Semalam aku belek diari ini, satu tajuk yg aku lihat 'lets change the world'. Masya-Allah hebat aku berkata-kata waktu itu. Teringat saat aku berkobar-kobar menulisnya.
Dan hari ini kita berada di kalendar yg baru. Alhamdulillah bumi Malaysia masih aman, dikurniakan rezeki yg melimpah, walaupun bah menimpa di beberapa buah negeri tapi sekitar yg lain tetap utuh.
Dan hari ini juga kita berada pada hari yg barakah. Sayyidul ayyam, Jumuah mubarakah. Seeloknya, amat digalakkan membaca surah al-Kahfi. Mengapa? Boleh tak terima kalau aku cakap one of the ways to seek for His blessing? :') tak eah? Masalahnya takde kekuatan nak berhujah. Tak cukup ilmunya. Maaf.
Hmm, Hijrah.
Aku sudah mula tempoh hari. Bagaimana? Aku suka ayat ini 'Allah suka yg istiqamah' :') dan ayat ini, 'Yg baik akan menghapuskan yg jahat' :') dikembangkan lagi, 'Yg baik juga mampu menukarkan yg jahat menjadi baik, bukan hapuskan sahaja' :') sweetkan Dia~
Aku telah mencedok ilmu dari ramai org. Terlalu ramai. Dan ada satu sumber yg terlalu byk aku bertanyakan. Jadi segan pulak --' tak mampu nak membalasnya. Insya-Allah Dia akan membalasnya dengan kebaikan. Kita lihat satu masa nanti ^^ aku hanya mampu doakan yg terbaik
Sehingga kini, aku belum punya sumber yg terbaik untuk bertanyakan setelah episod itu. Mungkin boleh ke Imam2 Muda ^^ hikhik. Segannya. Hmmm, sudah mula terkumpul di benak fikiran. Bagaimana ini?
Ya Rabbi, Ya Allah, Ya Alim, Ya Ghaffar, Ya Rahim
Tunjukilah aku jalan yg lurus, yg Engkau redhai. Allahumma amin~
No comments:
Post a Comment