhasabah. terima kasih madi.

Kak Fizah
kalau kaktif mama, kak fizah ni ibu. hewhew. seorang yang mempunyai pelbagai pengalaman dalam hidup buat kita jadi tekun mendengar kisah dan nasihat. selalu hantar balik sepiyah naik kereta, yelah sorang-sorang je hidup kat sepiyah ni. terima kasih kak!

Syahril
seorang yang paling takut sekali nak tegur dan memang tak bertegur mana pun. kahkah. tapi syahril ni cekap dalam buat kerja, dah hujung-hujung waktu, baru pandai nak bercakap dengan dia ni. prosperous sentiasa bedsa kali ni. 

Kak Niza
seorang kakak buat hayati. seorang yang selalu tanya yati okay tak? dah makan? seorang yang banyak membantu bila memerlukan. waktu nak hantar print esaimen pun pinjam duit dengan kakak ni bila terlupa bawak beg duit. terima kasih kak niza!

Ku Harudin
seorang yang tersusun atur tersemat kemas jahitan perlaksanaan kerjanya. peramah. mudah nak buat kerja bersama. ceria dan menyenangkan. 

Fadz
seorang yang kecil tapi mampu mengelilingi dunia dalam satu hari. lincah betul. ada saja idea bernas. pandai pulak tu. sering membatu dalam segenap hal. 

Boo
nak kata seorang yang happy-go-lucky pun boleh. seorang yang mudah juga untuk bekerja bersama. sedia membantu apa yang termampu. penyeri bila dia petik gitar je macam wow. #peminat

Ming
Kamilah, sehebat namanya sehebat itu jua orangnya. paling peramah. paling sweet. yang paling-paling tu semua dia lah. cekap, pantas dan suka kata "ni yang nak marah ni." tapi reda dan teruskan hari-hari dengan sempurna. 

Daqiqi
seorang yang soleh katanya hah namun  keceriaannya tu kadang-kadang pelik kadang-kadang lawak. entah, hayati terhibur je selalu tengok gelagat semua orang.

Solehah
seorang yang tersangatlah sibuk sampai demam-demam dibuatnya. cakap je negara mana dia tak pergi volunteer lagi. heh. lantang bersuara dan berpandangan jauh.

Solihin
seorang yang terlalu tinggi bahan bacaannya. laju betul pindah dari satu buku ke satu buku yang lain. seorang yang lantang bersuara dan cita-citanya besar. bijak dan tiptop laksanakan kerjanya.

Kakten
teratur budi bicaranya. lembut dan menyenangkan. yang membuka jalan untuk menyertai keluarga ini, kakak ni lah. terima kasih kakten sebab bagi kepercayaan.

Izzati
yang sanggup menggalas tugas tatkala fadz terbang ke oman. suka gelak. yang berusaha sedaya upaya untuk menggalas tugas yang diberikan dengan sebaiknya. 

hayat, syatun, jiha, syeedah & kakpah

gegadis ine serta presiden baru
nurullah, shafiqah, syaqira, aisyah, fatin, amira rohim, amira kamis, syiqin, jiha, kakpah,syatun, syeedah, kak dayah, ayuuu, kak fakhriah dan aziz
terima kasih semuaaaaaa!
 "kami yakin hal-hal ini akan menjadi kenang-kenangan dalam hidup kita semua."
rujuk warkah buat mereka haha. semorang dah dapat sorang satu.

buat Nurullah yang meneruskan legasi dan buat Aziz yang meneraju tenure seterusnya serta Aisyatun yang memegang dakwah, all the best and i do believe korang boleh bagi yang terbaik. 

lastly,

*bunyi dram*

Fahmi
seorang yang idea mencurah-curah ke ladang gandum. penuh sastera. ketua, kawan, tempat mengadu kena marah, tukang positifkan hari-hari yang negatif, yang selalu ada. gelabah bila dia ni nak bertanding src. kena kerja sorang-sorang ke lepas ni? 
sebab tu jadi kental sekejap, berlari-lari selesaikan hal-hal admin sendiri supaya dia ni tak terasa susah sebab hal yang lebih besar dia kena fikir. untuk segalanya terima kasih mi.
semoga berjaya dalam src #StandAsOne pulak!

presiden, src, no one & asst head ine

dua ribu lima belas
terima kasih. padanya ada cinta. padanya ada segenap rasa yang lama tersimpan. 
untuk janji yang tak terlaksana di tahun 2015, maafkanlah. izinkan punya keberanian sebelum melangkah.
sekian, tak pernah tak sayang.

