Hari ini mengalami satu fasa kehidupan yang baru. Hehe. Eh, tak tak -__- belum kawen lagi~
Sesungguhnya di rumah, masa yang ada memang untuk melayan kerenah anak2 buah aku. Alhamdulillah ada lima, otw enam next year ^^ 3perempuan dan 2lelaki.
Miza Zafirah, Marini Zahra, Muhammad Zafri, Nur Irdina, Muhammad Lutfi :))
Sejak kakak aku bersalin nombor3, aku banyak kena jaga anak2 dia. Emm, awal2 tu biasa2 je sebab Papa dyorang ne ada kat sini seminggu. Dan lebih awal dari tu, Irdina dan Lutfi takde kat rumah. Lepas Papa dyorg balik, Irdina n Lutfi kat sini, tak haru biru hidup aku sekejap?
Bila aku rasa tak laratnya nak layan 1001 kerenah empat2 anak buah aku ne, mesti aku tengok mak, tak pun fikir mak pun cukuplah, hehe. Sebabnya? Kalau aku penat, confirm mak lagi penat.
Nak kata aku sorang yg jaga budak2 ne kire tipulah, adik2 aku tolong jugak. Marini Zahra, astaghfirullah, kat rumah ne takde sape yg tahan -_- memang menguji kesabaran yg teramat sangatlah. Tp, kanak2 kan, baru 2tahun. Nak explore dunia lagaknya. Hehe.
Nur Irdina pulak, sudah punya akal kata orang. Dah 4tahun kan. Petah berkata-kata. Mahunya, bersolek depan cermin aje. Hehe. Adik aku punya cotton untuk muka tuu habis dia main. Pernah satu hari, "Cik Ayu tengoklah" kata Irdina. Aku pun pandang dia sambil buat muka seribu pertanyaan. O.o "Dina pakai bedak dengan lipstiklah cik ayu~ comelkan?" aku, "ohhhhhh, cakaplah~" hehe~
Muhammad Lutfi, 2tahun jugak. Nak kata yg dia lelaki jadi dia lebih macho lah kononnya. Hehe. Pantang pegang benda, confirm semua orang kena belasah -_-" ada satu hari, aku dengan comelnya duduk atas sofa melayan budak2 ne, tiba2 dia datang dan kena tumbuk sebijik kat muka -_-" terbaiklah Lutfi! Boboiboy kuasa tiga kan? Haha
Miza Zafirah pulak. Yang paling rapat dengan aku. Dia istimewa :) dia kanak2 autisme. Sejauh pengetahuan aku yg tak berapa nak jauh ne, hehe, Zafirah tak teruk sangat. Lack of communication. Ceiyh, speaking tiba2. Sebabnya, Zafirah ne dia teror english berbanding malay. Sejak2 duduk kampung pandai cakap melayu. Pernah satu ketika tengok cite ape entah, aku cakap "kakak, its a paus" -___-" zafirah, "ohh, its a whale!" okay, macam nak tutup muka kat situ. Haha! Malunye~
Kerana A.Zaki perlu bekerja kat sabah, aku kena tidurkan marini and zafirah. Senang cite, adik aku Ain yg tidurkan Marini, aku handle Zafirah. Tapi si Ain ne, bile dah tidur tak ingat dunia dah. -_- kena make sure budak berdua ne tak jatuuh katil sekejap2 aku terjaga. Dah mcm mak2 orang sungguhlahh. Haha.
Zafirah ne, time tidur memang kena ada aku kat sebelah dialah. Pagi tadi je aku terjaga jam 5.10, melayan Zafirah untuk tidur semula. Aku bersila kat tepi katil, tepuk dia sampai dia tidur. After subuh aku tak masuk bilik semula, tibe2 zafirah keluar datang kat aku bawak bear putih dia, tidur kat sebelah aku. Mengantuk sungguh dia. Malam tadi mengigau ape entah 'mama, mama' je yg aku dengar.
Tengok dia tidur, aku yang mengantuk ~.~ hehe. Insan2 ini, sungguh yg teristimewa dalam hidup aku hari ini. Cuma.......
Cuma, aku dah fikir masak2, taknaklah kawen awal! Banyak komitmen kot. Kalau ade anak susah jugak. Jaga anak buah je macam nak pengsan lagikan anak sndiri. Dan belum cukup sedia untuk ke fasa seterusnya. Tak cukup ilmu lagi. Hehe. Tak cukup sabar lagi. Tak cukup tabah lagi.
Cukuplah aku doa guna ayat surah al-Furqan:74 dalam sehari-hari. Allahumma ameen~ ^^
#pray4ummah
No comments:
Post a Comment