Friday, October 19, 2012

Buat ayah dan emak :)

beberapa jam sebelum exam ne teringat ayah 
kenapa ye?
ayah, semoga ayah sentiasa sihat dan di bawah lindungan Allah selalu :)

----------------------

pada hari itu...
di dalam sebuah kereta
seorang pelajar perempuan bersama ibunya keluar dari pagar sekolah
sekeping helaian kertas di bawa bersama
mereka berdua masuk ke dalam kereta itu
tapi
tiada pemandunya
di mana?

mata anak-beranak itu melirik ke luar tingkap
mencari kelibat susuk seseorang yang dicari-cari
bibir keduanya menguntum senyum
sedikit gelak terkeluar jua apabila melihat gelagat ayah yang sedang asyik bercerita dengan temannya
entah kenal atau tidak

ayah mula perasankan kehadiran isteri dan anaknya
ayah melangkah ke kereta saganya dengan senyuman yang lebar
"kacak" lirih hati anaknya
"A+ semua?" ayah bertanya

haha.. ayu tak sebijak itu ayah..
hanya mampu mengukir sebaris A di kertas itu
empat darinya tiada + itu
solid sendiri berdiri
maaf hanya ini yang termampu

ayah berkata ringkas, "balik rumah nanti sujud syukur" sambil masuk gear dan menekan minyak
aku hanya tersenyum mendengar nasihatnya 
sekurangnya aku tahu
ayah bangga dengan aku cuma dia tidak mahu anaknya hanyut kerana ujian dunia yang manis ini

mudah ayah menarik kembali anaknya ke landasan yang betul
kembalikan semuanya kepada Yang Maha Kuasa
Allahu Rabbi 

----------------

motivasi diri sendiri sebelum melangkah ke dewan jam 9pagi ini
semoga Allah mudahkan segala urusan
bak kata mak: dapat jawab dengan tenang
allhumma amin~

Ya Allah, jadikan aku setabah ibuku.
mana ayah?
ayah tak suka ambik gambar --'

No comments:

Post a Comment