kenape org meninggal kite siram kubur dy?
kalu bab menyiram kubur ni..
" memang terdapat beberapa riwayat berkenaan menyiram air di kuburan,namun kesemuanya adalah dhaeef. "
" Imam al-Baihaqi (458H) telah membuat bab khas dalam kitabnya Sunan al-Kubra bertajuk : ''bab merenjis air ke atas kubur dan meletak di atasnya anak-anak batu /باب رش الماء على القبر ووضع الحصباء عليه'',
al-Baihaqi sendiri telah menyatakan kelemahan kebanyakan hadith-hadith ini. (sesetengahnya al-Baihaqi diamkan, namum ia tetap dhaeef apabila di semak, diamnya al-Baihaqi adalah bukan bermakna beliau tidak tahu kelemahan hadith tersebut, akan tetapi ia lebih disebabkan hadith-hadith tersebut telah makruf kelemahannya oleh para huffaz di zamannya) "
" a) Ia mahu dikatakan adat perlu dikaji semula, kerana siraman air padakubur, bukan hanya air-air biasa, kebiasaannya di tempat saya ialah air Yasin.
b) Untuk memadatkan kubur tidak memerluka air yasin, cukup disiram dengan air sahaja, bahkan tidak cukup hanya satu 'jug' air untuk memadatkan tanah, boleh jadi perlu guna getah paip.
Tindakan sewajarnya, ialah kita menjauhi amalan ini kerana ditakuti kita terjerumus ke dalam bid'ah. "
kalu bab mnanam pokok di kubur..
" a) Nabi letak pelepah tamar bukan pada semua kubur, tetapi dua kuburyang nabi diberi wahyu bahawa penghuninya diazab kubur.
b) Kenapa hal ini tak dilakukan kepada kubur-kubur lain oleh nabi :saw?
c) Kenapa juga para sahabat yang besar tidak melakukan hal yang sama?
d) Dan jika nak dibuat jua, kenapa tanam pokok, kenapa tak letak pelepah pisang, pelepah daun kelapa. Nabi tak tanam pokok, nabi hanya tanam pelepah. Nabi pun tak siram agar ia sentiasa segar. "
smbungan..
" Kalaulah benar, tentulah Abu Bakr, Umar dan para sahabat besar memesan agar kubur mereka ditanam pokok. Kerana mereka lebih takutkan azab Allah dari kita, tentulah mereka akan gunakan apa cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w untuk melepaskan diri mereka dari azab Allah meskipun mereka mendapat jaminan syurga.
Bukankah telah disabdakan oleh Rasulullah tentang 3 perkara yang akan menjadi bekal kepada orang yang telah mati dimana salah satunya ialah doa dari anak yang soleh.
Mungkin orang dulu telah tersilap dalam merujuk kisah pelepah tamar tersebut, seperti juga kita pernah tersilap dahulu. Namun setelah mengetahui kebenarannya, kita mengubah persepsi. Namun masih ramai yang disekeliling kita tidak mengetahui kebenaran ini. Sebaiknya kita menyebarkan kisah yang benar dulu dan apabila orang ramai telah mengetahui kebenaran tersebut, pasti amalan itu akan dilupakan, sebagaimana ia bermula. "
cc: adik kakak yang cantik :D
No comments:
Post a Comment