Hai hai hai !
Lama dah pendam ni nak menulis. Ekeke.
Panahan Ramadhan kali ini, alhamdulillah.
10 hari dah Allah izinkan kite bersahur, berpuasa dan berbuka dengan jayanya! Wuhuuu! Hihi.
11malam dah Allah izinkan kite untuk solat tarawih same2. Di masjid, pelbagai ragamnya, ada yang mengagumkan, memeningkan, mengecewakan, menggembirakan, menceriakan dan macam2 lagi.
-------
Entah malam ke berape, Miza Zafirah ikut Papa dia ke masjid. Memandangkan Emak dan aku pergi agak awal jadinya tak sedar bilanya Abg Zaki dgn Miza sampai. Tahu2 je Miza dah mengaji sama dengan Tok Imam. Saat tu sedang di rakaat pertama solat sunat tarawih, kanak2 lelaki yang tak tahan gelak,, terus tergelak sakan. Nasib baik iman aku kuat lagi waktu tu. Mihihi.
Selesai solat, Emak dah gelabah jugaklah sebab cucu dia buat bising satu masjid saat suara Tok Imam dan kipas sahaja yang kedengaran. Aku di sebelah mak, hanya mampu tersenyum je. Makcik2 kampung yang kenal Miza, dah toleh2 belakang "cucu kau ye, blablabla". Aku senyum je, Miza! Comel sangat! Love u, muah2. Tapi Miza cuma mengaji sekali 2rakaat tu je, sampai 6rakaat seterusnya, Miza solat dengan tekun cuma sujud terlebih panjang kata Abg Zaki. Mihihi.
Awal malam2 tarawih, ramai sangat kanak2 lelaki, ada yang waktu mengaminkan al-Fatihah dengan semangat waja, ada yang kanak2 sekolah rendah selalu ke belakang masjid untuk cari makanan, hihi, ada kanak2 yang lebih kecil, tapak kakinya kedengaran berlari sana sini riang gembira. Tak pernah dengar ada yang menangis. Hmm, tapikan, ada segelintir makcik2 ni yang tak tahan mungkin dengan perangai kanak2, habis semua kena marah. "kalau nak main, bukan kat sini, balik sana!". Aduhhh. Aku tak suka.
Kesannya ibu ayah nenek yang membawa anak2 atau cucu ni boleh terasa hati. Ada satu malam, aku toleh ke saf belakang, eh, ade budak lelaki comel dalam 2/3 tahun sedang duduk sambil buat muka mengantuk tapi comel sebelah mak dia. Tiba2, makcik sebelah aku cakap kat mak dia, suruh dia tidur. Rupanya, tu nenek dia. Balik rumah baru aku tahu bila mak cerita, nenek dia ambik dia lepas budak2 tu kena marah. Allah, kesian kat budak kecik tu. Dahlah comel je tidur kat situ. Hmm...
Malam ke sepuluh, sementara tunggu azan isya', aku tadarrus sikit sebelah mak macam biasa dengan al-Quran biru kesayangan. Baca surah al-Kahf je memandangkan malam Jumaat. Ada makcik sorang ni, suka betul borak dengan aku tapi aku selalu terkedu sekejap lepastu tak faham soalan. Haha. Asyik salah jawab je. -.- segan. Hah, makcik tu tengok aku mengaji, dia tegur "Ya Allah, nampak ke tulisan ni haa? Kecik sangat ni." Tiba2 mak pulak yg menjawab, "alahh, muda lagi mata cerah lagi." dan aku, :) senyum je mampu. (typical me). Yg buat aku tersentap bila makcik tu kata, "ohh, dah hafal ea semua?" Gulpp. Tersengih-sengih tersipu malu aku kat situ sambil kate "tak makcik, belum. InsyaAllah nanti, hehe" segan lagi sekali. T-T
Malam ke sebelas aku dan Haiqal berjaya bergerak ke masjid lebih cepat daripada Emak. We are the champion! Hahaha. Macam biasa tadarrus sekejap menanti Isya', tiba2 kedengaran dengan jelas suara seorang lelaki mengalunkan kalamullah. MasyaAllah, Subhanallah. Terdiam dan meremang bulu roma dengar bacaan beliau. MasyaAllah. Tertib dan firm. Awesome! Terrific!
Tak tahu siapa, makcik2 kat pihak perempuan ni pun mulalah terhendap-hendap nak tengok siapa. Anak muda kata mereka. "Allahu Akbar"... Ohh, mengimamkan solat rupanya. Anak muda tersebut memanggil kanak2 lelaki untuk solat berjemaah di satu sudut masjid. Mengagumkan. Then, sambung tadarrus. Gua lupe pulak nak tanye Haiqal, siapakah gerangan anak muda tersebut. Nak mintak Haiqal jadikan beliau contoh tauladan. ;) tapi sayangnya jumlah kanak2 lelaki yang hadir semakin berkurangan, sedih jugak. Hilang kemeriahan. Tak tahu apa tanggapan kanak2 tentang masjid. Tempat solat Jumaat je kot. Nanti aku interview Haiqal. Hihi.
------
Dapat berita menarik, after raya nanti Kak Marjan insyaAllah dapat baby. Ok, toing2! nak lompat2 rase. Ehehe. Allah, jagakan dia :D
Okay, buat sahabat2 yang dapat majoring Political Science lah Fiqh wal Usul lah apa2lah, insyaAllah jumpa di Gombak. Rindu dah tebal sangat dah ni. Hihi. Takmo sedih sangat tak sama mahallah. T-T sobs. Walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat. Haha.
------
Jumpa lagi `hayat terindah sepuluh hari lagi, 21 Ramadhan nanti. Eh, birthday kite! Perghh, umur ikut kalendar hijrah ni setahun ke depan berbanding masihi. Teringat waktu berbuka kat rumah sahabat baik, Fatin, hai Fatin! ;)
"Mak aku puji kau, maken cantik Yati sekarang." Fatin whatsapp aku.
Okay watlek watcool. Waktu gua baca ni gua tersentap sekejap, ish. Hmm, aku harap sangat iman aku secantik apa yang mak dia nampak kat aku. Serious. Sebab tu aku tak komen pape waktu tu, kan tin? Nervous tunggu Ramadhan tak hilang lagi walaupun dah dlm bulan indah ni. :3 imann. Allah.
-------
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا
#pray4ummah
No comments:
Post a Comment