Sunday, December 30, 2012

Hide and seek

Somewhere somehow, i started to forget the memories. Slowly but affect me. Seeking back all the pieces gone and put it back together in a nice folder head.

Someone told me to give you a chance to forget me from your life. Forget everything about me. Dimmer day by day, soon, it'll turn off by itself.

As i started to, it'll flow smoothly by chance maybe. Soon, you appear again and again. Only God knows how i feel when you come again. It's warm. I always feel you're around.

The day the conversation's on, i started to shiver because the world turn colder all of sudden. I'm not so sure what was happening that day but i feel reluctant to let you go from this life.

Eventhough you know nothing, there were so many things happened in my day. I keep thinking you're the one but it is impossible to do so because we are different. Our status are not the same.

You just don't know how much i thanked Him when you say a word to me again. You're totally someone i don't want to lose. The way we're right now, i hope we'll stay as I am not a kind of a strong girl that you can see. But as you can see I cannot hide everything inside myself to ensure everything is at its place. I'll tell you everything that happened.

I am a person who is easily dropping the tears. Just watching someone won a trophy, i feel touched and hearing his or her speech can make me cry. When someone say she or he wants to move to some other places, just go, don't show me you're bringing all your stuff away. I'll cry if you do that. If i just seeing someone at the airport to fly away, I cannot speak at all, all things keep inside and if they say bye2, the tears automatically falling down falling down. Drama.

Allah~ the eyes cannot stay longer. Too heavy to be opened. Poor eyes. The most exhausted organ everyday for those who can see the Lord's awesome creations.

Disconnected. zZZ

Saturday, December 29, 2012

Tak sengaje

Kadang2 kite akan terbuat kesilapan dengan tidak sengaja. Maafkanlah... :(

-------

Tempoh hari je, walaupun berada dekat dengan Miza, entah macam mane dia boleh jatuh kat pasaraya. Sungguh tak sengaja. Bila tengok sampai cedera berdarah semua, terasa sedih sebab tak jage betol2. :( anak orang pulak tu. Allah~

Semalam petang, berjalan mencari bunga-bungaan untuk dibuat bunga rampai. Ada Miza Zafirah, Nur Irdina dan Haiqal sekali. Sudah pesan pada Haiqal, tengok dyorang kejap. Ketika berjalan, tiba2 Miza datang sebelah kiri aku. Eh, tadi dengan Haiqal. Sampai je depan rumah, 'huwaaaaaa!' pusing je belakang, Irdina dah jatuh dah -_-" kemungkinan besar dia berlari selaju seekor kuda apabila melihat Miza dah ada dekat aku, tersilap langkah dan gedebuk jatuh. Allah~ berdarah tapak tangan, siku, lutut. Maaflah tak sengaja. Dah pesan dengan Haiqal tadi. Tapi, Haiqal kan. Salah aku sendiri tak jaga betul2. Dah menyusahkan ibu ayah dia dah.

-------

Isk isk. Kalau aku jatuh, ade orang nak angkat tak? :'( tapi, sungguh tak sengaja. Taknak sape2 cedera pun. Semoga semua sihat2 belaka. Ameen~

Thursday, December 27, 2012

Muka sama!

Setiap kali tengok tv, ada iklan lagu 'Satu Malaysia' mesti teringat pada seseorang. Walaupun perkenalan hanya beberapa hari sahaja, tapi wajahmu tak dapat ku lupa sehingga kini. Hehe. Afiq! Kenapelah muka same macam org yg menari tarian sarawak tu -_-"

Afiq yang sangat pandai berkata2 dalam bahasa arab, budak one-year pulak tuu, kagum neh. Apa khabar kat Jordan? *macam dia bace je. Tapi kat Jordan ke dah fly tempat lain? Entahlah. Semoga Allah mudahkan urusanmu di sana Adik Afiq. Walau kita sekelas untuk beberapa hari sahaja, pernah tersaing nak pergi kelas tapi tak bertegur 'malu' :p petah berkata2 dalam arab dengan ustaz, yg tahu syi'ar tu lambang, yg selalu pakai baju melayu warna hijau, hehe.. Semoga bahagia selalu, berjaya dunia akhirat. Allahumma ameen :))

----------

Emmm.. Itu je cerita Afiq. Hehe.
Mahu kata yang sekali aku kenal seseorang dalam hidup, aku tak boleh nak lupekan dia kecuali muka dia berubah. Aku tak tau pulak ade sorang kawan aku ne muka dia lain bebenor bila dah besar! Tapi aku ingat nama dia. Cuma terkejut yang tu dia. Hehe.

