Saturday, July 6, 2013

Untuk dia, hei !

Percaya atau tak, penghuni tanah paling selatan dekat Malaysia ni merangkap penghujung paling selatan Benua Asia, dah menjejakkan kaki ke negeri lahirnya ilmuan2, huffaz, pemikir2 dan makanan sedap2. Muehehe. Oh Kelantan! Will we meet again? Hewhew.

Tapi harini, belum ada hati nak menulis kenangan berada di Kelantan. Kerana tak mampu nak terjemah rasa tu kepada perkataan.
Nak cerita baliknya dari negeri tersebut.

Pada suatu hari, ketika subuh masih lagi pada waktunya, belum tanda untuk syuruk lagi, kitorang tiba di station Putra. Erkk. Cerita ape ni? -.-

-----------

Emmm, aku ade dua org kwn yg tak suka betul org yg nak cite dia g kedai tapi dok cite jumpe kucing tepi jalan, menyapa burung berterbanganlah
ape lah, last2 nak kate g kedai je. Hihi.

Aku jenis tak kisah je, cilok mane pun org tu cerita aku dengar je, seronok dengar org bercerita ni. Tapi part kena komunikasi dua hala tu i'm a failure. Yay! Macam manelah nak berkata-kata dgn mak mertua ni. Eh. Ahaha. Poyo je.

-----------

Sendirian di rumah Umie, mcm2 yang aku fikirkan. Macam mana ye dakwah tu nak sampai kat hati manusia? Hebatnya para daei, menyentuh hati2 manusia ni. Kemudian, segalanya berpaksikan, kita ni hamba yang berusaha, natijahnya Allah jugalah yg memegang hati2 manusia ni, yang mampu membolak-balikkan hati manusia.

Kadang2 aku perhatikan, mendakwah manusia yg kita tak kenal tu lagi mudah daripada mendakwah mereka yg terdekat. Apatah lg kakak kita, abang kita, adik kita. Allah...

Cita2 aku tinggi sebenarnya. Hihi. Aku nak betul dakwah pada adik-beradik aku sendiri. Tapi, aku kurang skill berkata-kata, memberi hujah seutuhnya. Aku selalu gagal. Jadi, aku tak mampu nak jd macam mereka2 yg petah berkata-kata.

Oleh itu, aku ambil sekeping kertas dan sebatang pen. Aku menulis di atasnya. (skema dah skema dah). Haha. Nak kate aku bersyair pun boleh la kot atas tu. Konon2 kertas tu boleh keluarkan bunyi mcm bukak kad raya yg ade bunyi2 tu. Haha. Dush2! Hayati neh.

Back to the story, 26 Jun 2013 menyaksikan, aku yang sendirian kat rumah Umie tu mulalah menulis bait2 syair tu. Lepastu aku letakkan sekali zikir Hasbi Rabbi kat situ. Sebenarnya terkesan dengan kata2 nak bawak hati2 manusia ni, kena bawak mereka dekat dengan Allah dulu bukannya terus kata tu haram ni tak boleh eh eh eh salah tu ! Ehehe.

Dan mengetahui kelemahan hati mereka itu lagi penting untuk jadi kekuatan dalam strategi kita. Cewwahhhh.

Tapikan, aku pun tak baik mane. Proses ubah diri ni susah betullah. Kate nak ke syurga, tapi... Masih lagi banyak sangat yg kurang, yang ditinggal, yang dilupakan, yang sengaja malas buat. Huh, nak stabil tu Allah je yg tahuuu.

Ada satu pagi dalam 4.40 ++ macam tu, aku yg tengah tidur ni senang terjaga. Hatta org sentuh satu jari je pun aku dah terbangun. Lagilah kalau bunyi phone, tet tet tet tet. . Aku pun bukaklah, tengok Umie yg message.

"Yu, ada sehelai kertas entah dari mana jatuh"

Akhirnya, Umie jumpe kertas tu. Nak kaitkan yg masa kat Kelantan, aku tulis "Umie, hehe. Love u" atas pasir, sent kat dia. Dia punye appreciate tuh, facebook dia post gambo tu, lepastu jadikan cover picture pulak. Tak cukup dengan tu, s3 mini tu wallpaper pun letak gambo tu. Haha.

Jadinya, proses penerimaan dia akan jadi lebih bermakna bila kita tunjukkan yg kite syg dia, lepastu kite nak dia meningkatkan kualiti hidup dia dengan dekatkan diri pada Pencipta kite. Dia akan faham, kite buat semua tu sbb kite syg dia. Haa, macam tulah. Hihik.

Dia tanye pepagi tuhh, "Yu org yg banyak dosa ni banyak masalah ea"

Recheck diri sebentar. Hmm.

Aku simpulkan, masalah tu sebenarnya ujian yg Allah datangkan untuk kite kembali ingat Dia. Beruntunglah bagi yg sedar nikmat ujian tu. Yg penting, la yukallifullahu nafsan illa wus'aha.

Ahah! Jarum berjaya disuntik. Aku harap ubat tu merebak ke seluruh jasad dan meresap ke dalam jiwa. Sesekali, kena ingatkan lagi. Terus dan terus.

Attoriq ila ramadhan, aku harap bukan aku sorang2 yg nak usaha lebih, tapi orang yg dekat sangat dengan aku jugak. InsyaAllah. Allahu yassir wa la tu'assir. Ameen.

-----------

Di Kelantan.
Candy! Eh. Haha.

#pray4ummah
#please

No comments:

Post a Comment