Saturday, September 29, 2012

0909 stay firmly in heart

9 September 2012-Sunday



masa ne pergi zoo.. community service.. best sangat~!! 
yang sebelah aku tu nama dia Qilah dan dia partner aku sem ne.. best kawan dengan dia..  mudah untuk di bawa berbincang dan gelak tawa pelbagai cerite macam2lah dengan dia.. tak sangka dia pun mudah nak cerita pelbagai cerita sampai kadang2 aku hanya mampu senyum melihat gelagat dia.. comel ^^

berbalik ke zoo tu..


ne waktu kitorang bagi burung makan :)


yang ne pulak after letih dah sapu daun2 kat belakang adik beradik monyet semua tu, ade yang bersihkan tempat zirafah dengan gajah, dan kitorang bagi makanan pada binatang2 tersebut..
bile type ne, rase rindu pada makhluk2 ciptaan Allah itu :')


arnab2 yang comel ne.. Allah~ comel sangat
^^



hok gajoh n zirafoh pulop --' menipu la tu.. mane ade gajah kat sini, badak air adelah.. badak ne garang sikit.. rupe2nye, walaupun badak ne besor macam tu tapi ne anak2 badak.. mak pak dia kat tempat lain.. seram jugak bile badak marah.. dia takut kitorang kacau dia kot.. ngee~


ini mina eh adam kot~ hehe.. ade dua ekor.. tak ingat yg mane satu adam mane satu mina..


ne haiwan kesayangan aku kat zoo.. horbit~ entah cane nak eja nama dia.. kuda padi yang sangat comel.. masa awal2 tu belum ade communication yang baik dengan dia.. tapi masa dah nak balik tu baru aku reti nak communicate dengan horbit.. so sweet~ ^^
comel sangat sampai sedih sangat nak tinggalkan zoo
:'(

comelkan dia ^^ rindu~ 
(sambil tangan melambai-lambai ke arah gambar) 
horbit~! muah2x ^^

walaupun cita2 aku yang sangat tinggi untuk jumpa pak belang kat zoo tapi lepas jumpa haiwan2 lain aku boleh lupekan pak belang tuu.. tapi akhirnya aku jumpe jugak harimau yang sangat cantik sewarna dengan tema kami hari ini :)

aku dengan Qila ade ikut sorang brother penjaga zootu, dia tengah bagi anak landak minum susu.. kesian, ibu dia makan anaknya sekor, lagi sekor kena gigit.. tu sebab brother tu bela tanpa ibu dia di sisi.. semuanya ade 4ekor anak landak yang dapat diselamatkan..


the awesome girls ^^


the only boys ^^


WE ^^

itu jelah~ sebenarnye banyak sangat nak cite sampai tak twu nak cte yg mane.. semoga Allah izinkan aku sekali lagi untuk melihat haiwan2 di zoo ini.. tenang~ semoga Allah redha ^^



Sunday, September 23, 2012

Hayat Terindah!

tidak berharap untuk masa kembali semula kerana yg semalam harus ditinggalkan, hari ini harus lebih baik dari semalam dan esok aku akan berkata yang sama.. ♥

tapi aku rindu kau, rindu saat2 itu, dan maafkan aku kerana aku tak sempurna~

sampai satu saat nanti aku tahu kita akan kembali macam dulu.. maaf sangat.. aku tahu kau tunggu aku kan? aku minta maaf..

aku tak dapat nak balas permintaan kau.. aku bukan dua puluh tiga jam tambah satu jam sibuk dengan perihal aku.. segala kerjaan aku itu ada limitasinya, ada durasinya.. cumaaaa~

entahlah aku cuma belum biasa dengan diri yang seperti ini.. aku lemah.. setelah siap segalanya, aku akan rehatkan diri, tidur dan malas nak berkata-kata.. pandang yang lain "slack" je.. ibarat "don't talk to me!"

semua benda jadi malas nak buat, baju malas nak basuh, dah basuh malas nak sidai, dah sidai malas nak angkat, dah angkat malas nak lipat~ bla bla bla~ sampaikan katil aku dah jadi macam gua gara2 semua baju aku sangkut kat situ.. membuatkan aku lebih nyenyak untuk tidur dalam tu :D 

aku bila dah penat jadi manusia semalas-malasnya.. sampaikan aku sanggup ponteng kelas @.@ kawan2 aku semua tegur "Ne Yati ke?"~ wehhh, ne akulah~!! cuma aku malas jekk..