Pernah satu hari, tegur senior sekolah rendah  "Kak Aisyah!". Dia cakap "Ya Allah, kenapa muka macam budak2 ne?". O.o yeke? Haishh, mainan perasaan je tu.

Bila tegur cikgu sekolah rendah. "Eh dah besar dah Ana dengan Ain, eh, ke Yati yg tak membesar ne?" o.O cikgu neee~ yelahh, tinggi sy 153cm je sejak form3. Tak naik2 pun. Menggemuks adelah. Kihkih. Err, dah gemuk sangat dah ne -_-" asyik kena perli je kat rumah.

Besar ke kecik ke tinggi ke rendah ke comel ke cantik ke handsome ke macho ke hot ke cool ke, ape gaya sekalipun, sahabat2 makcik2 pakcik2 sepupu sepapat, insya-Allah diingati sampai akhir hayat. Semoga semuanya sihat selalu, dikurniakan nikmat dan rahmat yang melimpah, bahagia dunia akhirat. Ameen. ;)

---------

I really don't know how much i'll miss you guys. I just know i really miss all of you when i hear your voices yesterday night. May Allah ease your final journey for this semester, all the best for the exam. Study very well ^^ take care!

Tuesday, December 25, 2012

Alkisah

Ini jodohkah?
Hehe, gatai naa -_-"

---------

Tersebut alkisah dahulu kala, seorang jejaka merentasi samudera, melayari bahtera, berusaha menggapai sinar di seberang sana, bersama peneman setia.

O.o
Disini mempunyai belasan cahaya mata, akhirnya, satu dari kesebelasan ditakdirkan dipertemukan dengan ayahanda tercinta. Entah bagaimana kronologinya, tiba2 "eh, ayah ade kawan baru ke? Tak kenal pun nama ne."

Kalak. Seorang remaja berusia 17 tahun. Berkhidmat menjaga kambing di rumah Ketua Kampung yang akhirnya diajak oleh ayah untuk turun ke laut mencari rezeki bersama ^^

Jikalau ayah masak untuk orang kahwin, 1000orang, 2000orang makan, Kalak akan diajak bersama untuk turut membantu ayah. Sepanjang cuti ne, baru dua kali aku tengok dia. Sekali waktu dia ambil gaji harian setelah pergi ke laut bersama ayah. Kali kedua, waktu dia tolong ayah masak tempoh hari yang aku tak tolong apa pun. Tolong sediakan air je -_-"

Tadi, mak suruh top-up kan nombor ayah, nak telefon Kalak. Nak ajak pergi laut. Baru telefon dah angkat dah. Cepat sungguh budak neh angkat. Hehe. Mak cerita daripada ayah yang telah bercerita kepada mak, Kalak ne rajin mengaji budaknya. Subuh pun jemaah kat masjid. Kalau jaga kambing tu, nanti dia mengajilah. Tapi kalau takde orang beli kambingnya, takdelah duit poket. Ikut ayah pergi laut adalah duit hari2. Pergi pagi, tengahari dah balik. Hasil jualan udang, ikan nanti, ayah beri wang padanya.

Aku tak tahu pulak umur dia muda sangat. Ingatkan jodoh tadi. Haha. Siap tanya, "dia dah kahwin ke mak?" ish3. Rupanya baru lepas SPM -_-" Lawaklah pagi2 ne. Apapun, aku salute sangat pada kawan baru ayah ne. Sanggup bekerja apa pun asalkan halal. Patuh pada agama, rajin berjemaah di masjid setiap waktu. Semoga Allah memberi rahmatnya pada dia :) allahumma ameen~

Chocolate

A night with Nur Azza Fatin~

Full of laughter. She's totally makes my day. Really hope you're here beside me right now. Share our stories and experiences. Really miss you dear sister of happiness and sadness. Sorry cannot meet you this January. You'll return home while i'll return cfs. *keep the chocolate for me okay! Expired lama lagi kan? :p

---------------

After maghrib tadi, aku malassssssssss sangat2 nak mengaji. Cekalkan hati, bukak al-Quran baca surah al-ankabut. Nak cari sesuatu yg boleh naikkan semangat ketika membacanya. Biar ikhlas orang kata.
Baca punya baca, kisah para nabi 'alaihim as-salam, kisah kaum yang dibinasakan, sedar tak sedar dah sampai ayat yang di'mention'kan labah2 tu.

