Tuesday, July 30, 2013

Rabbi zidni 'ilma

Terkadang saat menulis di sini...
Menulis yang bukan-bukan di sini...
Dunia sedang meminta bantuan...
Kemelut berterusan...
Gejala pemusnah bermaharajalela...
Manusia semakin hilang perikemanusiaannya...
Alam musnah dek kerakusan...
Nyawa melayang bagai luruhnya dedaunan...
Penindasan dan ketamakan menjadi perkara biasa...
Penipuan dan pembohongan berterusan hebatnya...

Dunia...
Semakin kejam...


Terkadang saat menulis di sini...
Menulis yang bukan2 di sini...
Para cendekiawan telah sepuluh bahkan ratusan bahkan ribuan langkah ke hadapan...
Para pemikir memikir dengan kritis segalanya dalam pelbagai bidang...
Mencungkil punca permasalahan untuk mencipta solusinya...
Para agamawan yang berusaha keras memberi pemahaman dan memberitahukan kebenaran...
Mendorong sesama mereka mencipta kemenangan...
Agar dunia yang lebih baik tercipta...
Dengan izin-Nya...


Terkadang saat menulis di sini...
Menulis yang bukan2 di sini...
Aku tak pandai berfikiran kritis seperti mereka...
Apatah lagi mencari solusinya...
Ilmu agama saja bagai manusia kelemasan...
Tercungap-cungap mencari sumber udara...
Aku akan terus membaca walau tak faham mana...
Kadang2 berkerut juga, sakit otak aku mencari imejnya...
Tapi tiada dalam simpanan...
Jelas terpampang ceteknya pembacaan...
Ohhh, aku mula risau...
Tatkala dunia menjerit kesakitan...
Aku ketawa kegembiraan...
Sayangnya aku tidak merasai kesakitan dunia...
Selsema batuk sedikit sahaja aku mengeluh...
Apakah benar mencintai ummah ini?
Diam...



Terkadang saat menulis di sini...
Menulis yang bukan2 di sini...
Mulalah teringatkan penulisan2 insan2 hebat zaman ini...
Allah...
Aku tak faham...
Pelbagai perkataan aku tak pernah tahu ertinya...
Ini apa ni? 
Hmmm... Mampukah aku memahami erti kesakitan dunia?
Diktator tirani sahaja aku dah tak tahu suatu ketika dahulu...
Menggaru kepala saat diberi penjelasan...
Pembacaan diteruskan...
Walaupun kurang faham atau memang tak faham...
Ada waktu lapang nanti, aku belek semula penulisan2 tersebut...
Semoga Allah merahmati mereka...
Allahumma ameen......


Rabbi zidni 'ilman nafi'a warzuqni fahman wasi'a

Bulan dipagari Bintang

Cuba mencapai sebiji mentol yang  wayarnya tepat menuju soket. Aliran elektrik telah pun dimatikan takut2 terkena renjatan elektrik pulak nanti, terpacak rambut. Heheh. Entah bagaimana, kaifa, how, cengkaman tangannya bagai tidak berdaya. Tiba2 mentol tersebut pecah gara2 terlepas dari tangan. "Allah" Itu je mampu ucap, lepas tersedar satu saat terus panggil mak.

"Emak! Sorry. Accidentally..."
"Eh, macam mana Yu? Terlanggar apa?"
"..."

----------

"Hah, dah pandai dah?" kata kakwa.
"Hewhew.. Bolehlah kot ni."
"Tengok tu, ada hangus jugak karang"
"Baik!"

Beberapa hari ni aku kerjanya tolong kakak aku tu buat biskut raya je. Haha. =.= tak payah nak gelak sangatlah kan.

Penat kot tolong mencetak dan membakar nih. Lagi2 petang tadi, biskut tu leceh betullah. Perlukan kesabaran yang tinggi. Nasib baiklah aku ni penyabar orangnya. Kahkah. Sorang2 kat dapur tuh macam err macam ayu lah. Hehehe.

Malam sebelumnya, aku yang sangat hyper pada waktu malam compare dengan waktu siang, sanggup bersengkang mata nih. Eceyhh. Padahal, memang bukan waktu tidur. Haha. Kadang2 malas nak layan diri sendiri. Hahaha. Opps, banyak ketawa. ._.