aku manusia yang dasarnya pemalas bila dah dalam keadaan penat semua tu bertambah2 lah kadar kemalasan aku.. dan apabila nasihat diberi saat ne lah aku malas nak terima~ bak kata ton2 (roomate aku) "biaq pi lahhhh"

aku tengah patah hati ne --' kenapa aku patah hati? sebab aku kecewa.. kenapa kecewa? sebab awak punya pasallah~! eh, taklahhh~ aku main2 je.. aku patah hati sebab aku tak sempat nak menulis kat sini banyak2..

dah macam diari dah tempat ne.. satu2nye tempat yang takde orang komen apa yang aku nak cakap apa yang aku nak luahkan.. sebab facebook open sangat n twitter dah ramai yang jumpe~ yes, ade segelintir yang tahu tentang blog ne, setakat 2orang~ takde hal lah..

aku dan hayat terindah, aku rindu kau hayat terindah! takpe, nanti pasti ade masa kita akan sama2 semula.. maaf aku tak sempurna.. aku akan adjust diri semula~ ^^


Saturday, September 22, 2012

************

nak tulis macam2~! tapi tak sempat :( 
semoga ada kelapangan

************

# ingat 5perkara sebelum 5perkara
~ sihat sebelum sakit
~ muda sebelum tua
~ kaya sebelum miskin
~ lapang sebelum sempit
~ hidup sebelum mati

************

semoga dipermudahkan urusan~ allahumma amin :')

Friday, September 21, 2012

BYE!!!


saya mengidam benda ne --'
yummy yummy

erk --' terasa kat mulut
lalalalalala

^^

buat kawan saya, bye2~
selamat menempuhi pelajaran di tahun yang baru
semoga Allah mudahkan urusan kamu di bumi barakah
allahumma amin 

pasti satu hari nanti dengan izin-Nya, aku akan menjejakkan kaki ke bumi Allah yg di sana itu. biiznillah


Tuesday, September 18, 2012

senyum :)

err, aku abadikan kata2 ini di sini sebagai peringatan untuk tidak mudah tersenyum kepada yang lain
tapi apakan daya aku tak boleh, terlalu sukar untuk tak senyum
lagi2 kalau aku kenal
kena pakai purdah tak? hahahaha
aku bukan cantik pun
takdenye orang lalu sebelah langgar pokok
tapi ini sangat serius
dan aku yang segan hujungnya nanti



" Huhu... glad to see ur smile... walaupun cara pengenalan kita agak pelik, tapi sy happy dengannya ^^ "



tapi terima kasih ye dik
You're a nice person 
just the way you're yg eden takut sikit ^^
may Allah bless you dear brother here and hereafter~

Sunday, September 16, 2012

أحبك جدا



dan pada suatu hari aku terbaca kisah bagaimana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak mengenali umatnya hanya kerana 'seseorang' itu tidak berselawat ke atasnya.. lalu 'seseorang' itu mewajibkan dirinya untuk berselawat dalam kehidupan hari-harinya~

aku manusia yang mudah lupa, entah siapa 'seseorang' itu.. tapi aku ambil pengajarannya sahaja.. mungkin aku tidak mampu untuk istiqamah sepanjang masa untuk menepati janji seperti 'seseorang' itu.. oleh hal yang demikian, aku menetapkan buat diri aku, seandainya aku lakukan sesuatu dan aku teringatkan Rasulullah saw, aku berselawat sebanyak yang mungkin sehingga aku terlupa kembali, dan apabila aku teringat kembali, aku terus berselawat ke atasnya sehingga aku terlupa kembali dan begitulah seterusnya~

tapi...