Perumpamaan orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah2 yg membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah2, sekiranya mereka mengetahui. (29:41)

Aku lekatkan 'sticky clear note' warna ungu pada ayat ini seperti yang sudah2 aku lakukan pada ayat2-Nya. Setelah aku sambung bacaan, dan lebih banyak ayat ditampal dengan warna ungu, aku baru sedar, eh dah tak malas dah ^^ awesome feeling! Tapi tiba2~

"Eh, Yu. Ko tak siap lagi ke? Dari tadi mak jerit suruh ko siap nak ke bandar kejap, kanak2 tu semua dah naik kereta." kata Ain, adik aku.

Nak kate aku kurang pendengaran agaknya atau aku khusyuk sangat membaca pun tak boleh. Sebab aku dengar bunyi pintu kereta ditutup sebelum Ain masuk ke bilik. Hmm, aku tak habis baca lagi :'( aku statik je duduk bersila kat situ sambil termenung.

"Ishh, cepatlah siap!" kata Ain. Aku pun cakap, "huh nasib baik aku dah cantik dah" sambil berjalan depan ayah dengan bertelekung dan pegang al-Quran yang masih terbuka. Sodaqallahulazim. Allahumma ameen~ :) tak tenang diri bila tak habiskan baca ne. Tapi ada tanggungjawab lainkan. Nak buat cemane. Tulahh, malas lagi.

Lepas balik dari bandar Pontian, mood aku tak berapa nak betul -_-" macam nak senyap setiap saat, malas nak cakap, malas nak senyum, malas nak buat ape2. Dalam kul9 camtu, kawan aku message. Turun sikit kadar kemalasan tadi. Sikit2 aku gelak.

Layan budak2 pun aku rasa tak mampu nak layan. Macam nak pengsan je rasa. Tapi, cekalkan hati macam biasa ^^ nak marah pun takde guna kat budak2 ne. Kena jadi makcik yang berjaya! :D

Sebelum pejam mata ne, nak habiskan membaca sambungan terhenti tadi. Nak tampal warna ungu banyak2 lagi. Biar esok boleh tampal warna biru pulak ^^ jom baca al-Quran sekarang!

#pray4ummah

Sunday, December 23, 2012

Sedetik lebih

Ketika di Jami'ah, online keraaaap sangat. Terrrrrlalu banyak. Ada wifi lah katekannn~ sampai kena tegur dengan beberapa orang sahabat. Kadang2, terasa nak offline jugak konon2 untuk fokus lebih pada pelajaran, ceiyhhh...

Facebook, twitter, blogger, semua on setiap masa. Bila nak study je confirm ngadap dia dulu. Bila habis meeting je confirm bukak dia dulu. Bila takde kelas je, fuhh.. Sakan ngadap dia ne.. Kira boleh jadi kategori gian dah ne~ better para penagih tuu tukar dadah tu kepada internetlahh, berfaedah sikit kot dari mati sia2 :p

Apa aku buat sebenarnya? Online je~ refreshing brain, tinggg* :D

Honestly, stalk orang aku buat ^^ tipulah kalau tak stalk orang. Hmm, selain itu, contact family. Sangat penting bukak facebook ne masa kat sane, tagging family, messaging :)) hehe

Work. FSCC and FRC :)) maju dunia sekarang ne, group bagai kat dalam facebook. Kalau aku tak bukak 2hari je, banyak betul informasi yang aku tertinggal -_-" aduhh, payah jugak kalau offline. Hmmm~ lagi2 bekerja under information and publication bureau, confirm2 kena selidik beberapa group.

Study. That's right. Orang kate sekarang ne kena study smart je takyah susah2 study hard. *angkat kening sebelah dua kali :p majmu'ah allughatul arabiah, group yg sangat banyak bagi maklumat. Tempat bertanya para pakar bahasa al-Quran ne. Cemane nak sampai tahap mereka ne ye. Huh, kena study. #rindunyaaaaa

Tutup cite ne

-------------

Sebenarnya kat baitun ne, kalau on facebook tengok2 je, lepastu logout. Dah lama tak bukak majmu'ah arabiyah. Bukak Family FSCC je banyak. -_____- patutnya dari haritu bukak majmu'ah. Eh, rindu pulak kat pok syeikh arab yg selalu aku cakap dia tak faham lepastu dia betulkan. Lama tak borak dengan dia. Apa khabarlah dia agaknya ya, semoga dia dilindungi Allah. Allahumma ameen~