#pray4ummah

Tuesday, December 29, 2015

seni ozledim




Saturated fat? Ewww...


Cheese is good and delicious too. 

It is a type of saturated fat that becomes solid in room temperature. This type of fat always being in a myth of getting heart attack! The arteries are clogged by it. 

In fact, this is so wrong! 

Actually, the cause of clogged in the arteries is the trans-fat not the saturated fat. Moreover, we need saturated fat for healthy brain function.

grrrrrr
Takdelah. Mana ada rindu sains. 

----------

*Testing and Assessment Class*

Variance, coefficient, mean, variable, difficulty index....

Mana ada kita rindu matematik !

----------

"Ja, i love you, i miss you dalam bahasa turki apa?"
"Senin seviyorum. i love you."


hmm, kita tak rindu awak jugakla naja

----------


seni ozledim - i miss you

haah, rindu semuanya~
bai 

Saturday, November 28, 2015

masih fikir


"kenapa dah lama tak tulis blog?"
"eh ada dua eh dekat draft."
"macamlah orang boleh baca kalau save as draft." ngomelnya sendiri.
"dia tu yang lama tak tulis."
"heheh"
"delete je lah blog tu."
"wow."

*thinking*
delete blog?

-------

beberapa minggu kemudian...
masih fikir, delete blog tu macam mana?

Thursday, October 15, 2015

Cinta kita


"Akak, teman Nisa' simpan ni dekat atas."
"Bolehh. Jom."

Terubat, itu yang aku boleh kata. Sementalahan hari yang penuh kesibukan, aku hentikan seketika untuk memberi kelapangan buat diri untuk jiwa untuk jadi lebih kuat.

------

Kami bertujuh bercadang untuk keluar makan-makan, jalan-jalan. Hanya untuk satu tujuan iaitu keakraban. Seawal masuk ke dalam kereta, aku mendengar luahan hati betapa sedihnya mereka kehilangan kawan yang bersama-sama dalam persatuan ini. 

Berkaca mata berjiwa tenang, Najihah. Berlesung pipit bersungguh-sungguh, Najla Fathi. Kecik molek penyeri suasana, Anis Syahirah. Berasal Sabah manis budinya, Shakira. Bergaya indah tegak pendirian, Sabarina. Berteman lama berhati baik, Saidah Nailah.

Pagi-pagi lagi aku bersiap sedia, jam sepuluh sudah mahu gerak. Sempat menyinggah ke Fellow Room, bayar yuran untuk majlis etika nanti. Sempat juga membantu para MRC; Aqilah, Alia dan Hasya serta Dayah  mempersiapkan diri untuk ke program Gen Z nanti.

Menuju ke Nu Sentral, sudah siap-siap aku fikirkan untuk membeli barang keperluan buat anak-anak Keramat. Kami menuju ke satu kedai makan Korea. Entah apa namanya, dan rasa dia ala-ala maggi kari yang berharga RM18 semangkuk. Haha. 

Sedang mereka menuju ke Aidijuma, aku melangkah bersendirian ke MPH Bookstore. Membahagiakan betul perasaan kaki melangkah tu. Rasa nak terbang! Cehh, hiperbola sangat. Dipendekkan cerita, gembira sebab dapat meluangkan sedikit masa bersama mereka yang selalu berkumpul tanpa aku. 

Sesampainya di UIA, cita-cita nak edit sikit kertas kerja Hamka tu, tapi letih punya pasal, terlelap sampai jam 7. huhu.

Bangun-bangun nak kena fikir hal lainnya. Hal yang membahagiakan 2.0 iaitu Keramat time! Siap-siap, jam 7.50 dah bersedia. Hihi. Semangatnyaaaaaa. 

Dari Mahallah Safiyyah bertemankan Timah dan Nurin, bertemu Fahmi di Tangga Besaq meninggalkan Ruby sendirian, menuju ke Mahallah Asma' menjemput si manis Fadhlin Rifqah, pertama kali bertentang empat mata. 

Rifqah comel! 

Tersenyum sepanjang masa sehingga tiba di muka pintu, "Kakak!" Jeritan yang membahagiakan. Hati berbunga-bunga bukan kepalang. Senyuman tak lekang. Rasa nak peluk setiap seorang. 

Gadis-gadis kecil masih lagi di tingkat atas, ada yang sudah tidur masih bertelekung. Ada yang main belon. Ada yang duduk bersandar. Ada yang tersenyum. Ada yang berkumpul.