macam mane kalau aku tak teringat dalam sehari tu kepada Baginda saw? apakah aku tidak akan berselawat ke atasnya?  insya-Allah, dalam sehari aku takkan tak pernah errrr ayat ne macam aneh =.=" insya-Allah dalam sehari aku pasti akan ingat dan berselawat ke atas Baginda.. amin~

kerana aku tidak ambil cakna, inilah yang terjadi beberapa hari yang lalu,
أخي فوز: السلام
أنا: والسلام
أخي فوز: مشغولة اولا
أنا: لا
أخي فوز: سمعت عن الفيلم الاخير المسيء للرسول ص
أنا: أين؟
أخي فوز: في امريكا، هل تعيشين على كوكب الارض
أنا: لا، لماذا سألتني بتلك الطريقة؟
أخي فوز: لان كل المسلمين سمعو بذلك

nampak tak kat situ? teruk tol lah~ 
maafkan aku Ya Allah, apabila Nabi Muhammad dihina aku tidak mampu berbuat apa2.. bagaimana mungkin nanti aku dapat bertemu dengannya Ya Allah? apakah baginda mengenaliku? :'(

Ya Rasulullah, terimalah aku ingatilah aku sebagai umatmu
semoga apabila kita bertemu di mahsyar kelak, aku bukan termasuk dalam kalangan hamba Allah yang rugi dan kita akan bertemu kembali di jannatul firdausi..
allahumma amin~

sungguh aku mencintaimu Ya Rasulullah, maafkan salah silapku serta dosa2 yang memberatkan buku catatan amalan kiriku
semoga Allah kira ini sebagai satu ibadah dan aku mampu menggapai redha-Mu Tuhan sekalian alam

اللهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ
اللهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ
اللهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ
اللهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ
اللهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ
اللهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ
اللهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ


Thursday, September 13, 2012

شفاك الله

buat sahabat yang dikasihi Allah;
perkhabaranmu tidak menyenangkanku
apabila kau kata doakan saya
aku sudah mula risau

Ya Allah, kuatkanlah dia~ segala kesakitannya lenyapkanlah..
segala rintihannya dengarkanlah.. jadikanlah sakitnya dia untuk menghapus segala dosa.. sembuhkanlah dia Ya Shafiy.. inna, seandainya kami sakit, Engkaulah yang Maha Menyembuhkan

اللّهم أنت الشافي اشفه شفاء كاملا
اللّهم آمين اللهم آمين اللهم أمين

---------------

When i am ill, it is He who cures me
Thus, cure him Ya Shafiy.. anything hurtful inside his head, take it out~
As you cure my sister from her brain tumor, then, please, cure him..

-------------

الحمد الله على كل حال
لا بأس طهور إن شاء الله 

-------------

mungkin awak kata takde faedah tulis tentang awak tapi nak buat macam mane, sahabat2 saya dah jadi sebahagian dalam hidup saya.. rehat ya sahabat.. semoga Allah bersama kamu sentiasa~ amin~

let's change the world~!!!

pagi-pagi khamis ne terasa nak menulis sesuatu
sesuatu tentang perubahan 

hmmmmm~

apabila diperhatikan skala hidup kita saat ini, para remaja yang berumur lingkungan aku, lebih gemar mencari sesuatu untuk kepuasan diri
bukan itu sahaja, pelbagai ragam, gaya dan sikap dikeluarkan saat ini
ada yang berjaya keluar dari kompong eh kepompong ini dan menjadi rama-rama yang cantik
tapi ade juga yang masih terperangkap di dalamnya terus dilingkari urat-urat benang yang melilit

bila nak berubah?
persoalan tu sering berlari-lari dengan liarnya dalam kepala
selagi kita tak mula selagi tu kita takkan pernah berubah

macam mana nak berubah?
pelbagai kata-kata indah pernah terbaca dari org yg banyak pengalamannya
entah nak taip kat sini ke tak =.=
disebabkan aku hanya suka2 buat blog ne jadi aku simpan dalam diri jelah

kenapa aku tiba2 masuk bab berubah ne?
macam yang aku cakap kalau kita tak pernah nak mula untuk berubah kita takkan pernah berubah
tapi macam aku ne ada masalah, selalu je mula tapi tak istiqamah
jadi iman kena mantap! biar amalan tu sikit tapi istiqamah

*saje je letak let's change the world~ too big? anything big comes from a small tiny little thing that grow bigger and bigger~ from u yourself > people around you > people in your country > people in the world~!!! +ini hanya teori aku+