Okay, nak kata lah ni, tangan gua sudah penat setelah sebulan dimanjakan tup tup buat kerja tak henti2. Abang gua mintak tolong sambung cat pun gua tak sempat nak tolong. Ikutkan hati  semua orng dalam rumah ni malas nak cat rumah, almaklumlah dah macam lukisan graviti kat dinding tepi sungai area Pasar Seni tu haa hasil tangan Miza, Marini, Irdina. Fewhhh. Tapi kakak gua mintak tolong, sorrylah abang. Hihi. Susah jadi adik yang  baik ni. Wakaka.

Mak kata jaga biskut tuh, hangus nanti kena marah. Haha. Kakak gua memang garang, nasib baik gua ni tak simpan dalam hati, senyum je manjang. Mencari ruang untuk semua orang gelak sama. Takmolah tension2. Kata puasa. Ehem2. Kenalah fasobrun jamil.

Agaknya aku ni terkesan betul dengan kata2 Encik Marwan, katanya, bulan ni jangan pendam kata2 penting, contoh, aku sayang kau! Heh. Jadinya, even aku garang sikit dengan anak2 buah aku, tapi aku tetap hari2 cakap kat dyorang, "I love u Miza! I love u adik! Miza, do you love cik ayu?" dan dia jawab no =.= okay fine.

Haha. Makcik dyorang ni tak sihat agaknya kata dyorang. Entah aku yang perasan lebih atau apa, Marini Zahra atau 'adik' dah tak garang sangat dah dengan aku. Wahhh. Macam berjaya je teknik aku ni. Boleh teruskan gini. Hihi. Takpe kot kalau aku macam tepuk tangan sebelah pihak je kat sini. Bahaha. Eh, kenapa ayat aku macam bukan2 je ni? Bertepuk sebelah tanganlah! Ahaha.

Sebenarnyakan, masa malam tolong kakak aku tapi dia dah masuk tidur, haha, haiqal, aku dengan mak tak tidur lagi. Kesian kat mak. Nasib baik anak dia yang sorang ni macam gembira, cerita pasal kawan2, siap tolong haiqal buat pendidikan seni lagi. Buat kad raya yang ketiga -.-

Kali ketiga, buat cun sikit. Yang kali kedua, termelayu terakhir sangat, berpantun bagai dalam tu haa. Kali pertama, erk, hodoh sikit. Hahha. So, segala teknik seni aku pertaruhkan dalam kad yang ketiga tuh. Lepas balik tarawih tadi, Haiqal cakap...

"Yu, teman buat kerja sekolah."

Dia kata lagi, "Kawan aku suruh buatkan bintang dengan lampu pelita yang kau buatkan aku semalam."

Aku macam nak gelak guling2 sebab aku main bantai je buat tuh. Rupa2nya berseni jugak aku nih. Barulah student arts gitu. Kihkih. Dan, jeng jeng jeng! Kad ketiga tu Cikgu Seni bagi A+ kott! Awesome! Hewhew.

----------

Setelah sekian lama tak dapat Hadith2 berkaitan Ramadhan, alhamdulillah, Allah masih izinkan untuk dapat yang seterusnya. Waktu dapat tu pun tengah sibuk mencetak biskut raya tu haa. Hehe. Semestinya bahagia dapat tulis yang seterusnya dalam diari Ramadhan yang dah tak tersentuh dek sibuk yang memanjang.

Gua menghendap ayah kat meja dia mengaji al-Quran. Allah. Sentap gua. Lagi sikit je nak habis. T-T termotivasi sebentar. Jom istiqamah terus baca al-Quran! Semangat Hayat Semangat! Hehe.

Hadith tu berkenaan Lailatul Qadr dan Qiyamullail Rasulullah saw. Malam ni malam ganjilkan? Itulah pesanan baginda saw. Carilah malam seribu bulan padanya. Allah.

21 Ramadhan 1434 hijrah.
Lagi sekali ingat ye hayat. "Manusia yang baik itu ialah yang panjang umurnya dan yang banyak amalannya." :))

-----------

Adapun ia tidak terucap dek kata2, hanya di hati ia tersembunyi, semoga sampai kepada Yang Maha Besar di atas Arasy-Nya yang agung. Lantas dimakbulkan. Allahumma ameen.

#challengeBeforeEnteringGombak
#fighting!

#careOfUmmah
#pray4ummah

Saturday, July 20, 2013

11-09-34H

Hai hai hai !
Lama dah pendam ni nak menulis. Ekeke.

Panahan Ramadhan kali ini, alhamdulillah.
10 hari dah Allah izinkan kite bersahur, berpuasa dan berbuka dengan jayanya! Wuhuuu! Hihi.