Sedetik tadi aku bukak majmu'ah semula setelah sekian lama tak bukak. Subhanallah! Itulah orang kata, kalau hendak seribu daya, tak hendak satu alasan pun cukup. Baru sikit aku baca, terasa dah ilmu sorf sangaaaaaaatlah cetek. Nahw lagi berterabur. Kitabah pun tunggang-langgang. Allahu rabbi~

Masjid dan masjad pun ada beza. Allah~ ceteknya ilmu hamba. Permudahkan hamba untuk mempelajari ilmu-Mu Ya 'Alim... Allahumma ameen~

#pray4ummah

The seven

Tersenyum lihat langit petang :)) tujuh warna menghiasi. Burung2 nampak riang berterbangan. Tenang~

Memerhati sang alam yang tidak pernah berhenti memuji penciptanya. Perasaan itu sungguh menenangkan jiwa. Benar2 tepat pada waktunya. Ma ajmala addunya!
Tapi duniawi ini hanya sementara bukan? Masya-Allah rupa apakah taman syurgawi itu nanti? Dan seperit apakah pula neraka itu nanti? Astaghfirullahalazim~

Tujuh warna yang menghiasi langit mendung kebiru-biruan bersama lapisan awan yang menampakkan cahaya jingga, aku terpegun melihat ciptaan-Nya. Terhibur dengan hadiah dari-Nya. Sekian hari2 hujan aku menunggu kedatangannya, alhamdulillah hadir jua tujuh warna ini ^^

Saat itu, aku terlihat seorang ayah sedang menunjuk langit kepada kedua-dua puteri kecilnya. Yang kecil mula melihat langit sambil tersenyum indah. Yang besar melihat ke arah tujuh warna tersebut sambil berkerut-kerut wajahnya. Sungguh2 sang ayah mengisyaratkan langit sambil memeluk anaknya.

Aku senyum sahaja melihat mereka lalu memandang langit semula sampai akhirnya tujuh warna itu pergi. Seandainya kita puji ciptaan-Nya bererti kita memuji Dia kan? Terima kasih Ya Tuhan. Hmm, bahagia! :D

Merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu :)) berharap sahabat2 ku seantero dunia (konon2 je ade kawan satu dunia) menghargai alam sekeliling mereka. Walau kat mane pun kalian berada, andai punya rasa sugul dalam hati, lihatlah di luar jendela *cewwahh, hehe :p betul, lihatlah ciptaan-Nya!

Langit biru, hijauan tumbuhan, riang haiwan, matahari gah di kayangan, bintang bekerlipan, angin membahagiakan, ketenangan lautan, semut sebarisan, buah-buahan, ayam mencari makan, burung berterbangan dan berkicauan. Wahhhhhhh!! Bahagia!

Rasa tak rasa tak? :') touchinglah! Rasa macam nak nyanyi lagu 'Open Your Eyes' by Akhi Maher Zain.

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spread in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Perfect song for a perfect moment for the perfect creations of the Creator! Nak lagi awesome? Ce hayati bait2 kalam-Nya yang agung. Macam2 surah ada. Sangat best!! Jom bukak al-Quran sekarang :D

#pray4ummah

Friday, December 21, 2012

Manis ;)

Allahu Akbar Allah Maha Besar
La ilaha illa Allah

-----------

Sejak hidup atas dunia ne, hujung umur ini baruku sedar benar dekatnya kalam-Nya dengan diri sendiri. Bahkan Allah itu lebih dekat dari urat leher kita.

Sungguh dalam kehidupan terkebelakang, al-Quran itu umpama hiasan semata. Tidak diambil faedah darinya mahupun difahami.

Di sekolah, proses pembelajaran itu terlaksana dengan baik, tapi, hati ini masih hina dina. Tersentuh, tapi, terhenti di situ. Tinggal di buku tidak dalam pembentukan rohani dalam diri.

Kerana kasihnya Sang Pencipta, Dia hamparkan laluan indah buat diri. Kerana Dia Maha Mengetahui, seandainya aku diletakkan di sekolah mahupun kelas yang tiada aliran agama, pasti aku hanyut~~

IIUM. Tempat berharga. Sungguhpun sahabat2 ramai yg berkata, kat sini tak se'islamik' kat sekolah. Mungkin itu mereka. Walhal aku, memerhati insannya. Masya-Allah tempat apakah ini?

