Friday, December 7, 2012

Cemburunya sekeping hati

Orang kata, kalau kita cemburu tak tentu pasal sama seseorang yg berlainan jantina dengan kite, kemungkinan besar kita dah jatuh hati pada dia ^^ eh, jiwang pulak petang2 gini~

----------

"Kerana aku tidak sempurna, aku memandang dikau dengan terlalu sempurna"

Begitulah aku apabila melihat dia. Sedikitpun aku tidak kata, wujud satu kekurangan dalam dirinya. Cuma, hanya rasa cemburu menyelinap dalam jiwa.

Cemburunya sekeping hati ini aku pasrahkan pada Yang Punya segala hati. Melihatkan dia yg teguh pendiriannya, manis tutur bicaranya, lembut aturan langkahnya, tersenyum laksana sang bidadari, aku terleka.

Kelekaan itu dikejutkan secara tiba2, apabila hati ini terasa sesuatu. Perasaan ini terpendam. Cemburunya aku!

Bertudung litup bukan sasaranku, tapi patuhnya ia pada Sang Pencipta mengatasi  segala-galanya. Bagaimana terlahirnya insan2 seperti ini? Mahu sahaja aku ikutkan tanpa patah kembali.

Bukan bermaksud aku 'menyukai' seorang perempuan. TIDAK sama sekali! Cuma, patuhnya ia itu yg aku kagumi. Mahu sahaja aku menirunya satu persatu tp sayang aku tetap aku.

Yg pasti, berusaha ke arah kepatuhan yg maksima itu mampu dilaksana, tapi untuk jadi sepertinya, itu tidak mungkin terjadi. Kerana menjadi diri sendiri itu pemberian Dia untuk mewarnai dunia. Kalau semua orang sama je wataknya tak berserilah dunia ne :D

*tiba2, bahagia jadi diri sendiri. Hehe. Entah ape2 je ._.

#pray4ummah

No comments:

Post a Comment