A night with Nur Azza Fatin~
Full of laughter. She's totally makes my day. Really hope you're here beside me right now. Share our stories and experiences. Really miss you dear sister of happiness and sadness. Sorry cannot meet you this January. You'll return home while i'll return cfs. *keep the chocolate for me okay! Expired lama lagi kan? :p
---------------
After maghrib tadi, aku malassssssssss sangat2 nak mengaji. Cekalkan hati, bukak al-Quran baca surah al-ankabut. Nak cari sesuatu yg boleh naikkan semangat ketika membacanya. Biar ikhlas orang kata.
Baca punya baca, kisah para nabi 'alaihim as-salam, kisah kaum yang dibinasakan, sedar tak sedar dah sampai ayat yang di'mention'kan labah2 tu.
Perumpamaan orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah2 yg membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah2, sekiranya mereka mengetahui. (29:41)
Aku lekatkan 'sticky clear note' warna ungu pada ayat ini seperti yang sudah2 aku lakukan pada ayat2-Nya. Setelah aku sambung bacaan, dan lebih banyak ayat ditampal dengan warna ungu, aku baru sedar, eh dah tak malas dah ^^ awesome feeling! Tapi tiba2~
"Eh, Yu. Ko tak siap lagi ke? Dari tadi mak jerit suruh ko siap nak ke bandar kejap, kanak2 tu semua dah naik kereta." kata Ain, adik aku.
Nak kate aku kurang pendengaran agaknya atau aku khusyuk sangat membaca pun tak boleh. Sebab aku dengar bunyi pintu kereta ditutup sebelum Ain masuk ke bilik. Hmm, aku tak habis baca lagi :'( aku statik je duduk bersila kat situ sambil termenung.
"Ishh, cepatlah siap!" kata Ain. Aku pun cakap, "huh nasib baik aku dah cantik dah" sambil berjalan depan ayah dengan bertelekung dan pegang al-Quran yang masih terbuka. Sodaqallahulazim. Allahumma ameen~ :) tak tenang diri bila tak habiskan baca ne. Tapi ada tanggungjawab lainkan. Nak buat cemane. Tulahh, malas lagi.
Lepas balik dari bandar Pontian, mood aku tak berapa nak betul -_-" macam nak senyap setiap saat, malas nak cakap, malas nak senyum, malas nak buat ape2. Dalam kul9 camtu, kawan aku message. Turun sikit kadar kemalasan tadi. Sikit2 aku gelak.
Layan budak2 pun aku rasa tak mampu nak layan. Macam nak pengsan je rasa. Tapi, cekalkan hati macam biasa ^^ nak marah pun takde guna kat budak2 ne. Kena jadi makcik yang berjaya! :D
Sebelum pejam mata ne, nak habiskan membaca sambungan terhenti tadi. Nak tampal warna ungu banyak2 lagi. Biar esok boleh tampal warna biru pulak ^^ jom baca al-Quran sekarang!
#pray4ummah
No comments:
Post a Comment