"Awalnya dah tidur." - Kak Yati 
"Diorang demam." - Khaulah 
"Ehh.. Marihah pun?" tanya aku sambil melihat Marihah yang sedang tidur. 
"Takk, Marihah tak demam." - Zamilah
"Siapa yang demam?" - Kak Yati
"Shikin, Athiah dengan ..." - Insyirah
"Kejut. Bawak tidur dalam." - Kak Timah

Marihah pun terbangun dari tidur sambil tersenyum. Bersalaman dan hangat badannya. Cepat sembuhlah semua. Sobs. Kakak tak kuat tengok awak-awak tak sihat.

"Kakak, kite ada kerja sekolah. Susah." - Marihah. 
"Okay jom buat, tengok." 
"Nah." 
"Tunai.. Kredit.. Prabayar..aaaaaa, tak pandai akaunnn."
"Ini contoh soalan KSSR Darjah 6 tahun depan kak." terang Marihah lagi. 
"Nanti kita turun, abang Fahmi pandai akaun." 
"Jom."

Syuhada, membaca. 
"Cantik, hodoh. Besar, pendek." - Syuhada 
"Hoi, besar kecil lah." - Marihah 
"Syuhada baca sini meh. Cantik, beautiful." 
"Bi.. yu.. ti.. ful.. biyu.. tiful.."
"Pandai."
Nisa berkeliaran, berjalan. Anak kecil ini yang aku tegur waktu pertama kali dia tiba di sini. Pandai orangnya. Ujian Diagnostik yang dijalankan menunjukkan Nisa sudah pandai membaca seawal 5 tahun lagi. Bersama dengannya sepanjang waktu sehingga dia sudah terbiasa dengan kehadiran kami. Setahun berlalu, Nisa sudah pandai membawa diri menyantuni yang lain.

"Akak, teman Nisa' simpan ni dekat atas." 
"Bolehh. Jom."
"Hihi, bersepah sikit." Nisa' membuka almari bajunya.
Kelihatan sekeping gambar seorang anak kecil bersama ibunya, jelas tertera tulisan di tepi kiri bingkai gambar, "Mama sayang Nisa".

"Wahh, ni siapa?" terlanjur aku menuturkan kata, terlupa menjaga hati si kecil ini.
"Tiada siapa. Kakak nak gula-gula?" 
"Nak!" maaf Nisa'.
Di bawah, masih lagi mereka berempat menyantuni anak-anak ini. Fahmi memerah kepala memikirkan pembelajaran yang telah hampir 5 tahun ditinggalkan. Fatimah pula dengan riang tawanya melihat Fatimah Junior melukis rumah serta awan biru di langit. Nurin pula dengan cekal melayan kerenah anak-anak lelaki serta anak-anak perempuan yang lainnya. Rifqah pula memeluk dua anak-anak di sisinya. 

------

Terima kasih untuk kasih sayang yang terbagi. Terima kasih untuk bekal di malam hari, sedap! Gembira. Alhamdulillah.

#pray4ummah

 

Thursday, July 9, 2015

Memapah waktu

3 Julai
Jumaat

Buat Muhammad,

Malam jadi muram saat aku hilang tujuan. Tiada kesibukan yang memapah untuk aku melewati waktu. Aku jadi kaku dengan waktu.

Saat berdiam, aku jadi tersentak dengan apa yang berlaku. Aku jadi laju menekan aksara di papan. Mungkin sahaja itu salah satu ciri aku di saat kegusaran. Mencari Dia di saat aku tak mampu menunaikan dua rakaat solat itu umpama kedinginan antartika yang menyucuk tulang-belulang. Aku jadi kaku dengan waktu.

Muhammad, satu hari nanti ingin benar aku berceloteh di hadapanmu. Menceritakan segala hal yang berlaku dalam dunia aku. Serakan warna yang bercampur aduk tanpa tujuan. Sekali lagi tujuan. Aku jadi kaku dengan waktu.

Hari itu, aku bertemankan Aminah menunjukkan jalan kepada dua orang sister yang mahu ke Kulliyyah of ICT tetapi sesat ke Kulliyah of Education. Sebenarnya KICT itu sangat jauh nun di atas bukit. Namun, kami berdua tetap menghantar mereka sehinggalah tiba ke blok E-18. Ternyata kelas mereka telah bermula. Bahasa Inggeris.

Ceritanya, aku meluahkan rasa kepada Aminah.

