Wednesday, July 3, 2013

Bila cinta

Seharian di rumah menjadi anak yang berkepit 24 jam dengan ibunya, ehem, yang bercerita pelbagai ragam sahabat-sahabatnya, ehe, yang menyampaikan ilmu sedikit yang terperoleh di mana2, yang setia mendengar luahan hati seorang ibu, yang berusaha menenangkan walaupun kurang skillnya, yang menjadikan aku seseorang yang berfikiran lebih jauh dalam  sesuatu hal.

Masih terkesan dengan penceritaan Takdir2. Bagaimana Aizan Fahmi berusaha keras untuk membalas jasa ibunya namun takkan mampu dibalas walau sekali nafasnya ditarik saat menghamili atau melahirkan kita. Aku tenung wajah Mak lama2. *pahala free, pahala free* hee.

Mencuri masa yang ada dengan membaca novel karya Hilal Asyraf, VT. Awesome sangat cerita ni, ibarat dah jadi fans beliau semula, hewhew~ novel berwarna oren itu dibawa ke mana2 hatta menjaga Muhammad Zafri sekalipun yang berjinak-jinak mahu merangkak dan duduk. Yang sesaat terleka, confirm terjatuh. Hati kena keras sikit bila baby menangis ni T-T huuu~

Melayani kerenah Marini Zahra yang semakin menjadi-jadi kenakalannya. Satu perbualan dengan budak petah bercakap ni,

Me: Marini nampak phone acik tak?Marini: tak
Me: tadi adik mainkan? Adik letak mane?
Marini: adik dah buang.
Me: kat mane?
Marini: tuu, kat tingkap.
Me: *tersenyum* nanti adik nak main dah takde phone cik ayu cemane?
Marini: adik tak pandai mainlahh.
Me: *gelak* pandai betul menjawab

Begitulah seharian. Buat itu ini. Jaga yang besar yang sedang yang kecik. Carik phone tak jumpe, entah manelah budak2 ni bawak main. Tanya Miza Zafirah, jawapannya: "taklah, kakak tak main." Haa, adik punye kejelah ni. :3

Bila cinta tu, segalanya rasa ringan walaupun dipikul. Allah punya kuasa, penat macam mana pun, seorang ibu takkan sesekali duduk diam tanpa pekerjaan. Walaupun suri rumah, kerjanya tak henti2. Lepas satu, satu kerjanya. Tapi bila cinta, setiap hari perkara yang sama, takde pulak dia putus asa taknak masak untuk anak2. Jazahallahu khairal jazaa' warhamha waghfir laha. Ameen.

-------------

Adakala sebuah cinta itu melemahkan jiwa. Mematahkan harapan. Menyepikan hati. Menggelapkan minda. Ketahuilah, ada benarnya kita tersalah cinta.

Oh Tuhan tolonglah aku, hapuskan rasa cintaku~~~ errr, aku dengar lagu ni masa duduk seminggu kat rumah umie. Tengah2 dia bersiap nak pergi kerja, dia bukak lagu ni. Eh, aku takde lagu2 mcm tu, yang ada pun islamic version (nasyid).

Tapi…
Bila dengar nasyid macam tu, aku rasa macam jadi jelly atas piring. Lembik! Aku rasa, nasyid perlu ubah kot lagu2 tu, bukan aku nak pertikaikan cuma aku tak minatlah. Dengar nasyid yang ada selawat dalam tu lagi best rasenye. (cita rasa aku) rasa dia tak mcm jelly. Tapi macam berdiri depan laut, angin meniup sopan, terasa cinta tu. Ewahhh~ ehehe.. Rasa semangat nak bercinta dengan yang amat mencintai kita sebagai umatnya :D sollu 'alan nabiy.

Pinjam kata2 Akhi Hilal, kalau cinta mesti mahu sama2 ke syurga. ;)) like3. Hee.

Bila cinta, hati pasti tenang dan hati mesti tenteram. :) aku pernah rasa tak? Korang tak pernah ke? Aku pernah. Aku gerenti, korang pun. Cinta pada siapa? Tepuk dada tanya iman~ hihi.

*Imagine*
Kuntuman roses turun bak hujan tapi momentumnya bagai waktu diperlahankan. Sudah. Berhenti! Hapuskan semuanya. Berpijak di atas bumi yang semakin tua ni. Pandang langit, luasnya!!!!! Allahu akbar! Pegang azam! Mahu bercinta, cinta sampai ke syurga! Sambut cinta ibu ayah yang tiada ternilai, yang kasihnya hingga ke syurga FOR SURE!

Mak ayah! Love u!
Umieeeee, rindu kau dah! Jage diri!!!
Hayatiiiiiii !!!!! Syg ko jugak! Jaga iman, nak masuk syurga ni ^^
Ramadhan!!!! Will we meet again?

InsyaAllah.

#pray4ummah

No comments:

Post a Comment