---------------

aku membesar bersama abang yang beza umur kami 2 tahun sahaja
gaduh kami gelak kami rahsia kami
kami sendiri yang tahu kami sendiri yang simpan
aku lihat diri dia yang dulu sangat berbeza dengan sekarang

setelah umurnya terus meningkat, aku lihat sudah ada ciri-ciri tanggungjawab dalam dirinya
sikit-sikit dia berusaha, ya, dia sangat degil
tapi apa yang mak ayah putuskan dia akan ikut walaupun akan merajuk seminggu dua =.=
namun aku salute dia, sebab dia care sangat tentang adik2 dia lately ne
sampaikan aku yang pelik, tapi aku welcomekan diri dia yang baru itu :D
uhibbuka fillah akhi 

----------------



aku rindu dia yang sedang melata di atas bumi yang bukan ada aku di atasnya =.= erk~ apakah?

Wednesday, September 12, 2012

ada waktu



ada waktu kita akan kehilangan sesuatu yang mungkin berharga atau mungkin tidak berharga sama sekali. 
#eh.. what happen ne hayat? hilang ape?

selama beberapa hari yang sangat sibuk ini aku tak fikir banyak
tak bermaksud aku fikir sikit
cuma aku fikir secara ringkas dan terus buat keputusan secara drastik

ada satu tahap aku duduk diam2 dan dalam hati dok cakap
astaghfirullahalazim astaghfirullahalazim

aku cukup risau bila sesuatu tu tak siap lagi dan hal tersebut melibatkan orang lain
kalau setakat assignment sendiri punya takpelah
ade masa kita terlepas sesuatu kerja walaupun dah list

arghhh~!!! 

ada waktu aku duduk diam2 dan on music bukak zikir terapi diri dari Hafiz Hamidun
astaghfirullahalazim~~ sampaikan nak jumpe principal aku terhegeh-hegeh nak cabut earphone kat telinga... 

principal pun tanye, "dengar lagu ke al-Quran?"
waktu tu mood aku tengah tak stabil, masih ade takungan di mata
aku mengambil keputusan untuk jawab, eh tak; aku senyum je lalu menguatkan segala tenaga dan kudrat yang ada untuk bertanya dan menyelesaikan pekerjaan tersebut~

alhamdulillah semuanya selamat :'D

ape kait intro dengan isi ne? =.=

macam ne ceritanya...
ehem2 :p
sepanjang aku menunggu giliran untuk jumpa principal kat mahallah kc tu, aku dok diam2 dengar zikir terapi tuu.. touching habislah

tiba2 kat satu sudut mahallah office tu aku jumpa satu benda empat segi yang dah lama aku tak naik atas tu
ada satu jarum yang akan point pada nombor2 tertentu..

dengan bahagianya aku naik atas benda empat segi tu
sighhh~ aku mengeluh
aku dah hilang berat badan =.="

zikir yang masih lagi terpasang tu, menyapa aku dalam diam
"astaghfirullahalazim~"
dengan pantas aku istighfar dan ucap alhamdulillah
semua ne Allah yang kurniakan :))

alhamdulillah 

Tuesday, September 11, 2012

owl




lately this days, kind of tiring moment
very tired, till cannot sleep well

everything pop up in dream
and sometimes awake suddenly
cannot sleep early make me feel uncomfortable to sleep
exhausted cause me 'i dont want to sleep!'

dua kaki sakit
dua tangan sakit
paling sakit
otak

baru perasan this whole week is busy
bila nak tamat?
bila nak catch up study?

assignments~
mak bila nak call ayu?
credit semua habis dengan cepat tak sanggup nak topup aje
ponin den

---------

semoga menjadi manusia yg lebih memanfaatkan dan menjaga waktu :)





sesungguhnya, manusia itu dalam kerugian kecuali yg beriman dan yg beramal soleh

Sunday, September 9, 2012

irkam ma'i~



" apa guna berbangga dgn usaha dan kelebihan kawan andai diri dihambat kemunduran ? "

cc: ibnu Mohd Nasir

*****

benar.. sangat benar!
semakin lama, baru sedar ramainya manusia yang hebat di jalan Allah
Ya Allah, kalau mereka begitu hebat bagaimana agaknya sahabat2 Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam yang dahulu sanggup berjuang di jalan Allah tanpa sedikitpun keraguan dalam hati mereka?