Allah beri laluan mudah buatku. Dia  tidak berikan aku sebuah keluarga baru yang terus bertudung labuh, mengaji sentiasa. Mereka lebih kurang je macam aku. Tapi, mereka lebih sikit banyaklah. Bersama mereka hidup terbina. Sikit2 perubahan dirasai.

Perkenalan dengan sahabat2 baru dalam kelas memang menggerunkan pada awalnya. Tapi indah rupanya. Iman yg wujud dalam diri mereka semua mengetuk iman dalam diri. Mengucapkan salam dengan lembut. Terbuai seketika.

Lamaa, lama proses untuk menukar diri untuk jadi yg lebih baik. Setahun yg sudah menjadi titik tolak perubahan. Meskipun tak seberapa, tapi masih berusaha. Bertanya, mencari maklumat, membuka, membace dan memahami al-Quran. Membetulkan yg salah, menerima penjelasan yg membingungkan, meyakinkan yg tak pasti dan banyak lagi harus dibuat.

Bile tersedar sebulan yg lalu, masih ade 4bulan sebelum mencecah tingkat umur yang baru. Mahunya tak risau diri masih begini. Takut ._.

Semakin menghayati kalam-Nya yang agung, mukjizat yg zahir sehingga hari ini, kesannya tetap dirasai. Cemburu melihat para 'alim mentadabbur ayat2-Nya. Sedangkan aku masih merangkak dalam membacanya, menghayatinya. Masih wujud kesalahan di sane sini. Mahu saja duduk depan ustaz/ustazah dengar bacaan aku dari bismillah sampai minal jinnati wannas~ a sampai z~ alif sampai ya~ huh! Sebab tu perlu bertanya pada yg 'alim soalnya :)

Mereka yg dah sebati dengan al-Quran mesti indah hidupnya. Makan pulasan je teringat 'wa kulu min rizqih', alhamdulillah. Solat je 'allazi yaraka hina taqum wa taqallubaka fi as-sajidin', astaghfirullah. Tengok langit je, 'rabbu as-samawati wa al-ardh', subhanallah.

Mereka yg dah hafaz al-Quran o.O tengok sekeliling semua lihat kebesaran Allah. Terkeluar semua ayat yg dihafaznya. Anak2 ketua kampung aku tu, dari yg sulong sampai ke kecik dia hantar p tahfiz. Balik je kampung, masya-Allah! Aku yg semangat nak hayati al-Quran. Suka tengok dyorang ^^ adik2 yg sangat humble dan best!

Hidup ini semuanya berlandaskan al-Quran. Syariat Allah. Rahmat Allah buat hamba-Nya. Menyatakan yg hak dan yg batil. Menceritakan kebenaran. Menghiburkan jiwa yg merana.

# menghayati al-Quran itu nikmat. Apatah lagi, bawanya dalam hidup. Lebih manis ^^

#pray4ummah

Friday, December 14, 2012

1/2/34

Masa kecik2 dulu, kita belajar abc 123 dengan mak ayah kita. Ayah suka suruh aku baca nombor plat kereta orang ketika ayah bawak aku jalan2. Hehe.

Dari kecik kalau cikgu suruh tulis cita2, confirm mak tulis 'cikgu'. Ala biasalahh~ kanak2 lagi. Tiba kat sekolah, kawan2 nak jadi doktor-doktor-doktor. Hehe. Bertukarnya tahun pasti bertukar cita2. Lagi2, dulu2 famous cerita Gerak Khas, ramailah nak jadi polis. Hehe. Aku pun pernah. Kihkihkih.

Semakin jasad, akal dan jiwa membesar. Pasti akan tertuju pada satu arah cita2. Dan aku menetapkan nak jadi cikgu jek. -_-" sebab aku tak tau nak jadi ape, aku suka belajar, aku suka sekolah, kalau keluar sekolah, aku nak kembali ke sekolah. Entah ape2 je otak sebesar dua penumbuk aku ne berfikir. Hehe.

Pernah jugak hati kecil ne nak jadi doktor. Macam best je. Yelah, tengok Medik TV bedah2 tu, kagum kot. Hehe. Tapi, aku tak bolehlah nak jadi doktor. Hmm... ._.

Pusing2 cerita, jalan2nya waktu, aku pernah dioffer untuk sambung belajar kat Mesir kos Perubatan. Tapi, aku senyum je tengok surat tuu dan aku pergi Petaling Jaya untuk jadi committee Taaruf Week.

