Thursday, November 15, 2012

أنا وفلسطين

Jantung ini berdetak laju
Astaghfirullahalazim
Waktu itu baru 1.30 pagi
Seperti biasa aku belum tidur
Ada satu tweet di twitter yg menggemparkan dunia Islam
Palestin dibedil lagi

Aku terdiam seketika
Semuanya kerana aku teringatkan
Sebuah cerpen akhi Hilal dalam bukunya yg berjudul 'Matahari'
Sesungguhnya apa yg berlaku di Palestin merupakan teguran buat ummah semuanya
Selagi ummah tidak terislah
Selagi itu Palestin menjadi titik ukurnya

Aku teringat pula sebuah lagu arab Palestin

من غير فلسطين شو يعنى طفولة
Tanpa Palestin apakah ertinya zaman kanak2
Mereka tetap berjuang di sana menegakkan syiar Islam yg tercinta

Kemudian aku memandang diri semula
Ya Allah, selama ini apa yg wujud dalam fikiran aku?
Selain makan, minum, tidur, online, tv,
Apakah aku meng'update' diri?
Astaghfirullah

قمي يا حياة واستحسن نفسك
وهاجري إلى الله ورسوله

-------

اللهم أنصر الإسلام والمسلمين
في فلسطين، وسوريا، وفي كل مكان
حسبنا الله ونعم الوكيل
اللهم آمين

No comments:

Post a Comment