Masa kecik2 dulu, kita belajar abc 123 dengan mak ayah kita. Ayah suka suruh aku baca nombor plat kereta orang ketika ayah bawak aku jalan2. Hehe.
Dari kecik kalau cikgu suruh tulis cita2, confirm mak tulis 'cikgu'. Ala biasalahh~ kanak2 lagi. Tiba kat sekolah, kawan2 nak jadi doktor-doktor-doktor. Hehe. Bertukarnya tahun pasti bertukar cita2. Lagi2, dulu2 famous cerita Gerak Khas, ramailah nak jadi polis. Hehe. Aku pun pernah. Kihkihkih.
Semakin jasad, akal dan jiwa membesar. Pasti akan tertuju pada satu arah cita2. Dan aku menetapkan nak jadi cikgu jek. -_-" sebab aku tak tau nak jadi ape, aku suka belajar, aku suka sekolah, kalau keluar sekolah, aku nak kembali ke sekolah. Entah ape2 je otak sebesar dua penumbuk aku ne berfikir. Hehe.
Pernah jugak hati kecil ne nak jadi doktor. Macam best je. Yelah, tengok Medik TV bedah2 tu, kagum kot. Hehe. Tapi, aku tak bolehlah nak jadi doktor. Hmm... ._.
Pusing2 cerita, jalan2nya waktu, aku pernah dioffer untuk sambung belajar kat Mesir kos Perubatan. Tapi, aku senyum je tengok surat tuu dan aku pergi Petaling Jaya untuk jadi committee Taaruf Week.
Bila pandang diri semula dan melalui hari2 yang indah ^^ aku sedar, betapa kerdilnya diri ini. Hati yg tercipta dalam diri tak cukup kuat, tak cukup kental nak jadi doktor. Tengok org sakit, nak nangis. Tengok org cedera, nak nangis. Huwaaa, mudahnya tersentuh. Isk isk.
Dan sekarang, sedang berjuang. Mempelajari Bahasa al-Quran :D mahu jadi yang mencintai al-Quran. Mahu jadi yang menghidupkan al-Quran. Mahu jadi yang mendapat syafaat di akhirat sana. Insya-Allah~ ameen :)
Semoga semudah aku menekan 'Pengajian Bahasa Arab' ketika isi UPU dulu dan tanpa fikir panjang, semudah tu jugak Allah mudahkan jalan buat aku menahami kalam-Nya yang sempurna. Ameen~
Kerana aku sedar, mencintai al-Quran itu sangatlah manis. Kerana aku sedar, mereka yang mencintai al-Quran itu, hidupnya penuh barakah. Dikelilingi mereka yang mantap imannya, teguh pendiriannya, manis wajahnya seperti ada nur cahaya :)
Sungguh, aku hamba Allah yang kerdil lagi hina, penuh dosa. Aku mahu jadi hamba-Nya yang dikasihi. Sebelum hayat bertukar mayyit, bimbingku ke jalan yang Engkau redhai Ya Rabb. Aku ingin dekat dengan-Mu. Allahumma ameen~
#pray4ummah
No comments:
Post a Comment