Bila pandang diri semula dan melalui hari2 yang indah ^^ aku sedar, betapa kerdilnya diri ini. Hati yg tercipta dalam diri tak cukup kuat, tak cukup kental nak jadi doktor. Tengok org sakit, nak nangis. Tengok org cedera, nak nangis. Huwaaa, mudahnya tersentuh. Isk isk.

Dan sekarang, sedang berjuang. Mempelajari Bahasa al-Quran :D mahu jadi yang mencintai al-Quran. Mahu jadi yang menghidupkan al-Quran. Mahu jadi yang mendapat syafaat di akhirat sana. Insya-Allah~ ameen :)

Semoga semudah aku menekan 'Pengajian Bahasa Arab' ketika isi UPU dulu dan tanpa fikir panjang, semudah tu jugak Allah mudahkan jalan buat aku menahami kalam-Nya yang sempurna. Ameen~

Kerana aku sedar, mencintai al-Quran itu sangatlah manis. Kerana aku sedar, mereka yang mencintai al-Quran itu, hidupnya penuh barakah. Dikelilingi mereka yang mantap imannya, teguh pendiriannya, manis wajahnya seperti ada nur cahaya :)

Sungguh, aku hamba Allah yang kerdil lagi hina, penuh dosa. Aku mahu jadi hamba-Nya yang dikasihi. Sebelum hayat bertukar mayyit, bimbingku ke jalan yang Engkau redhai Ya Rabb. Aku ingin dekat dengan-Mu. Allahumma ameen~

#pray4ummah

Wednesday, December 12, 2012

السؤال؟ ^^

Sebelum bermula, orang yg kerja di kaunter pertanyaan tu seronok tak kerja kat situ? O.o

.+:':+._.+:':+._.+:':+._.+:':+.

Di malam yg indah ini, ku duduk termenung seorang diri.. cewwahh~ ;) hihi, sebenarnya tak bersendirian, di kanan marini zahra sedang nyenyak tidur, di kiri miza zafirah sedang bergelut untuk tidur. Kihkih

*3jam yg lalu, tidur, terjaga sebab apo kono eh budak neh -_-"

Sambil settle sambil type~
Hmm,  agak2 seronok tak jd tempat org bertanye? :D

Sebab kat rumah ne bile adik2 aku tanye, aku suka! Macam terasa best sebab dapat bagi tau ape2 yg dyorg tak tau. Bila aku tak tau, aku pun pergilah tanye org lain. Aku pun jadi tahu ^^

Dekat kelas pulak, Ustaz Maad suke sebut, السؤال؟ banyak2 kali. Aku yg pasif bertanye ne pun jadi sukaaa bertanye dalam kelas dia :D wow! Lagi2 masa Ustaz cerita tentang hari kiamat.

Masa tu belajar buat karangan الوصف dengan Ustaz. Caranya, carik tentang Hari Kiamat kat dalam al-Quran. Lihat, bagaimana Allah sifatkan setiap sesuatu tu. Imaginasi melayang-layang waktu tu. Tengok buku semula, wujud karikatur memenuhi ruang buku. Hehe~ comel jugak tp menggerunkan jiwa kalau diamati. Semoga mendapat syafaat di sana. Allahumma ameen~  #allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad (banyakkan selawat, peringatan buat diri) ;)

Sampai sekarang kesan belajar الوصف  melekat dalam diri. Suka puji alam, suka puji langit, burung, ayam, pokok dan semuanyalah! Lets just say, subhanallah masya-Allah ^^ sama jugak masa baca al-Quran. Sampai excited nak baca page sebelah! (terasa sampai sekarang, hehe)

Nampak tak nak cakap ape?
Sebenarnya bagi akulah, jadi tempat org bertanya neh, tak lain bg semangat kat org lain. Dari tak tahu jd tahu. Dari gelap zulumat kepada nur cahaya. Dari jahil jd 'alim. Dari kurang yakin kepada yakin. Menjadi hamba Allah yg lebih baik ^^

Sungguh aku bukan tempat org bertanya. Tak semua benda aku tahu. Even aku pernah dengar tentang ape yg adik aku tanye pun, aku tak berapa nak okay untuk jawabnya secara betul2 ilmiah. Aku gunakan analogi2 yg mampu diterima oleh akal mereka dengan doa semoga Allah hidayahkan mereka dengan ilmu yg luas. Ameen~