11malam dah Allah izinkan kite untuk solat tarawih same2. Di masjid, pelbagai ragamnya, ada yang mengagumkan, memeningkan, mengecewakan, menggembirakan, menceriakan dan macam2 lagi.

-------

Entah malam ke berape, Miza Zafirah ikut Papa dia ke masjid. Memandangkan Emak dan aku pergi agak awal jadinya tak sedar bilanya Abg Zaki dgn Miza sampai. Tahu2 je Miza dah mengaji sama dengan Tok Imam. Saat tu sedang di rakaat pertama solat sunat tarawih, kanak2 lelaki yang tak tahan gelak,, terus tergelak sakan. Nasib baik iman aku kuat lagi waktu tu. Mihihi.

Selesai solat, Emak dah gelabah jugaklah sebab cucu dia buat bising satu masjid saat suara Tok Imam dan kipas sahaja yang kedengaran. Aku di sebelah mak, hanya mampu tersenyum je. Makcik2 kampung yang kenal Miza, dah toleh2 belakang "cucu kau ye, blablabla". Aku senyum je, Miza! Comel sangat! Love u, muah2. Tapi Miza cuma mengaji sekali 2rakaat tu je, sampai 6rakaat seterusnya, Miza solat dengan tekun cuma sujud terlebih panjang kata Abg Zaki. Mihihi.

Awal malam2 tarawih, ramai sangat kanak2 lelaki, ada yang waktu mengaminkan al-Fatihah dengan semangat waja, ada yang kanak2 sekolah rendah selalu ke belakang masjid untuk cari makanan, hihi, ada kanak2 yang lebih kecil, tapak kakinya kedengaran berlari sana sini riang gembira. Tak pernah dengar ada yang menangis. Hmm, tapikan, ada segelintir makcik2 ni yang tak tahan mungkin dengan perangai kanak2, habis semua kena marah. "kalau nak main, bukan kat sini, balik sana!". Aduhhh. Aku tak suka.

Kesannya ibu ayah nenek yang membawa anak2 atau cucu ni boleh terasa hati. Ada satu malam, aku toleh ke saf belakang, eh, ade budak lelaki comel dalam 2/3 tahun sedang duduk sambil buat muka mengantuk tapi comel sebelah mak dia. Tiba2, makcik sebelah aku cakap kat mak dia, suruh dia tidur. Rupanya, tu nenek dia. Balik rumah baru aku tahu bila mak cerita, nenek dia ambik dia lepas budak2 tu kena marah. Allah, kesian kat budak kecik tu. Dahlah comel je tidur kat situ. Hmm...

Malam ke sepuluh, sementara tunggu azan isya', aku tadarrus sikit sebelah mak macam biasa dengan al-Quran biru kesayangan. Baca surah al-Kahf je memandangkan malam Jumaat. Ada makcik sorang ni, suka betul borak dengan aku tapi aku selalu terkedu sekejap lepastu tak faham soalan. Haha. Asyik salah jawab je. -.- segan. Hah, makcik tu tengok aku mengaji, dia tegur "Ya Allah, nampak ke tulisan ni haa? Kecik sangat ni." Tiba2 mak pulak yg menjawab, "alahh, muda lagi mata cerah lagi." dan aku, :) senyum je mampu. (typical me). Yg buat aku tersentap bila makcik tu kata, "ohh, dah hafal ea semua?" Gulpp. Tersengih-sengih tersipu malu aku kat situ sambil kate "tak makcik, belum. InsyaAllah nanti, hehe" segan lagi sekali. T-T

Malam ke sebelas aku dan Haiqal berjaya bergerak ke masjid lebih cepat daripada Emak. We are the champion! Hahaha. Macam biasa tadarrus sekejap menanti Isya', tiba2 kedengaran dengan jelas suara seorang lelaki mengalunkan kalamullah. MasyaAllah, Subhanallah. Terdiam dan meremang bulu roma dengar bacaan beliau. MasyaAllah. Tertib dan firm. Awesome! Terrific!

Tak tahu siapa, makcik2 kat pihak perempuan ni pun mulalah terhendap-hendap nak tengok siapa. Anak muda kata mereka. "Allahu Akbar"... Ohh, mengimamkan solat rupanya. Anak muda tersebut memanggil kanak2 lelaki untuk solat berjemaah di satu sudut masjid. Mengagumkan. Then, sambung tadarrus. Gua lupe pulak nak tanye Haiqal, siapakah gerangan anak muda tersebut. Nak mintak Haiqal jadikan beliau contoh tauladan. ;) tapi sayangnya jumlah kanak2 lelaki yang hadir semakin berkurangan, sedih jugak. Hilang kemeriahan. Tak tahu apa tanggapan kanak2 tentang masjid. Tempat solat Jumaat je kot. Nanti aku interview Haiqal. Hihi.