“Sebenarnya Min, hayati tiada sebab yang kukuh pun untuk berada di sini. Ambil semester pendek ini. Kalau lihat sahabat-sahabat lain, mereka punya niat dan tujuan masing-masing, nak perbaiki pointer, nak kurangkan subjek semester akan datang, terpaksa ambil dan lain-lain.” Jelas aku.

“Dan sebenarnya Min, aku cuma mahu bertemu Ramadhan, Ramadhan di sini. Dari jauh lagi dahulu aku perhatikan Ramadhan di sini melalui media sosial. Ternyata aku jatuh cinta padanya lebih dari segalanya.” Bicara hati aku Muhammad. Hanya di hati tersimpan.

Tetapi aku selalu kaku dengan waktu di saat semua pergi. Aku jadi sendiri dengan diri sendiri. Sama ada syaitan ada mahupun tidak, aku tahu aku salah. Wujudkah jalan untuk aku Muhammad?

Ternyata Muhammad, aku takut untuk berdoa kepada Yang Esa. Walaupun aku tahu Dia Maha Mendengar tapi akal ini melawan dengan hujah bahawasanya doa itu tidak akan dimakbulkan kerana dosa yang aku lakukan. Walaupun aku tahu Dia Maha Menyembuhkan, tapi akal ini melawan dengan hujah bahawasanya sesuatu itu tidak akan berubah melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Walaupun aku tahu Dia Maha Pengampun setelah aku berbuat keingkaran tapi akal ini melawan dengan hujah bahawasanya azab-Nya pedih dan perit sekali.

Dan akhirnya aku menangis Muhammad. Ke mana harusku bawa diri ini?

Ceritakanlah kepada aku Muhammad, bagaimana secekal itu jiwamu. Menongkah segala apa  yang terjadi di sekelilingmu. Bawa daku dengan indah senyum mu meniti cahaya agar bisa aku terokai dunia dengan indahnya untuk hidup kali kedua di sana.


Semoga waktu itu mampu diisi dengan sebaiknya hayat.

Salam Ramadhan #22

Sampai nanti,
Hayati

#pray4ummah

Thursday, July 2, 2015

Kerana Surat-surat dari Maninjau



14 Jun 2015
Ahad

Ke hadapan yang dikasihi Muhammad,

Isi surat ini sudah lama aku tuliskan, bertulis tangan ketika perjalanan kerana hati sungguh benar ingin untuk menulis kala itu. Langsir aku selak menampakkan pemandangan di luar sana, tak lepas aku memandang langit yang tidak cerah. 

Pagi itu, hujan lebat bersama angin kencang yang menerbangkan dedaunan. Ayah menghidupkan enjin kereta saga lamanya, mahu menghantar adik ke sekolah. Saat itu aku jadi teringat akan Ayah yang menghantar aku ke sekolah menengah dahulu.

"Sampai bila Yu nak hantar pergi sekolah?"

Sudah hampir 5 tahun aku meninggalkan sekolah, namun Ayah, masih setia menghantar anaknya setiap pagi ke sekolah. Semoga Allah merahmatimu Ayah.

Pagi itu juga, di hadapan cermin aku mengenakan shawl adik perempuanku, Nurain. Setelah siap dililit, tiba-tiba pintu bilik dikuak oleh abang, mahu bersalaman.

"Aku nak pergi belajar ni." kata abang.

Kau tahu Muhammad, aku tersenyum senang menghantarnya ke muka pintu utama rumah sambil shawl masih terlilit di kepala. Hujan di luar seakan tidak menunjukkan sebarang isyarat pun mahu reda. Shawl aku diterbangkan oleh angin, terbuai-buai. Aku meneliti abangku yang mengenakan kaos kaki. Abang sudah punya kumis di antara hidung dan bibirnya, dibiarkan lebat pada usia 24 tahun ini. Saling tak tumpah rautnya seperti abang sulungku.

Tidak lama kemudian, sahabatnya dua orang tiba membawa proton wira berwarna merah hati. Aku menutup pintu mengiringi kepergiannya dan melihat jam di dinding, 7:20 pagi. Sudah boleh bersiap-siap barangkali. Kedengaran kereta Ayah pulang dan aku yang masih terkial-kial membawa tuala untuk ke bilik mandi ditegur oleh Ayah.

"Bangun Yuuu, kata nak balik."

Jadi teringat perbualan tempoh hari bersama Ayah, "Balik sekejap sekadar menjengah rumah sahaja Yu?"

Aku tersenyum lalu menjawab, "Nanti Ayu balik lagi ya Ayah."