Waktu cek Haiqal mengaji al-Quran, dia ada cakap 'Ne, Umie yg ajar'.. Hmm, إن شاء الله ilmu yg kita bagi pada org lain walau sekecil apa pun ia, kalau org tu amalkan pasti ada creditnya juga untuk kita. Berbahagialah wahai org yg menjadi tempat bertanya :)

ربنا زدنا علما نافعا وارزقنا فهما واسعا
اللهم آمين

#pray4ummah 

Saturday, December 8, 2012

Yang Teristimewa

Hari ini mengalami satu fasa kehidupan yang baru. Hehe. Eh, tak tak -__- belum kawen lagi~

Sesungguhnya di rumah, masa yang ada memang untuk melayan kerenah anak2 buah aku. Alhamdulillah ada lima, otw enam next year ^^ 3perempuan dan 2lelaki.

Miza Zafirah, Marini Zahra, Muhammad Zafri, Nur Irdina, Muhammad Lutfi :))

Sejak kakak aku bersalin nombor3, aku banyak kena jaga anak2 dia. Emm, awal2 tu biasa2 je sebab Papa dyorang ne ada kat sini seminggu. Dan lebih awal dari tu, Irdina dan Lutfi takde kat rumah. Lepas Papa dyorg balik, Irdina n Lutfi kat sini, tak haru biru hidup aku sekejap?

Bila aku rasa tak laratnya nak layan 1001 kerenah empat2 anak buah aku ne, mesti aku tengok mak, tak pun fikir  mak pun cukuplah, hehe. Sebabnya? Kalau aku penat, confirm mak lagi penat.

Nak kata aku sorang yg jaga budak2 ne kire tipulah, adik2 aku tolong jugak. Marini Zahra, astaghfirullah, kat rumah ne takde sape yg tahan -_- memang menguji kesabaran yg teramat sangatlah. Tp, kanak2 kan, baru 2tahun. Nak explore dunia lagaknya. Hehe.

Nur Irdina pulak, sudah punya akal kata orang. Dah 4tahun kan. Petah berkata-kata. Mahunya, bersolek depan cermin aje. Hehe. Adik aku punya cotton untuk muka tuu habis dia main. Pernah satu hari, "Cik Ayu tengoklah" kata Irdina. Aku pun pandang dia sambil buat muka seribu pertanyaan. O.o "Dina pakai bedak dengan lipstiklah cik ayu~ comelkan?" aku, "ohhhhhh, cakaplah~" hehe~

Muhammad Lutfi, 2tahun jugak. Nak kata yg dia  lelaki jadi dia lebih macho lah kononnya. Hehe. Pantang pegang benda, confirm semua orang kena belasah -_-" ada satu hari, aku dengan comelnya duduk atas sofa melayan budak2 ne, tiba2 dia datang dan kena tumbuk sebijik kat muka -_-" terbaiklah Lutfi! Boboiboy kuasa tiga kan? Haha

Miza Zafirah pulak. Yang paling rapat dengan aku. Dia istimewa :) dia kanak2 autisme. Sejauh pengetahuan aku yg tak berapa nak jauh ne, hehe, Zafirah tak teruk sangat. Lack of communication. Ceiyh, speaking tiba2. Sebabnya, Zafirah ne dia teror english berbanding malay. Sejak2 duduk kampung pandai cakap melayu. Pernah satu ketika tengok cite ape entah, aku cakap "kakak, its a paus" -___-" zafirah, "ohh, its a whale!" okay, macam nak tutup muka kat situ. Haha! Malunye~

Kerana A.Zaki perlu bekerja kat sabah, aku kena tidurkan marini and zafirah. Senang cite, adik aku Ain yg tidurkan Marini, aku handle Zafirah. Tapi si Ain ne, bile dah tidur tak ingat dunia dah. -_- kena make sure budak berdua ne tak jatuuh katil sekejap2 aku terjaga. Dah mcm mak2 orang sungguhlahh. Haha.

Zafirah ne, time tidur memang kena ada aku kat sebelah dialah. Pagi tadi je aku terjaga jam 5.10, melayan Zafirah untuk tidur semula. Aku bersila kat tepi katil, tepuk dia sampai dia tidur. After subuh aku tak masuk bilik semula, tibe2 zafirah keluar datang kat aku bawak bear putih dia, tidur kat sebelah aku. Mengantuk sungguh dia. Malam tadi mengigau ape entah 'mama, mama' je yg aku dengar.