berbalik pada kata2 sahabat aku itu tadi, macam mane aku nak tarbiyah diri aku ne? bangun subuh sendiri pun tak lepas lagi, macam mana nak ajak yang lain bersama ke syurga? 
kalau diri sendiri pun al-Quran tidak menjadi sahabat sejati, macam mana nak mimpi putera raja dari langit penuh ilmu di dada tambah iman di dada tambah amal setiap saat untuk jadi suami..
nak berangan pun tak boleh sebab diri tak tertarbiyahkan sampai saat ini..

melihatkan betapa ramai manusia yang bersungguh-sungguh mentarbiyah diri untuk jadi yang lebih hebat dari hari ke hari, aku perlu bermula..

starting dengan bangun subuh~!! You can do it.. starting tomorrow okay my dear :) please istiqamah.. hopefully, everytime you open this entry then this will remind you~

keep moving! keep moving!


Saturday, September 8, 2012

opps~!

Lelaki Ni Mudah Perasan. Perempuan Jangan Bagi Lelaki Perasan. Kalau Lelaki Senyum, Perempuan Jangan Pandang Muka Lelaki Itu, Tetapi Tundokkanlah Pandangan, Agar Lelaki Itu Tersentak Mengingat Batas. Kalau Lelaki Itu Memberi Salam, Jawablah Dengan Nada Yang Kecil Hanya Gerak Mulut Sahaja Dapat Dilihat. Kalau Lelaki Itu Memberi Hadiah, Tolaklah Dengan Berhikmah, Katakanlah Pada Lelaki Itu Supaya Memberi Hadiah Sebagai Hantaran Perkahwinan Nanti. 

via: Mufarwa Farid

bila terbaca status akhi ne kat muka buku, teringat pulak kisah ketika minggu Taaruf~
ade sorang brother ne nak air mineral, disebabkan aku ne in-charge untuk catering, aku pun ambillah sebotol air bagi kat brother tu
xberape nak ingat ape dia kate waktu tu tapi lepas bagi tu aku senyum je kat dia tanpa balas apa2 pun yang dia cakap



brother: eh dia senyumlah~!
aku: *terpinga-pinga
brother: apa nama mak ayah dia? aku nak masuk minang
aku: *senyum xikhlas je sambil dalam hati, "astaghfirullah, aku buat ape seiyh?"

setelah hari berikut, kalau jumpa brother tu je mesti dia panggil "hidup saya!, hayat saya!, hidupku!, hayati!" =.="

ahhhhh, segan kot menghadapi situasi macam ne~! tapi salah aku sendiri senang-senang je senyum kat brother =.="

tapi serious, muka yg type macam aku ne, susah untuk xnak senyum sebab bile TERsenyum sikit je pastu nak cover, memang taklah

yg hairannya, kalau aku kat depan laptop ne, xsenyum pon~! tapi roomate semua tegur, "Yati ne sengih2 depan laptop" @_@ ahhhh,, bila masa dan ketika entah~!!

nak tengok bila muka aku serious senang je, time aku tengah berjalan sorang2.. tak tengok kiri kanan, straight je~ orang kate sampai takut nak tegur aku.. wow~! amazing :D

hakikatnya, aku ni friendly habis~ seriously.. tapi.. aku selalu sorang2 sampaikan orang fikir aku ade dunia sendiri.. lagi2 sem lepas............ 



pergi kelas Religions in Malaysia, aku takde geng macam yang lainnya.. asal datang kelas je confirm aku sister pertama yang sampai.. confirm jugaklah aku duduk depannnnnnn sekali.. bila yang lain datang, aku dah agak dah.. takde sape nak duduk sebelah =.= sighhh~ 

sem ne aku dapat tahu dari sahabat baru aku, "Yati, roomate kite kate dy takut nak kawan dengan Yati sebab sem lepas Yati suka sorang2.." erk, Hayati tak makan oranglahhh~

mungkin sebab dia tak pernah tengok aku senyum kot, sebab tu dia takut.. barangsiapa yang pernah  disenyum oleh aku, confirm dia okay je kawan dengan aku.. :p 

budak2 kelas aku je cakap "Yati aku ingatkan kau ne tak banyak cakap, rupa2nya~~~" ahaha~ mampu gelak je.. orang kata tak kenal maka tak cinta, IIUM terapkan tak kenal maka taaruflah~!! 