Anak dara ambil benar waktu untuk bersiap, jam bakal berlepasnya bas 8:15 pagi. Emak mula menjenguk, "Sarapan dulu Yu. Mak belikan nasi lemak, lontong kering dengan ayam goreng tu." 

Mendengarkan itu, aku lantas menarik tangan Emak, "Jom." Terlihat air kopi susu terhidang di atas meja, biasanya air sebegini milik Ayah. 

"Boleh minum ke ni Mak?"
"Boleh. Tu cawan mak dah letak."

Sekecil-kecil kasih sayang itu, dah buat seorang Hayati terharu di awal pagi. Disuapnya ia lontong kering sambil menahan rasa. Emak makan nasi lemak, diberinya aku ayam goreng untuk dimakan bersama lontong kering. Sedapnya Ya Allah. Ayah yang baru mengambil tempat bersama hanya menjamah ayam goreng yang Mak patahkan bahagian kepak tadi. Aku tersenyum di dalam hati, mensyukuri nikmat terbesar Tuhan yang aku punya saat ini, yang tidak diperolehi mereka.

"Eh, pokok tipu ni hiduplah!" kata aku apabila pokok tiruan ala-ala di i-City menyala lampunya di pagi hari. 
"Kenapa hidup siang-siang ni?" tanya aku lagi.
"Automatik ni. Ada pengesan. Kan hujan ni, gelap." kata Ayah.

Betul, hujan di luar tingkap kereta Ayah terus mencurah laju. Titisan airnya besar-besar mengena cermin hadapan kereta. Sudah 8:05 pagi. Ayah terus memecut hingga ke tempat letak bas gara-gara hujan yang sangat hebat curahannya.

Sewaktu bersalaman, Emak mengirimkan salam buat kakak yang menetap di Shah Alam. Aku mengiyakan tanda menurut. Ayah pula, "Kirim salam anak-anak yatim tu."

Entah kenapa, sebak juga mendengarnya.

Begitulah Muhammad cerita aku saat itu. Menuju Kota Kelip-Kelip. Esok, aku utuskan lagi surat buat kau ya. Sama ada kau baca atau tidak, tidak mengapa. Niatku hanya ingin bercerita dalam persuratan seperti Surat-surat dari Maninjau yang sangat menyentuh hati dengan cinta penuh keberanian.

Sampai nanti,
Hayati.

#surat-suratbuatMuhammad
#mybiggestwishtoseeyouoneday
#pray4ummah

Wednesday, July 1, 2015

حين


membaca Surat-surat dari Maninjau sejak awal
aku ingin juga yang seperti itu
saling membalas surat menggunakan bahasa lama 
tapi terikat indah lentoknya

garapan hal-hal kecil
mahu; semahunya juga dibuai rasa 
seperti membaca surat-surat dari Maninjau

aku jadi rindu dengan penulisan halus seperti itu
mahu saja dipejamkan mata merasainya
jadi ketagihan tak mungkin dipisahkan

dalam waktu hin
aku rindukan seorang bidadari 
sama ada realiti atau fantasi atau imaginasi atau angan-angan
dan mungkin juga cita-cita

khayalan tak mungkin terjadi hayati
kalau langkahmu kau undurkan
keluhan rasa sang bidadari dari jauh
merinduimu tanpa henti
apa kau kira itu?

pengaruh Surat-surat dari Maninjau
bikin hati mati merusuh 
merusuh mahukan hati untuk hidup
sehijau kehidupan di daerah sana

----------

14 Ramadhan 1436
7 hari lagi~

Tuesday, June 2, 2015

Di Sebuah Lorong


Bagaimana nak mula ? 
Cerita apa ?

Pengalaman hidup semestinya mendewasakan setiap dari kita walaupun kadang-kadang tidak semua. Berdiri sekelompok dengan manusia berjiwa bantah dan memberontak, buat hasil didikan nurani patuh dan terima dalam diri goyah seketika. Teringat jelingan mata mak kepada kami semua, membuatkan kami adik-beradik duduk diam berbual bersama tanpa berlari sana-sini seperti anak kecil yang lain. 

Hidup kami di rumah itu, di sebuah lorong yang penuh kenangan. Saat mandi parit depan rumah, saat main banjir keliling rumah, saat main masak-masak di tepian, saat main kejar-kejar antara kami. Lorong itu, cuma ada 4 biji rumah. Itupun rumah sebelah, kami tak pandai berkawan kerana jarang-jarang anak-anak seumur kami pulang ke rumah datuknya di lorong itu. 

