Tuesday, October 16, 2012

the collection of questions (part3)

*kalau jemaah, time imam bace fatihah, makmum ikutkah atau diamkah atau after imam 

bace baru makmum bacekah? Pernah tnye kwn2 tp lain2 jwpnnye..sahih tu yg mane tu? 


kalu bab Al-fatihah tuh.. ade Khilaf.. urmm..


PENDAPAT PERTAMA

Imam baca Al-Fatihah pada rakaat 1,2 pada solat Jahar (Subuh, Maghrib, Isya') maka Makmum tidak perlu baca Al-Fatihah pd Rakaat 1,2 tsebut krane ade hadis yg mafhumnya.. jikalau seseorang itu solat berimam, maka bacaannya adlah bacaan imam.. tp rakaat 3,4 pd solat Jahar & solat Sir (1,2,3,4) rakaat dye kne bace al-Fatihah sndiri2..

mafhum drpd hadis td brtaraf Hasan.. :D

pndapat pertama td dikuatkan lg dgn ayat al-Quran yg berbunyi..

" وَ اِذَا قُرِأَ القُرْآنْ فَاسْتَمِعِوا لَهْ وَ اْنصِتوْا لَعَلكُمْ تُرْحَمُون "



  • maksudnya : " Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. "
  • serta dikuatkan dgn hadis ini..
  • إنما جعل الإمام ليؤتم به ، فإذا كبر فكبروا ، وإذا قرأ فأنصتوا

    • lbih kurang mksudnye : sesungguhnya dijadikan imam itu untuk menyempurnakan dgnnya (makmum), apabila ia bertakbir, maka 
      bertakbirlah kamu, apabila dia (imam) membaca maka kamu diam..

      PENDAPAT KEDUA

    • kalu pndapat kedua macam biasa la.. baca mcm biase.. :D

      pndapat kedua dikuatkan dgn hadis2 nabi juga..

      Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jangan sesekali seseorang kamu membaca apa jua daripada al-Quran tatkala aku (sebagai imam) mengeraskan bacaan kecuali bacaan Umn al-Quran (al-Fatihah) (Riwayat al-Dar Qutni, Ahmad) 

      Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan sanadnya bertaraf hasan menurut al-Hafiz Ibn Hajar yang bermaksud: “Jangan kamu membaca kecuali al-Fatihah (di belakangh imam).” (Nay al-Awtar, jil, 2, hlm. 511)

      Rasullah s.a.w. menunaikan solat Subuh di mana pembacaan Baginda agak berat (kerana terganggu) dan tatkala tamat solat, Baginda bersabda yang bermaksud: “Aku dapati kamu membaca (al-Quran) di belakang imam kamu.” Sahabat menjawab: “Ya mengapa, wahai Rasullah?” Baginda berkata: “Jangan kamu berbuat demikian kecuali bacaan Umm al-Quran kerana tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihah.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

No comments:

Post a Comment