------

Dapat berita menarik, after raya nanti Kak Marjan insyaAllah dapat baby. Ok, toing2! nak lompat2 rase. Ehehe. Allah, jagakan dia :D

Okay, buat sahabat2 yang dapat majoring Political Science lah Fiqh wal Usul lah apa2lah, insyaAllah jumpa di Gombak. Rindu dah tebal sangat dah ni. Hihi. Takmo sedih sangat tak sama mahallah. T-T sobs. Walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat. Haha.

------

Jumpa lagi `hayat terindah sepuluh hari lagi, 21 Ramadhan nanti. Eh, birthday kite! Perghh, umur ikut kalendar hijrah ni setahun ke depan berbanding masihi. Teringat waktu berbuka kat rumah sahabat baik, Fatin, hai Fatin! ;)

"Mak aku puji kau, maken cantik Yati sekarang." Fatin whatsapp aku.
Okay watlek watcool. Waktu gua baca ni gua tersentap sekejap, ish. Hmm, aku harap sangat iman aku secantik apa yang mak dia nampak kat aku. Serious. Sebab tu aku tak komen pape waktu tu, kan tin? Nervous tunggu Ramadhan tak hilang lagi walaupun dah dlm bulan indah ni. :3 imann. Allah.

-------

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا

#pray4ummah

Tuesday, July 9, 2013

Sebelum 9 September

Tarikh 9 September 2012 menyaksikan kami 502 crew semua pergi Zoo Negara. Kenangan di sana yang sudahpun dipahat di sini. Rindu kuda padi tu! Comelnye.

Sebelum pergi ke zoo tersebut, plan A kami nak pergi rumah anak2 yatim di Melaka. Alkisah pun bermula :)

Aku, Amaleina, Afiqah, Mimi, Zureen, Syida, Idayuni, Sharif dan Furqan berpecah kepada dua kumpulan. Aku, Amaleina dan Mimi beserta Sharif bergerak ke Muar. Yang lain terus ke Melaka. Kenapa berpecah?

Sebabnya, nak guna dua buah kereta :) Memandangkan yang menuju ke Muar tu 4 orang, jadinya tiket bas tu sebelah2. Amal duduk dgn Mimi. Aduhh, macam mane ni? Sharif dgn aku dah pening dah, macam mane? Huh, nasiblah dalam bas tu Sharif gi duduk tempat lain. Aku pun memandang ke luar jendela melihat panorama, hewhew~

Sesampainya di Muar, kami naik kereta saga putih baru yang dibawa oleh Ayah Sharif. Bandar Muar ni agak sesak, aku macam suffocated sekejap walaupun duduk dalam kereta je, pasang aircond pulak tu. Kepala dah berkerut dah tengok sekeliling. ~.~ kami tumpang solat sekejap kat rumah Sharif. Mak Sharif relax je tengah buat biskut raya. Kami dapat bawak bekal, almaklumlah waktu tu Ramadhan.

Lepastu kami pun naik kereta saga putih tu vroOOM ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Vroom tu kena nampak bombastik sikit sebab Sharif bawak kereta, OMG! Tapi best macam roller coaster. Muahahaha. Sama je macam ayah aku. So tak kisah mana.

Berbeza dengan Furqan, smooth and steady je bawak kereta. Tengok orang pun tahu gaya bawak kereta macam mana, tengok gaya bawak kereta pun tahu orangnya macam mana. Hiks. ;) pertemuan kami semua di negeri Melaka aku tak ingat kat mana, yang penting depan supermarket.

Yang lawaknya, kami dari Muar sampai dulu baru yg berada di Melaka ni sampai. Nampak tak cemane Sharif bawak kereta? Hahaha. Awesome! Lepastu kami pun pergi Rumah Anak2 Yatim tersebut untuk meninjau keadaan di sana sebelum buat kerja2 amal nanti. Sayangnya sekali tu je kami dapat pergi situ sebab kami cancel Plan A dan laksanakan Plan B iaitu pergi Zoo Negara! :D

Sesudah meninjau keadaan, bersalam-salaman dengan adik2, kami pun gerak menuju ke rumah Furqan, nak bukak puasa dah kan. Sesampai di sana, Sharif pun gerak balik rumah. So, kitorang berlapan perempuan dekat rumah Furqan.

