Sunday, September 16, 2012

أحبك جدا

dan pada suatu hari aku terbaca kisah bagaimana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak mengenali umatnya hanya kerana 'seseorang' itu tidak berselawat ke atasnya.. lalu 'seseorang' itu mewajibkan dirinya untuk berselawat dalam kehidupan hari-harinya~

aku manusia yang mudah lupa, entah siapa 'seseorang' itu.. tapi aku ambil pengajarannya sahaja.. mungkin aku tidak mampu untuk istiqamah sepanjang masa untuk menepati janji seperti 'seseorang' itu.. oleh hal yang demikian, aku menetapkan buat diri aku, seandainya aku lakukan sesuatu dan aku teringatkan Rasulullah saw, aku berselawat sebanyak yang mungkin sehingga aku terlupa kembali, dan apabila aku teringat kembali, aku terus berselawat ke atasnya sehingga aku terlupa kembali dan begitulah seterusnya~

tapi...

macam mane kalau aku tak teringat dalam sehari tu kepada Baginda saw? apakah aku tidak akan berselawat ke atasnya?  insya-Allah, dalam sehari aku takkan tak pernah errrr ayat ne macam aneh =.=" insya-Allah dalam sehari aku pasti akan ingat dan berselawat ke atas Baginda.. amin~

kerana aku tidak ambil cakna, inilah yang terjadi beberapa hari yang lalu,
أخي فوز: السلام
أنا: والسلام
أخي فوز: مشغولة اولا
أنا: لا
أخي فوز: سمعت عن الفيلم الاخير المسيء للرسول ص
أنا: أين؟
أخي فوز: في امريكا، هل تعيشين على كوكب الارض
أنا: لا، لماذا سألتني بتلك الطريقة؟
أخي فوز: لان كل المسلمين سمعو بذلك

nampak tak kat situ? teruk tol lah~ 
maafkan aku Ya Allah, apabila Nabi Muhammad dihina aku tidak mampu berbuat apa2.. bagaimana mungkin nanti aku dapat bertemu dengannya Ya Allah? apakah baginda mengenaliku? :'(

Ya Rasulullah, terimalah aku ingatilah aku sebagai umatmu
semoga apabila kita bertemu di mahsyar kelak, aku bukan termasuk dalam kalangan hamba Allah yang rugi dan kita akan bertemu kembali di jannatul firdausi..
allahumma amin~

sungguh aku mencintaimu Ya Rasulullah, maafkan salah silapku serta dosa2 yang memberatkan buku catatan amalan kiriku
semoga Allah kira ini sebagai satu ibadah dan aku mampu menggapai redha-Mu Tuhan sekalian alam

اللهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ

No comments:

Post a Comment