Monday, October 1, 2012

الأردن

aku, jatuh cinta pada sebuah negara arab ne.. nama dia al-Urdun sejak aku berada di tingkatan empat.. 

semuanya gara-gara aku suka sangat belajar dengan Ustaz Syukor yang ajar aku Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah.. aku lihat karektor dia sangatlah baik, ilmunya tinggi dan setiap kali belajar dengannya aku pasti takkan mengantuk kalau fokus pada dia.. ibarat syaitan akan lari kalau aku pandang Ustaz.. dan aku boleh hanyut kalau aku pandang buku sahaja~

aku bertanya pada Ustaz, Ustaz study mane? perwatakannya hebat, gaya bahasanya santun :)
Ustaz kata Jordan~ aku pun bercita-cita tinggi nak study situ ^^

dekat rumah saban waktu aku cerita kat Ana Ain Haiqal Apis Mak Ayah Umie Kak Wa dan yang lainnya tentang Jordan.. cerita punya cerita aku dah habis spm~

lepas tu aku banyak masa free, dah tak ngadap buku add math bio fizik kimia dah.. sahabat aku bagi novel yang bertimbun, tapi aku tak baca pun --' malaslah nak bace novel ne.. hujungnya dah tahu dah *budak tak minat baca novel waktu tu.. aku baca buku Saidina Ali ra je waktu tu..

satu hari sahabat ajak teman beli buku, aku pusing2 kedai buku.. bahagia! tiba2 aku terperasan satu novel warna hijau dengan tajuk buku yang menyilaukan *ok tipu :p aku panggil sahabat aku tu..

"eli, eli.. buku ne! aku syorkan kau baca! kawan2 aku kat sekolah kata buku ne best!" sambil tangan mengambil buku warna hijau tu. entah dari mana semangat tiba2 nak baca novel dan mengesyorkan pada orang lain pulak tu.. padahal tak pernah baca.. hanya dengar2 je --'

SINERGI~ menarik ^^ 
pusing belakang buku~ "Hilal Asyraf ......... *ting! mata aku bersinar-sinar 
+Universiti Yarmouk, Jordan+

wahhhh~ ne yang semangat lebih ne! tapi aku tak pergi pun negara Jordan ne ^^ cita2 je tinggi.. aku lupakan sikit perihal Jordan dan masuk ke universiti..

satu hari.. Ustaz bertanya pada tolibun, aina Fathi?
aku pun dengar jelahhh perbualan mereka.. tak faham sangat pun sebenarnya --' tapi aku terdengar satu word yang menarik ^^ al-Urdun~ wahhhhh~ 

dalam hati waktu tu "bestnya dapat belajar sana! mesti jadi org yang hebat belaka nanti ^^"
selang beberapa hari aku dapat tau pulak yang Nawwar pun akan ke sana.. suka2~ 

-----------------

sedang aku berchatting dengan pok syeikh arab tu pada suatu hari, entahlah uslub mane yang aku gune buat dia kecik hati --'

dia kata kalau kita tengah bercakap dengan seseorang bukan adabnya tengah2 cakap kita cakap salam.. maksudnye kita nak end conversation tulah..

tapi hakikatnya bukan tujuan aku cakap macam tu.. aku tersalah jawab soalan dia kot~
dia tanya "cane start dialog dengan Sana'a?"
aku jawab "bissalam~"
aku nak maksudkan aku start conversation dengan bagi salam kat dyorang~ erk

hahaha~ rupanya salah kalau cakap camtu tengah2 conversation.. adoi~
apa kait chatting dengan Jordan?

sebenarnya Sana'a tu orang Jordan ^^ Yay! ada kawan dari Jordan..

insya-Allah kalau Allah izinkan, aku akan sampai negara  tersebut.. amin~ ^^
tapi nak pergi Arab Saudi dulu gi Makkah dan Madinah~

-------------------

maaf ya semua! saya guna nama kalian..
akhi Fawzee, terima kasih! pengalaman yang sangat berguna bila bercakap dengan anda.
semua kesalahan yang diperbetulkan, semoga Allah merahmati kamu dan membalasnya dengan kebaikan ^^ amin~

No comments:

Post a Comment