Masa kat rumah Furqan, aku perhati je rumah tu. Otak aku pun ligat memberi informasi yang bukan2. Rumah ni nampak sunyi je tapi ada hati2 yang sangat akrab kat sini. Hihi. Idayuni budak Kedah. Peramah sungguh! Pandai dia bercakap dengan Nenek Furqan. Kagum aku! Yelahh, last time ada nenek masa birthday aku form2 dulu. Takde skill dah. Tapi aku gelak je tengok Ida. Bagusnya Ida ni, hati aku cakap.

Kami tolong2 lah jugak kat dapur tapi Mak Furqan tak bagi. Tetamu agaknya, jadi kami duduk tengok tv je -.- Mak Furqan ni pendiam je, macam Furqan. Lepastu, buka time! Bismillah! Tapikannnnn, ktorang je kat situ. Mana family Furqan? Pemalu semua. Akhirnya Mak Furqan eh silaplah Mama Furqan join kitorang makan sekali. Furqan entah hilang ke mana. Kat dapur kot.

Settle makan makanan yang sedap tu, Mama Furqan bekalkan kitorang nasik dengan lauk tu untuk bersahur nanti. Emm, kitorang duduk dekat rumah ape eak nama dia? Macam sewa jugak kot. So Furqan drive malam2 tu ke sana.

Nak dijadikan cerita, dah sampai, angkat barang bagai, pintu kereta pun di tutup. Kami masuklah rumah tu, errrr tiba2 dapat tahu kunci kereta dalam kereta, locked. Allahhhh. Risau pulak. Dahlah penat drive sana sini, kereta pulak terkunci dari dalam.

Aku perhati je Furqan ni. Dia tak marah ke? Tadi dia dah makan ke belum sebenarnya? Nak air tak? Furqan okay? Perghh, risau beb. Dia telefon Ayah dia, En. Suhaimi. Tenang je cakap. Aku dah terfikir, Ya Allah menyusahkan je rase dah ni. T-T rasa bersalah walaupun bukan aku yg tutup pintu kereta driver tu. Akhirnya, Ayah Furqan sampai dan Furqan pun balik tanpa sikit pun tunjuk riak marah. Kagum dah ni. Tadi kagum dengan Ida. Bagus sahabat2 aku ni. Berperibadi mulia :))

Esoknya kami pun balik CFS semula naik bas melalui Melaka Sentral. Sebelum balik, aku jalan2 sekejap dalam tu dan beli cincin satu. Eh eh, aku selalu pakai kat tudunglah. Aku kan pemalas sikit. Hihi. Tapi mane entah cincin tu dah hilang. :3

-----------

Hadirnya Ramadhan ni, teringat Ramadhan lepas. Berpuasa di CFS rupanya bersama sahabat handai. Tahun ni berpuasa sepenuhnya di rumah insyaAllah. Malam ni dah terawih. Yay! Eli balik! Terawih same2. :DD

Sahabat2 502! Selamat berpuasa. Bak kata sahabat aku, selamat berpuasa dengan ihsan. InsyaAllah. Okaylah, sampai sini je cerita. Lama dah tak cerita macam ni. Hewhew.

Ramadhan kareem! ^^ emm, few minutes before ramadhan, kenape nervous semacam ni. Tunggu ramadhan macam tunggu rombongan lelaki sampai je rase. :3 sebenarnye, Allah bagi aku peluang lagi ke ni? Allahu...

#pray4ummah

Monday, July 8, 2013

Kalak 2.0

Tengah duduk2 di petang hari, tiba2 kakwa cakap kat mak.

"semakin hitamlah si Awal tu keje menukang ni ha."

Awal ni anak ketua kampung. Baik budaknya. Em, macam adik-beradik dia yang lain, dia pun hafiz juga. Tinggi dah budak ni. Dulu kecik je. Rasanya dia pun dah habis hafaz 30 juzuk al-Quran sama macam kakak dia yg sulong, Syairah.

Sambung cerita, mak pulak berkata..

"Haah, tapi yang peliknya si Kalak tu pergi laut lah menukang lah apelah tak pulak semakin hitam. Putihh je"

Aku pun baru perasan, Kalak ni putih je, terdetik dalam hati, hah cahaya keimanan neh. (padahal dia memang cerah pun) haha!

"Kalak ni sebaya dengan ayu agaknya takpun atas dia. Yang penting bawah apis. Mak tak dengar sangat masa dia cerita haritu."