Pernah sekali, di pemisahan parit antara rumah kami dan rumah nombor 3, di situlah kami bertegur sapa dengan cucu-cucu jiran kami yang baru pulang dari Australia. Gelabah nak menyusun kata-kata, maklumlah orang putih tu!

"What is your name?"
"I'm Iki and this is Ika."
"Ohhhhh..."
Kami hanya melongo mendengar kefasihan mereka berbahasa Inggeris nak berbual seterusnya kena fikir ayat seterusnya yang belajar di sekolah untuk diaplikasikan ke dunia sebenar pula. Aduhh, kami hanya tersenyum memandang mereka dan mereka juga berbuat hal yang sama sehinggalah datuk mereka datang dan kata "Iki dengan Ika tahu cakap Melayu lah."

Persepsi, kecil-kecil lagi sudah punya persepsi begitu. Orang lain yang baru pulang dari luar negara, eh eh, kita pun mahu ikut-ikutan berbahasa antarabangsa. Sedangkan bahasa kita, kitalah yang perlu menuturkannya. 

Kisah di lorong itu banyak, sehinggalah suatu hari terlihat jiran kami dari rumah nombor 4 berlari pulang ke rumah dengan berbaju sekolah. "Mak! Mak! Rumah Cik Ani terbakar!"

Maka keluarlah penghuni kejiranan ini untuk memadamkan api di rumah Eli. Abang Eli, Fahmi namanya agak cuai menjerang air di dapur sehinggakan cerek itu menjadi kering dan menyebabkan kebakaran kecil. Begitulah resmi hidup berjiran, membantu sesama kita. 

Kisah rumah nombor 4 itu tak cukup lama, cerita Kak Long, Boboi, Saufi, Qori dan Tasha terhenti apabila ibu mereka meninggal dunia dan Pak Usop yang merupakan penyanyi Kopratasa tu harus bekerja di Kuala Lumpur, maka mereka semua pun berpindah ke sana. Hilang seri dan aura seni di lorong kami itu. Manakan tidak, rumah kayu nombor 4 yang dipenuhi lukisan Boboi dan peralatan rumah serba seni itu hari demi hari runtuh dek ketiadaan manusia yang menjaganya.

Rumah kita, perlu dijaga. 

Rumah nombor 1 tadi, rumah Cik Ani, Cik Mail, Rin, Dayah, Pami dan Eli. Sebuah rumah putih yang cukup indah bagi aku. Di luarnya penuh rimbunan pepohonan, bunga-bungaan dan juga tumbuhan dari spesis herba untuk masakan. Di dalamnya, segala peralatan tersusun rapi dan lantainya takkan pernah kau lihat carik-carik kertas atau bungkusan gula-gula yang berterbangan sana-sini. Kadang-kadang bebelan mak seharian di rumah apabila rumah bersepah buat aku garu kepala yang tidak gatal. 

"Cuba tengok rumah Eli tu, bersih je. Entah bila rumah ni nak berkemas agaknya ya. Bilik ni ha, entah kalau ular masuk pun tak tahu."
Percaya atau tidak, kami adik-beradik, Abang Hud, Kak Wa, Umi, Apis, Ayu, Ana, Ain dan Haiqal, masing-masing  punya kerenah tersendiri. Main lipat-lipat kertas menjadi kapal terbang, main lukis-lukis, baca buku letak sepah-sepah, tak teratur sungguh. Emak tidak melarang cuma kadang-kadang bila ada tetamu, Emak malu juga anak-anaknya tak pandai mengemas setelah bermain. Bila tetamu pulang, Emak pun sambung berleter lagi.

"Rumah kita kan Yu, tak kisahlah macam mana pun. Mak tak kisah anak-anak mak nak main, orang lain pulak yang sakit mata tengokkan. Bukan dia yang mengemas."
Maaf mak, anak-anak mak begini. 

Sekarang lorong ini, punya 4 buah rumah kembali. "Let's go to the castle!", said Miza Zafirah. Ya, rumah baru bina tu ibarat istana buat seisi penghuni lorong, rumah barulah katakan, disusun pula dengan batu-bata yang berwarna asal tanpa dioles dengan warna yang lain seperti rumah nombor 2 yang seringkali bertukar warna saban tahun. Rumah kami lah tu. Hihi. 

