Sejak awal pagi ini, entah kenapa kepala asyik dok pikiaq politik jek. Nak menulis asalnya tapi tertangguh kerana pekerjaan lain. Belum punya waktu yg panjang untuk menulis.
Sebelum maghrib, aku lipat baju. Target sebelum jam lapan harus siap kerana nak tengok berita! Program paling best dalam tv setiap hari ^^
Alhamdulillah siap lebih awal, lepastu aku masuk bilik borak2 sama adik2, tiba2 teringat berita. Aku pun pergila tengok. Hati ini remuk! Terasa berkecai lagi parah dari putus cinta rasa dia. Sungguh!
Pada asalnya, setelah masuk cfs, aku mula mengenali politik. Mana taknya, rajin benar sahabat2 berpolitik. Kagum juga. Namun, aku masih belum boleh terima semangat kepartian yang wujud di sini. Dasar apa, matlamatnya, aku bingung. @_@
Tadi aku rasa sangat sedih dengan politik hari ini, jelas bertentangan dengan syariat Allah. Seandainya doa sebegitu, tidakkah mereka sedar masih ada Muslim di dalamnya. Masih ada para ulama' di dalamnya.
Bukankah wasatiyyah itu lebih baik? Tidaklah bermanfaat bagi mereka yang berlebihan dalam sesuatu.
Aku mahu menulis yg baik2 sahaja sebenarnya, tentang kedua2 pihak. Tapi hal ini yg berlaku sebentar tadi, pasti dan aku benar2 pasti manusia yg beragama lain gelakkan anda.
Parti itukan seagama dengan kita! Saudara kita bukan? Pecah belah begini, manfaatnya apa? Apa yang dicari sebenarnya? Kebencian apa yang wujud dalam hatimu?
Bukankah Rasulullah saw menyebarkan cinta? Bukankah ada hadis tentang... Allahuakbar, aku belum mampu untuk menghujahnya. Maaf.
Istighfar sebentar...
Aku sedih dengan apa yg berlaku. Sampaikan aku tak jadi nak tengok sambungan berita tadi. Haishh, favourite program tuu!
Politik di sini, mendedahkan kesalahan pihak sana, menegakkan benang yg basah, perli memerli -___- bored~ bukankah 'action speaks louder than words' ?
Istighfar lagi~
Abang aku yg sulong pernah pesan, jangan tak ambil tahu langsung. Nanti dah 21, kena undi.
Ayah kata, masa universiti ni, jangan terlibat dengan politik. Matangkan fikiran dulu, jangan ikut tak tentu pasal je. :D
Baiklah!
Khulasotul qaul ^^ akhlak itu perlu indah~ Islam itu indah. Politik juga indah. Jagalah tatasusilanya. Sama2 doakan yg terbaik untuk satu sama lain. Pasti ada hikmahnya nanti.
Peace no war! #pray4Gaza
No comments:
Post a Comment