Okay2, gua reflek semula. Kalak ni selalu kerja dengan ayah, pergi laut, masak, menukang dan sebagainya. Ikut sumber yang sohih (ayah), Kalak ni rajin pergi masjid, subuh pun.

Aku pun bertanya dengan cepat dekat mak yg sedang rancak berborak dengan Kakwa.

"Haritu mak kate dia baru lepas SPM? Dia bawah kitelah macam tu." aku mendapatkan kepastian.

"Eh, ye? Ohh, bawah Ayu atas Ana lah macam tu."

Huk alohh mak neh. Baru gua terfikir nak cakap kat ayah untuk masuk minang dia. Kwang3. Menurut pembacaan di twitter, by budaktomato, nak carik menantu kena carik yg kat masjid g solat subuh. Haa, menepatilah tu.. >.<

-------------

Janganlah salah sangka, aku bukan betul2 pun kate nak masuk minang dia. Nak yg rajin macam dia. Rajin bekerja untuk dunia dan akhirat.

Semoga Allah rahmati mereka berdua (Kalak dan Awal). :))

#pray4ummah

Saturday, July 6, 2013

Untuk dia, hei !

Percaya atau tak, penghuni tanah paling selatan dekat Malaysia ni merangkap penghujung paling selatan Benua Asia, dah menjejakkan kaki ke negeri lahirnya ilmuan2, huffaz, pemikir2 dan makanan sedap2. Muehehe. Oh Kelantan! Will we meet again? Hewhew.

Tapi harini, belum ada hati nak menulis kenangan berada di Kelantan. Kerana tak mampu nak terjemah rasa tu kepada perkataan.
Nak cerita baliknya dari negeri tersebut.

Pada suatu hari, ketika subuh masih lagi pada waktunya, belum tanda untuk syuruk lagi, kitorang tiba di station Putra. Erkk. Cerita ape ni? -.-

-----------

Emmm, aku ade dua org kwn yg tak suka betul org yg nak cite dia g kedai tapi dok cite jumpe kucing tepi jalan, menyapa burung berterbanganlah
ape lah, last2 nak kate g kedai je. Hihi.

Aku jenis tak kisah je, cilok mane pun org tu cerita aku dengar je, seronok dengar org bercerita ni. Tapi part kena komunikasi dua hala tu i'm a failure. Yay! Macam manelah nak berkata-kata dgn mak mertua ni. Eh. Ahaha. Poyo je.

-----------

Sendirian di rumah Umie, mcm2 yang aku fikirkan. Macam mana ye dakwah tu nak sampai kat hati manusia? Hebatnya para daei, menyentuh hati2 manusia ni. Kemudian, segalanya berpaksikan, kita ni hamba yang berusaha, natijahnya Allah jugalah yg memegang hati2 manusia ni, yang mampu membolak-balikkan hati manusia.

Kadang2 aku perhatikan, mendakwah manusia yg kita tak kenal tu lagi mudah daripada mendakwah mereka yg terdekat. Apatah lg kakak kita, abang kita, adik kita. Allah...

Cita2 aku tinggi sebenarnya. Hihi. Aku nak betul dakwah pada adik-beradik aku sendiri. Tapi, aku kurang skill berkata-kata, memberi hujah seutuhnya. Aku selalu gagal. Jadi, aku tak mampu nak jd macam mereka2 yg petah berkata-kata.

Oleh itu, aku ambil sekeping kertas dan sebatang pen. Aku menulis di atasnya. (skema dah skema dah). Haha. Nak kate aku bersyair pun boleh la kot atas tu. Konon2 kertas tu boleh keluarkan bunyi mcm bukak kad raya yg ade bunyi2 tu. Haha. Dush2! Hayati neh.

Back to the story, 26 Jun 2013 menyaksikan, aku yang sendirian kat rumah Umie tu mulalah menulis bait2 syair tu. Lepastu aku letakkan sekali zikir Hasbi Rabbi kat situ. Sebenarnya terkesan dengan kata2 nak bawak hati2 manusia ni, kena bawak mereka dekat dengan Allah dulu bukannya terus kata tu haram ni tak boleh eh eh eh salah tu ! Ehehe.

Dan mengetahui kelemahan hati mereka itu lagi penting untuk jadi kekuatan dalam strategi kita. Cewwahhhh.

Tapikan, aku pun tak baik mane. Proses ubah diri ni susah betullah. Kate nak ke syurga, tapi... Masih lagi banyak sangat yg kurang, yang ditinggal, yang dilupakan, yang sengaja malas buat. Huh, nak stabil tu Allah je yg tahuuu.