Mungkin, lorong itu tak semeriah dulu zaman kami kecil. Lorong itu agak sunyi dari suara-suara anak-anak kecil. Masing-masing ada yang sudah berkahwin, bekerja dan ada juga yang sambung belajar. Tapi, keindahan dan kebersihan rumah nombor 1 tadi tak pernah berubah, sunyi sepi rumah nombor 3 tadi tak  pernah berubah dan tongkang pecah rumah nombor 2 tadi tak pernah berubah juga sampailah bebelan mak yang seterusnya.
 "Rumah kita ni memang tak pernah nak berkemas agaknya."
"Haha, agaknyalah mak," balas aku yang kini dah cukup besar untuk berjenaka dengan mak. 

Nanti rumah kita bagaimana pula? hihihi 

-------

Semoga mereka juga punya rumah dan menghidupkannya bak syurga terindah di dunia. Ameen
#pray4ummah

Saturday, May 2, 2015

Hari Cendawan Tiada dan Secebis Rasa


ikan dan aku ibarat ikan perlukan air, hah?
i want fish T-T

-------

ini kisah yang panjang dalam satu hari dan kemudiannya, semoga tabah membacanya

-------

cerita hari tu dan bila-bila juga, 
bila rasa sesat je mesti akan tuju ke satu tempat yang mendamaikan hati dan jiwa
hari itu Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM menjadi saksi
hati ini melepaskan rasa yang terbuku
rasa jatuh pedih perit sendiri semua terhambur keluar waktu tu

berbaju korporat bertudung merah jambu
tak gah nak melangkah sejak pagi, tak mampu nak tersenyum pada sang awan
tak mampu nak pandang langit menyapa sang matahari

dari pagi terus-terus edit slide power point tu
semoga berjaya hayati, dari minggu lepas, cuak betul nak present 
padahal berlalu je presentation lain, yang satu ini tak tahulah kenapa

dua hari sebelum Ustaz kata Hayati mu'allimah mumtazah
tapi untuk presentation hari ni, down betul rasa

hari tu, sejuk bagi aku
sejak bertemu air pada waktu subuh kemudian melangkah ke kelas curriculum
kenapa sejuk sangat ni, terus melangkah ke kelas UNGS
dalam kelas ni pun lagi sejukkk aduhh

entah macam mana terlelap, sedar-sedar je satu kelas dah gelak
garu kepala yang tak gatal sambil kata sorry kat lecturer
nak rasa malu pun entahlah takde rasa sampailah tiba lecturer kata, 
"MasyaAllah this is civilization, you can sleep even in the first row. its okay, there always be ups and downs"
malu. 

jiwa tak tenteram sungguh hari tu, habis kelas terus cepat-cepat ke lab 
kawan ajak berlatih untuk presentation nanti
sejuk mak aihhhh kenapa ni hayat
jarang betul berlatih untuk presentation, tapi untuk subjek ni sanggup berlatih
banyak betul usaha untuk presentation ni rasa
dengan haritu buat sampai tido pukul 430
sambung edit lagi sampai rasa jemu tengok slide lepastu tukar semua background siap

bila waktu tiba, present dengan rasa paling tak best sepanjang sem ni
tapi buat gaya macam biasa je lah
semua orang ohh faham macam tu
bila tiba waktu madam komen tu, aduhhh rasa nak luruh segala isi hati
soalan dilontar tanpa ada back up sama sekali
jawab ikut rasa hati selama mana buat presentation tu
"marah ni" ayat yang betul2 buat tersentap kat depan tu

terus diam, nak senyum pun kelat dah rasa
tengok semua orang, berdiri sorang2 kat depan, arghhhh
mohon tabah hayati

duduk kat belakang, senyum kat kawan
terus tabah, habis kelas tu cari alasan konon-konon nak jumpa orang
padahal kaki laju menapak ke masjid tingkat 3
tak larat dah rasa, tak larat dah

sampai je atas tu, duduk terus nangis
dengan masalah lainnya lagi, menambah-nambah rasa di hati
nangis sepuasnya, Ya Allah ampunkanlah...

jam dah hampir asar, turun ambil wuduk
waktu turun tangga ada makcik kat situ, makcik tu tengok
cuba senyum tapi nampak sangat muka baru lepas nangis
panas muka waktu tu, boleh ke pergi kelas jam 5 nanti ni
silap-silap semua orang tahu hayati nangis

bersama saf yang lainnya, asar haritu rasa bahagia bila menghadap
Yang Tak Pernah Tiada untuk hamba-Nya

nak kuat kena nangis sikit, kemudian alhamdulillah kelas sorof petang tu boleh gelak-gelak

dan hari jumaatnya 
baca kisah mereka pula, nangis lagi

hari ni, emak.. rindu..
aaa sedih tak balik, huwaaa nangis lagi

bila cendawan dah habis kat kafe tadi, balik bilik makan nasi goreng tomyam sambil call mak
"mak, nak balik.."
"haa kenapa tak balik semalam?"
"... mak buat apa?"

perghhh, nak je nangis kat mak, tapi malu. nangis sambil taip kat sini, hihi.

