Tuesday, July 9, 2013

Sebelum 9 September

Tarikh 9 September 2012 menyaksikan kami 502 crew semua pergi Zoo Negara. Kenangan di sana yang sudahpun dipahat di sini. Rindu kuda padi tu! Comelnye.

Sebelum pergi ke zoo tersebut, plan A kami nak pergi rumah anak2 yatim di Melaka. Alkisah pun bermula :)

Aku, Amaleina, Afiqah, Mimi, Zureen, Syida, Idayuni, Sharif dan Furqan berpecah kepada dua kumpulan. Aku, Amaleina dan Mimi beserta Sharif bergerak ke Muar. Yang lain terus ke Melaka. Kenapa berpecah?

Sebabnya, nak guna dua buah kereta :) Memandangkan yang menuju ke Muar tu 4 orang, jadinya tiket bas tu sebelah2. Amal duduk dgn Mimi. Aduhh, macam mane ni? Sharif dgn aku dah pening dah, macam mane? Huh, nasiblah dalam bas tu Sharif gi duduk tempat lain. Aku pun memandang ke luar jendela melihat panorama, hewhew~

Sesampainya di Muar, kami naik kereta saga putih baru yang dibawa oleh Ayah Sharif. Bandar Muar ni agak sesak, aku macam suffocated sekejap walaupun duduk dalam kereta je, pasang aircond pulak tu. Kepala dah berkerut dah tengok sekeliling. ~.~ kami tumpang solat sekejap kat rumah Sharif. Mak Sharif relax je tengah buat biskut raya. Kami dapat bawak bekal, almaklumlah waktu tu Ramadhan.

Lepastu kami pun naik kereta saga putih tu vroOOM ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Vroom tu kena nampak bombastik sikit sebab Sharif bawak kereta, OMG! Tapi best macam roller coaster. Muahahaha. Sama je macam ayah aku. So tak kisah mana.

Berbeza dengan Furqan, smooth and steady je bawak kereta. Tengok orang pun tahu gaya bawak kereta macam mana, tengok gaya bawak kereta pun tahu orangnya macam mana. Hiks. ;) pertemuan kami semua di negeri Melaka aku tak ingat kat mana, yang penting depan supermarket.

Yang lawaknya, kami dari Muar sampai dulu baru yg berada di Melaka ni sampai. Nampak tak cemane Sharif bawak kereta? Hahaha. Awesome! Lepastu kami pun pergi Rumah Anak2 Yatim tersebut untuk meninjau keadaan di sana sebelum buat kerja2 amal nanti. Sayangnya sekali tu je kami dapat pergi situ sebab kami cancel Plan A dan laksanakan Plan B iaitu pergi Zoo Negara! :D

Sesudah meninjau keadaan, bersalam-salaman dengan adik2, kami pun gerak menuju ke rumah Furqan, nak bukak puasa dah kan. Sesampai di sana, Sharif pun gerak balik rumah. So, kitorang berlapan perempuan dekat rumah Furqan.

Masa kat rumah Furqan, aku perhati je rumah tu. Otak aku pun ligat memberi informasi yang bukan2. Rumah ni nampak sunyi je tapi ada hati2 yang sangat akrab kat sini. Hihi. Idayuni budak Kedah. Peramah sungguh! Pandai dia bercakap dengan Nenek Furqan. Kagum aku! Yelahh, last time ada nenek masa birthday aku form2 dulu. Takde skill dah. Tapi aku gelak je tengok Ida. Bagusnya Ida ni, hati aku cakap.

Kami tolong2 lah jugak kat dapur tapi Mak Furqan tak bagi. Tetamu agaknya, jadi kami duduk tengok tv je -.- Mak Furqan ni pendiam je, macam Furqan. Lepastu, buka time! Bismillah! Tapikannnnn, ktorang je kat situ. Mana family Furqan? Pemalu semua. Akhirnya Mak Furqan eh silaplah Mama Furqan join kitorang makan sekali. Furqan entah hilang ke mana. Kat dapur kot.

Settle makan makanan yang sedap tu, Mama Furqan bekalkan kitorang nasik dengan lauk tu untuk bersahur nanti. Emm, kitorang duduk dekat rumah ape eak nama dia? Macam sewa jugak kot. So Furqan drive malam2 tu ke sana.

Nak dijadikan cerita, dah sampai, angkat barang bagai, pintu kereta pun di tutup. Kami masuklah rumah tu, errrr tiba2 dapat tahu kunci kereta dalam kereta, locked. Allahhhh. Risau pulak. Dahlah penat drive sana sini, kereta pulak terkunci dari dalam.

Aku perhati je Furqan ni. Dia tak marah ke? Tadi dia dah makan ke belum sebenarnya? Nak air tak? Furqan okay? Perghh, risau beb. Dia telefon Ayah dia, En. Suhaimi. Tenang je cakap. Aku dah terfikir, Ya Allah menyusahkan je rase dah ni. T-T rasa bersalah walaupun bukan aku yg tutup pintu kereta driver tu. Akhirnya, Ayah Furqan sampai dan Furqan pun balik tanpa sikit pun tunjuk riak marah. Kagum dah ni. Tadi kagum dengan Ida. Bagus sahabat2 aku ni. Berperibadi mulia :))

Esoknya kami pun balik CFS semula naik bas melalui Melaka Sentral. Sebelum balik, aku jalan2 sekejap dalam tu dan beli cincin satu. Eh eh, aku selalu pakai kat tudunglah. Aku kan pemalas sikit. Hihi. Tapi mane entah cincin tu dah hilang. :3

-----------

Hadirnya Ramadhan ni, teringat Ramadhan lepas. Berpuasa di CFS rupanya bersama sahabat handai. Tahun ni berpuasa sepenuhnya di rumah insyaAllah. Malam ni dah terawih. Yay! Eli balik! Terawih same2. :DD

Sahabat2 502! Selamat berpuasa. Bak kata sahabat aku, selamat berpuasa dengan ihsan. InsyaAllah. Okaylah, sampai sini je cerita. Lama dah tak cerita macam ni. Hewhew.

Ramadhan kareem! ^^ emm, few minutes before ramadhan, kenape nervous semacam ni. Tunggu ramadhan macam tunggu rombongan lelaki sampai je rase. :3 sebenarnye, Allah bagi aku peluang lagi ke ni? Allahu...

#pray4ummah

No comments:

Post a Comment