Ada satu pagi dalam 4.40 ++ macam tu, aku yg tengah tidur ni senang terjaga. Hatta org sentuh satu jari je pun aku dah terbangun. Lagilah kalau bunyi phone, tet tet tet tet. . Aku pun bukaklah, tengok Umie yg message.

"Yu, ada sehelai kertas entah dari mana jatuh"

Akhirnya, Umie jumpe kertas tu. Nak kaitkan yg masa kat Kelantan, aku tulis "Umie, hehe. Love u" atas pasir, sent kat dia. Dia punye appreciate tuh, facebook dia post gambo tu, lepastu jadikan cover picture pulak. Tak cukup dengan tu, s3 mini tu wallpaper pun letak gambo tu. Haha.

Jadinya, proses penerimaan dia akan jadi lebih bermakna bila kita tunjukkan yg kite syg dia, lepastu kite nak dia meningkatkan kualiti hidup dia dengan dekatkan diri pada Pencipta kite. Dia akan faham, kite buat semua tu sbb kite syg dia. Haa, macam tulah. Hihik.

Dia tanye pepagi tuhh, "Yu org yg banyak dosa ni banyak masalah ea"

Recheck diri sebentar. Hmm.

Aku simpulkan, masalah tu sebenarnya ujian yg Allah datangkan untuk kite kembali ingat Dia. Beruntunglah bagi yg sedar nikmat ujian tu. Yg penting, la yukallifullahu nafsan illa wus'aha.

Ahah! Jarum berjaya disuntik. Aku harap ubat tu merebak ke seluruh jasad dan meresap ke dalam jiwa. Sesekali, kena ingatkan lagi. Terus dan terus.

Attoriq ila ramadhan, aku harap bukan aku sorang2 yg nak usaha lebih, tapi orang yg dekat sangat dengan aku jugak. InsyaAllah. Allahu yassir wa la tu'assir. Ameen.

-----------

Di Kelantan.
Candy! Eh. Haha.

#pray4ummah
#please

Wednesday, July 3, 2013

Bila cinta

Seharian di rumah menjadi anak yang berkepit 24 jam dengan ibunya, ehem, yang bercerita pelbagai ragam sahabat-sahabatnya, ehe, yang menyampaikan ilmu sedikit yang terperoleh di mana2, yang setia mendengar luahan hati seorang ibu, yang berusaha menenangkan walaupun kurang skillnya, yang menjadikan aku seseorang yang berfikiran lebih jauh dalam  sesuatu hal.

Masih terkesan dengan penceritaan Takdir2. Bagaimana Aizan Fahmi berusaha keras untuk membalas jasa ibunya namun takkan mampu dibalas walau sekali nafasnya ditarik saat menghamili atau melahirkan kita. Aku tenung wajah Mak lama2. *pahala free, pahala free* hee.

Mencuri masa yang ada dengan membaca novel karya Hilal Asyraf, VT. Awesome sangat cerita ni, ibarat dah jadi fans beliau semula, hewhew~ novel berwarna oren itu dibawa ke mana2 hatta menjaga Muhammad Zafri sekalipun yang berjinak-jinak mahu merangkak dan duduk. Yang sesaat terleka, confirm terjatuh. Hati kena keras sikit bila baby menangis ni T-T huuu~

Melayani kerenah Marini Zahra yang semakin menjadi-jadi kenakalannya. Satu perbualan dengan budak petah bercakap ni,

Me: Marini nampak phone acik tak?Marini: tak
Me: tadi adik mainkan? Adik letak mane?
Marini: adik dah buang.
Me: kat mane?
Marini: tuu, kat tingkap.
Me: *tersenyum* nanti adik nak main dah takde phone cik ayu cemane?
Marini: adik tak pandai mainlahh.
Me: *gelak* pandai betul menjawab

Begitulah seharian. Buat itu ini. Jaga yang besar yang sedang yang kecik. Carik phone tak jumpe, entah manelah budak2 ni bawak main. Tanya Miza Zafirah, jawapannya: "taklah, kakak tak main." Haa, adik punye kejelah ni. :3

Bila cinta tu, segalanya rasa ringan walaupun dipikul. Allah punya kuasa, penat macam mana pun, seorang ibu takkan sesekali duduk diam tanpa pekerjaan. Walaupun suri rumah, kerjanya tak henti2. Lepas satu, satu kerjanya. Tapi bila cinta, setiap hari perkara yang sama, takde pulak dia putus asa taknak masak untuk anak2. Jazahallahu khairal jazaa' warhamha waghfir laha. Ameen.