-------

"awak beruntung hayati, tak semua orang boleh menangis." -M

Friday, April 10, 2015

Suatu Ketika Saat Lapar





                Si kecil berjalan keluar dari perkarangan bangunan sekolah ke hujung jalan sana berjumpa pagar yang memisahkan sekolah dengan alam realiti kehidupan. Langkah kecilnya terhenti tatkala bertemu dengan ibu sahabatnya, Izzudin. 

                “Hayati, sihat?”
                “Hihi, sihat.”
                “Makcik nak tengok buku sekolah awak boleh?”

                Hayati pun bergegas membuka zip beg galasnya sambil mengeluarkan semua buku tulis yang ada. Genggaman kecil tapak tangannya seakan tak mampu memegang buku-buku itu, lantas dicapai oeh ibu sahabatnya. 

                “Cantik tulisan Hayati.” Puji ibu Izzudin.
             “Makcik nak pinjam bawa balik buku awak boleh Hayati? Izzudin ni makcik pun tak tahu kerja sekolah dia buat ke tidak.” Kata ibu Izzudin setelah beberapa ketika membelek buku-buku tersebut.
                “Boleh.” Jawab si kecil itu ringkas sambil berlari-lari kecil menuju kepada ayahnya yang sedari tadi tunggu kepulangannya dari sekolah agama.

*****
                         Susunan  meja dan kerusi membentuk segi empat tepat, berhadapan secara dua. Kira-kira teknik pembelajaran secara koordinatif dijalankan. Lukisan-lukisan menjadi seni hiasan di dinding kelas, huruf-huruf abc menjadi latar, kalimah-kalimah suci menjadi pendinding di hadapan kelas. Wajah sultan dan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu gah di tampal. 

                         Sunyi kelas bertukar riuh dengan kehadiran kanak-kanak kecil yang begitu bersemangat untuk mengenal dunia. Tak pernah henti bertanya kenapa dan kenapa. Lincah berlari sana-sini menunjukkan kekreatifan masing-masing mencipta bola dari kertas, mencipta permainan dari pemadam, mencipta keindahan dalam kenakalan.

                         Si kecil ini melihat sahabatnya Zahrin, menyakatnya dengan mengambil botol airnya. Si kecil ini seakan-akan mahu menangis kerana di sakat oleh sahabatnya itu. Zahrin berlari riang di tengah padang sambil mengejek kepada Hayati.

                         “Wek, tak dapat tak dapat.” Ejek Zahrin kepada Hayati.
                         “Tidak mengapa Hayati, aku pergi ambilkan.” Kata sahabat baik Zahrin, Syazwan.

                         Berkejaranlah Zahrin dan Syazwan di tengah padang sambil diperhati oleh Hayati yang setia berdiam diri di pintu kelas. Si kecil ini hanya berharap emak tidak memarahinya kerana pulang nanti tanpa botol air tersebut. Tiba-tiba, seperti kisah Nabi Yusuf a.s yang teukir indah di dalam al-Quran al-Karim, baju sekolah Zahrin rabak ditarik oleh Syazwan dari belakang akibat kejadian kejar-mengejar itu.

                         Botol air dipulangkan oleh Syazwan sambil Zahrin berlari pusing ke belakang bangunan sekolah sambil menangis. Jeritan kuat kedengaran dari belakang sekolah. 

                         “Syazwan! Syazwan!! Mari sini aku nak ajarkan sikit.”

                         Hayati melihat dari sudut tingkap, ibu Zahrin memarahi Syazwan kerana telah mengoyakkan baju Zahrin. Malangnya rumah Zahrin betul-betul di belakang rumah. Teruk Syazwan dimarahi. Hayati betul-betul rasa bersalah. 

                         Bagai superhero turun dari kayangan, itu perumpamaan buat Syazwan ketika itu. Terima kasih sahabat, akan aku ingat sehingga ke akhirnya. Pergaduhan cara apapun di kala kecil hujungnya berteman semula. Tiada dendam sekelumit kecil pun.

*****
rindunya


#pray4ummah