hehe..






we are crying together

ini kisah anak diberi ubat cabut lari
ubat batuk cap ibu dan anak ibu beri
anak minum ubat batuk yang diberi

=.="

sebenarnya ini kisah ukhuwah yang utuh kian runtuh
yang dulunya riang tawa bersama bertukar juraian air mata
yang dulunya bahagia kini terseksa
apakah salahnya?

:'(

sob sob
aku terasa pedihnya
aku turut menitiskan air mata
korang.. aku minta maaf 
so sorry
aku tak sangka korang sedih perit sakit sampai macam tu sekali
korang maaf

buat sahabatku 'Nur Fatin Amirah' 
cikgu kalamku semester lepas
cikgu nahw dan sarfku sem ini
sayang awak sangat
apa yang terjadi antara kalian dengan yang lain
tolong jangan libatkan saya
saya hanya mampu berdoa
doa yang terbaik untuk kalian
jaga diri
jadilah manusia hebat
seperti sekarang dan terus hebat

Friday, September 7, 2012

sing along~

+..seandainya telah Kau catatkan dia milikku..+


*****

semalam, dapat satu mesej dari kakak~ dia kata kakak ipar aku pregnant insya-Allah
saat2 tegang semalam seperti luluh dan senyuman terukir indah sentiasa bersama mesej2 kak wa
next aidilfitri giliran kak wa and abg hud kat rumah jadi bakal tambah 2orang lagi
kesemuanya 18 orang tahun depan! wow~!!
siap dapat pesanan dari kak wa, "cakap kat kakak mu yg sorang tu kawen cepat2"
Ya Allah, pertemukan jodoh yang terbaik buat dirinya,, allahumma amin~

wishing congratulations to abg hud and kak ezy :)
sekali lagi abg hud pulak kata, nak tunggu umie and apis lambat lagi lah
aku mengiyakan sebab hakikat :p
tiba2 kakak ipar aku cakap org yg ats ne senang sikitlah

eh2, why not? ehehe~ 
tiba2 nak nyanyi, seandainya.............

Ya Allah, aku nak kawen~! tapi.. aku nak kakak dan abang aku kawen dulu :)
aku nak tengok mereka bahagia.. aku nak habis study dulu.. aku nak keje dulu.. nak bagi mak ayah hasil pekerjaan aku dulu.. nak belanja adik2 dulu..
kalau seorang doktor nak lamar aku, kena tunggu 6/7 tahun lagi
ya, waktu tu insya-Allah apis and umie dah kawen :)
erk, 6/7 tahun lagi 25/26 plus a doctor? ahaha~ 
berangan2 :p tapi andai Kau catatkan 'dia' milikku akan aku terima dengan senyuman paling indah
doctor ke ustaz ke kerani ke guard ke cikgu ke architect ke engineer ke 
tak kisahlah, yang penting 'dia' imam yang akan tarik aku sama2 ke jannatul firdausi
aku doakan 'kau' yang di sana sedang baik2 saje :) sedang tambah iman sedang tambah amal
sweetkan saya :D saya tau saya tau
jumpa nanti kalau Allah panjangkan umurku
tak kat sini kat sana pon bolehla
bye2 kekasih hati :p


جزاكِ الله خيرا كثيرا

Ya Allah, what an angle you send to me?
sometimes she talkative and easily cut my speech off
but she speaks until i lost my way just to hear her story
she's nice and sweet
she looks happy in her life
she can play ping pong very well
though just knowing her for a few months
i lost myself in the way she are
she teaches me a lot
she helps me in a bounty
she just look adorable with a twin 
and in pink attire
she just someone i don't want to get to know more or less
because if one day i hurt her
i will have a severe pain in this bloody chamber
my throat will suffocate
and my head will feel like getting expand and explode
for the rest you have done
thank you so much
may Allah grant you benefits here and hereafter
uhibbukifillah abadan abada

dedicated to the one who is called as Nurul Aqilah :')