-------------

Adakala sebuah cinta itu melemahkan jiwa. Mematahkan harapan. Menyepikan hati. Menggelapkan minda. Ketahuilah, ada benarnya kita tersalah cinta.

Oh Tuhan tolonglah aku, hapuskan rasa cintaku~~~ errr, aku dengar lagu ni masa duduk seminggu kat rumah umie. Tengah2 dia bersiap nak pergi kerja, dia bukak lagu ni. Eh, aku takde lagu2 mcm tu, yang ada pun islamic version (nasyid).

Tapi…
Bila dengar nasyid macam tu, aku rasa macam jadi jelly atas piring. Lembik! Aku rasa, nasyid perlu ubah kot lagu2 tu, bukan aku nak pertikaikan cuma aku tak minatlah. Dengar nasyid yang ada selawat dalam tu lagi best rasenye. (cita rasa aku) rasa dia tak mcm jelly. Tapi macam berdiri depan laut, angin meniup sopan, terasa cinta tu. Ewahhh~ ehehe.. Rasa semangat nak bercinta dengan yang amat mencintai kita sebagai umatnya :D sollu 'alan nabiy.

Pinjam kata2 Akhi Hilal, kalau cinta mesti mahu sama2 ke syurga. ;)) like3. Hee.

Bila cinta, hati pasti tenang dan hati mesti tenteram. :) aku pernah rasa tak? Korang tak pernah ke? Aku pernah. Aku gerenti, korang pun. Cinta pada siapa? Tepuk dada tanya iman~ hihi.

*Imagine*
Kuntuman roses turun bak hujan tapi momentumnya bagai waktu diperlahankan. Sudah. Berhenti! Hapuskan semuanya. Berpijak di atas bumi yang semakin tua ni. Pandang langit, luasnya!!!!! Allahu akbar! Pegang azam! Mahu bercinta, cinta sampai ke syurga! Sambut cinta ibu ayah yang tiada ternilai, yang kasihnya hingga ke syurga FOR SURE!

Mak ayah! Love u!
Umieeeee, rindu kau dah! Jage diri!!!
Hayatiiiiiii !!!!! Syg ko jugak! Jaga iman, nak masuk syurga ni ^^
Ramadhan!!!! Will we meet again?

InsyaAllah.

#pray4ummah

Monday, July 1, 2013

The Road That Has Been Taken

Road to be the old one seems getting great after having some hard time to read even don't have feel to do it.

Feeling dizzy when reading in a vehicle moving seems not become obstacle anymore.

Novel "Takdir 2: Percaya yang Tidak Sirna", I finished reading it in almost a month after urging myself to read again. Officially 30June (yesterday). :3 *shoot my own head, too much time has been taken, pufff!* x.x

Starting to be with The Noble Book days and night, like those moments before. Heart feel totally in such a good mood everyday. Peaceful.

Form a schedule, emm, three exactly. Hee. Just to ensure everything is done orderly and nothing is left behind.

"Mahu jadi ulat buku ni, hehe" is one of the schedules. Each day must read a book. Like a checklist. No lying! Prohibited in Islam. If you write there e.g: 30/6 Takdir2, then it is a must that you've read that. Allah knows. :))

Road to Ramadhan (الطريق إلى رمضان) is another schedule. It is just the same as Taklifat made by certain 'circles', the aims and the objectives are the same, to prepare someone to be a better person day by day and become closer to Allah. Having a day with the way of Islam, the way of life.

No doubt, the schedule is a huge success. A very good helper to someone who are really in need like ME. Alhamdulillah.

I laughed once when putting myself with a schedule. And now, i'm laughing to myself for being such a fool human on that day. -.-

Oh yeah, another schedule. Memorising method. Four elements that has been memorised before will be recalled back. Everyday insyaAllah. Saturday, new ayah will be.

Sometimes it feels like i've been forced by myself. But.. I am heading myself to Paradise but i am acting not as one of them. Time is yet to come, but am i ready?

Allahu, i always fall. Feels no hope and empty inside. i am wrong. Too many fault. And You are my Lord, You create me, i am Your servant. i seek for Your protection from my own evil. Do forgive me. No one can forgive except You my Lord.

----------------

Allahu Rabbuna, God of earth and skies, dunya and akhirah, bless upon us in this month of Syaaban, and make us be in the month full of barakah, Ramadhan kareem. Allahumma ameen.

#pray4ummah