Tengok dia tidur, aku yang mengantuk ~.~ hehe. Insan2 ini, sungguh yg teristimewa dalam hidup aku hari ini. Cuma.......

Cuma, aku dah fikir masak2, taknaklah kawen awal! Banyak komitmen kot. Kalau ade anak susah jugak. Jaga anak buah je macam nak pengsan lagikan anak sndiri. Dan belum cukup sedia untuk ke fasa seterusnya. Tak cukup ilmu lagi. Hehe. Tak cukup sabar lagi. Tak cukup tabah lagi.

Cukuplah aku doa guna ayat surah al-Furqan:74 dalam sehari-hari. Allahumma ameen~ ^^

#pray4ummah

Friday, December 7, 2012

Cemburunya sekeping hati

Orang kata, kalau kita cemburu tak tentu pasal sama seseorang yg berlainan jantina dengan kite, kemungkinan besar kita dah jatuh hati pada dia ^^ eh, jiwang pulak petang2 gini~

----------

"Kerana aku tidak sempurna, aku memandang dikau dengan terlalu sempurna"

Begitulah aku apabila melihat dia. Sedikitpun aku tidak kata, wujud satu kekurangan dalam dirinya. Cuma, hanya rasa cemburu menyelinap dalam jiwa.

Cemburunya sekeping hati ini aku pasrahkan pada Yang Punya segala hati. Melihatkan dia yg teguh pendiriannya, manis tutur bicaranya, lembut aturan langkahnya, tersenyum laksana sang bidadari, aku terleka.

Kelekaan itu dikejutkan secara tiba2, apabila hati ini terasa sesuatu. Perasaan ini terpendam. Cemburunya aku!

Bertudung litup bukan sasaranku, tapi patuhnya ia pada Sang Pencipta mengatasi  segala-galanya. Bagaimana terlahirnya insan2 seperti ini? Mahu sahaja aku ikutkan tanpa patah kembali.

Bukan bermaksud aku 'menyukai' seorang perempuan. TIDAK sama sekali! Cuma, patuhnya ia itu yg aku kagumi. Mahu sahaja aku menirunya satu persatu tp sayang aku tetap aku.

Yg pasti, berusaha ke arah kepatuhan yg maksima itu mampu dilaksana, tapi untuk jadi sepertinya, itu tidak mungkin terjadi. Kerana menjadi diri sendiri itu pemberian Dia untuk mewarnai dunia. Kalau semua orang sama je wataknya tak berserilah dunia ne :D

*tiba2, bahagia jadi diri sendiri. Hehe. Entah ape2 je ._.

#pray4ummah

Thursday, December 6, 2012

Tragedi Disember

Hari ahad yg lalu, ada buat meeting. Aku ingat lg yg Assistant head tu nak bg message hari isnin. Kitorang yg ikut meeting tu mengiyakan jelah.

Hari selasa dalam jam 3 petang, aku whatsapp dengan kawan tepuk tampar aku time sekolah yg kini nun jauh di kelantan. Dia cakap 'susah tol nak contact kau tiii'. O.o yeke?

Habis whatsapp bagai, aku pun pegilah mencuci pinggan mangkuk kat dapur, kemudian masuk bilik. Aku bukaklah facebook kejap.

Hamek kau!

Kawan aku tegur 'salam, woittt kau letak kat mane hp kau ......' (ayat sebenar tak ingat)

Masa tu jugak aku berlari g carik hp kat mane -_-" nasib baik wujud~ haihhh~ pulak dah ada message dari A.Head, siap mention 'this is very important'. Gelabah jugak aku waktu tu, siap tanye adik, 'hari ne bpe hari bulan?'

Kawan aku kate, 'susah betollah ade awek yg pelupe n malas pegang phone ne' -____- ok fine~

Dari hari ahad sebenarnya aku tak tengok phone. Malas. Tak teringin nak tengok pun. Credit pun dah lamaaaaaa expired. Haha!

Handphone tu sangat penting ke?

Tahu tak? Penggunaan handphone ne menyebabkan kematian lebah. (En. Ismail Chong yg cakap, dia takde phone pun)

Siapa dia? Beliau ialah org yg susun buku study circle tuu. Sangat ermm sangat linguistic orgnya dan penuh analogi. Best! ^^

Buat Hayati tersayang, jaga kepala elok2. Banyak dah terlupa buat sesuatu. Nasib baik air yg dijerang tu haiqal tutup api -_-" Allahu Akbar! Cemano ne hayat?

#pray4ourselves #pray4ummah