U suites pink well :)

Thursday, September 6, 2012

so sorry~!

dedicated to a person sincerely from me,

hari ne agak tegang sikit.. sepanjang masa dengan laptop.. tekan tu tekan ne..
makin lama makin serabut~

pada waktu yg same, tengah borak-borak kat muka buku dengan awak lah..

ter pulak lepaskan geram kat awak tu gara-gara tertekan..

so sorry~ tak sengaja.. explode suddenly~ 

oleh yang demikan, ini untuk awak yg terpaksa jadi tempat lepaskan geram dengan tidak sengaja tu..


saya susun sepuluh jari, mohon maaf sangat2
semoga Allah bersama awak sentiasa
amin

Wednesday, September 5, 2012

untuk kau :)

tiba-tiba teringatkan sahabat yang aku tidak pernah sangka akan menjadi rapat dengannya.. dulu. time sekolah dia macam tak suka aku, dan aku tak pernahlah pulak nak borak sakan dengan dia.. mungkin sebab aku dalam kategori budak-budak yang kurang ilmu agama mungkin.. mungkin jugak sebab dia budak kelas akaun dan aku budak science..

tak kisahlah~

tahun 2011 kau dan aku melangkah ke tempat yang sama.. ke pagar taman ilmu dan nilai-nilai murni #eh ini ke bm dia? =3 waktu tu kita kat nilai.. aku selalu nampak kau dengan kopiah putih kau tu.. tak pernah sekali pun kita bertegur sapa kat sana.. sampai lalu sebelah pun kau masam jek macam tak pernah kenal aku..

aku ingat lagi aku mengadu kat kawan kita.. kenapa kau tak tegur aku? aku ada buat salah kat kau ke? tapi, aku tak dapat jawapan pun..

satu hari aku dapat satu panggilan telefon.. kau prank aku.. aku dah cerita dah kat blog ne.. kesian aku, nak nangis :') tapi kenangan tu manis, kau buat aku gelak, kau bagi aku kata2 semangat, kau bagi lagu khas untuk aku tapi tu semua lepas kau prank aku lah.. :p

tapi kita tak pernah tegur kat luar sebab Allah takdirkan kita tak berjumpa.. sampaikan minggu terakhir kat nilai, akhirnya kita berjumpa.. kau tegur aku :D akhirnya~

tapi itulah kenangan kita kat nilai sebab sekarang aku kat petaling jaya dan kau kat gombak.. walaupun kita terpisah dek jarak, tapi ukhwah kita hebat.. ^^ Allah takdirkan kita handle taaruf week sama2.. 

aku ingat lagi, nah ne untuk kau! -aku bagi makanan kat kau, sebab aku handle catering and refreshment.. rupanya, kau bagi aku makanan jugak, nah ne untuk kau, mak aku bagi..

sekarang aku tengok kau semakin menjadi manusia hebat di sana bersama angkatan econss yang lainnya.. kau join usrah, itu aku salute~! sebab bi'ah sekolah kita tak pernah kenalkan apa itu usrah.. aku tengok kau makin berjaya.. aku.. aku tak join pulak mana2 usrah sebab tu aku join frc kat sini.. mampu tak aku ya sahabat?

masa aku datang gombak, kau sibuk uruskan diri kau untuk mrc.. Allah tak izinkan kita jumpa waktu tu.. tapi aku tak minat nak masuk mrc sebab tu aku masuk fscc.. kau dan aku tak sama.. tapi hala tuju kita sama, kau nak jadi manusia yang dekat dengan Allah kan? aku pun :))

masa kau datang pj, kau tak cakap kat aku pun.. kau cakap time raya hari tu, jumpa kau kat sana.. tapi kau datang macam tu je.. nasib baik aku nampak kau, kau pakai baju hijau plus kopiah putih kau.. at least, aku tau kau semakin jadi manusia hebat.. 

untuk kau, aku doakan yang terbaik~! semoga cita2mu terlaksana dan hala tuju kita tercapai.. Ya Allah, redhailah jalan sahabatku ini, jadikan dia hamba-Mu yang bertakwa.. aminn.. :')