Suatu petang di kampung, sedang kami minum petang. Ada pisang goreng, sukun goreng, air teh dan air milo. Jiran aku datang sambil membawa rambutan. Katanya baru petik dari pokok. Alhamdulillah :)
Kami pun menjemput Cik Ani untuk minum petang bersama. Kami pun berborak sakan. Aku, hehe. Tolong gelak ajelah ^^ Entah macam mana masuk topik 'rumah'.
Memandangkan sebuah rumah sedang didirikan di sebelah rumah kami, telah tercerita yg -kalau tiada penghuni nanti, tak mahu disewakan, biar kosong sahaja.
Ibuku terus reaksi, 'eh, janganlah'. Kak Wa pulak, 'ada kang cik ani tak pegi sini, yg sini tak pegi sana, takut keluar rumah' Cik Ani pulak kata, 'ha'ah, dahla sekarang zaman cik ponti kat sini'
Reaksiku pula, mendengar dengan tekun, hehe. Rumah kalau ditinggal terlalu lama akan ada penghuni kata mak. Aku mengangguk.
Penduduk kampung sini, telah menjumpai cik ponti beberapa kali. Wallahu a'lam benar atau tidak. Tapi orang yg dipercayai pernah berjumpa. Mungkin benar. Sudah dipanggil ustaz katanya. Tapi semakin kerap pula penduduk kampung jumpa.
Teringat pulak kisah di cfs dulu, seorang sahabat kata amalkan ayat ini, insya-Allah selamat. :)
أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
Ya Allah, aku berlindung dengan kalimah firman-Mu yang sempurna daripada kejahatan makhluk ciptaan-Nya.
amalkanlah, insya-Allah selamat ^^ Yakin pada Dia ya.
No comments:
Post a Comment