Allahu Akbar Allah Maha Besar
La ilaha illa Allah
-----------
Sejak hidup atas dunia ne, hujung umur ini baruku sedar benar dekatnya kalam-Nya dengan diri sendiri. Bahkan Allah itu lebih dekat dari urat leher kita.
Sungguh dalam kehidupan terkebelakang, al-Quran itu umpama hiasan semata. Tidak diambil faedah darinya mahupun difahami.
Di sekolah, proses pembelajaran itu terlaksana dengan baik, tapi, hati ini masih hina dina. Tersentuh, tapi, terhenti di situ. Tinggal di buku tidak dalam pembentukan rohani dalam diri.
Kerana kasihnya Sang Pencipta, Dia hamparkan laluan indah buat diri. Kerana Dia Maha Mengetahui, seandainya aku diletakkan di sekolah mahupun kelas yang tiada aliran agama, pasti aku hanyut~~
IIUM. Tempat berharga. Sungguhpun sahabat2 ramai yg berkata, kat sini tak se'islamik' kat sekolah. Mungkin itu mereka. Walhal aku, memerhati insannya. Masya-Allah tempat apakah ini?
Allah beri laluan mudah buatku. Dia tidak berikan aku sebuah keluarga baru yang terus bertudung labuh, mengaji sentiasa. Mereka lebih kurang je macam aku. Tapi, mereka lebih sikit banyaklah. Bersama mereka hidup terbina. Sikit2 perubahan dirasai.
Perkenalan dengan sahabat2 baru dalam kelas memang menggerunkan pada awalnya. Tapi indah rupanya. Iman yg wujud dalam diri mereka semua mengetuk iman dalam diri. Mengucapkan salam dengan lembut. Terbuai seketika.
Lamaa, lama proses untuk menukar diri untuk jadi yg lebih baik. Setahun yg sudah menjadi titik tolak perubahan. Meskipun tak seberapa, tapi masih berusaha. Bertanya, mencari maklumat, membuka, membace dan memahami al-Quran. Membetulkan yg salah, menerima penjelasan yg membingungkan, meyakinkan yg tak pasti dan banyak lagi harus dibuat.
Bile tersedar sebulan yg lalu, masih ade 4bulan sebelum mencecah tingkat umur yang baru. Mahunya tak risau diri masih begini. Takut ._.
Semakin menghayati kalam-Nya yang agung, mukjizat yg zahir sehingga hari ini, kesannya tetap dirasai. Cemburu melihat para 'alim mentadabbur ayat2-Nya. Sedangkan aku masih merangkak dalam membacanya, menghayatinya. Masih wujud kesalahan di sane sini. Mahu saja duduk depan ustaz/ustazah dengar bacaan aku dari bismillah sampai minal jinnati wannas~ a sampai z~ alif sampai ya~ huh! Sebab tu perlu bertanya pada yg 'alim soalnya :)
Mereka yg dah sebati dengan al-Quran mesti indah hidupnya. Makan pulasan je teringat 'wa kulu min rizqih', alhamdulillah. Solat je 'allazi yaraka hina taqum wa taqallubaka fi as-sajidin', astaghfirullah. Tengok langit je, 'rabbu as-samawati wa al-ardh', subhanallah.
Mereka yg dah hafaz al-Quran o.O tengok sekeliling semua lihat kebesaran Allah. Terkeluar semua ayat yg dihafaznya. Anak2 ketua kampung aku tu, dari yg sulong sampai ke kecik dia hantar p tahfiz. Balik je kampung, masya-Allah! Aku yg semangat nak hayati al-Quran. Suka tengok dyorang ^^ adik2 yg sangat humble dan best!
Hidup ini semuanya berlandaskan al-Quran. Syariat Allah. Rahmat Allah buat hamba-Nya. Menyatakan yg hak dan yg batil. Menceritakan kebenaran. Menghiburkan jiwa yg merana.
# menghayati al-Quran itu nikmat. Apatah lagi, bawanya dalam hidup. Lebih manis ^^
#pray4ummah
No comments:
Post a Comment